Wednesday, December 13, 2006

Sunday, December 03, 2006

Monday, November 20, 2006

Monday, November 13, 2006

Sunday, November 05, 2006

Monday, October 30, 2006

AKU INGIN PULANG..


Dalam aneka iklan di televisyen sempena Aidilfitri lepas, yg paling mengesankan bagi saya adalah iklan berlatar belakangkan lagu “Aku Ingin Pulang”, nyanyian Ebiet G.Ade.

Secara ringkas, iklan itu menceritakan nasib seorang tua , menumpang di rumah anak perempuannya selepas keluar dari hospital. Namun kehadirannya tidak disenangi menantu lelakinya.

Digambarkan suasana tidak selesa sering berlaku di meja makan seperti kopi tumpah, piring pecah dll disebabkan keuzuran orang tua itu. Kemuncaknya, pasangan suami isteri itu meletak orang tua mereka di sudut yg lain sewaktu makan
- bersama dgn kucing!!

Melengkapkan moral iklan berkenaan, keinsafan timbul apabila kedua2 anak pasangan itu mengajuk perbuatan ibubapa mereka terhadap datuk mereka. Pesanan si anak, jika ayahnya tua nanti,
“..jangan lupa pakai ‘pampers’!!”

Terbayang-bayang nanti bagai mana nasib diri sendiri di hari tua. Andainya kita berada di tempat orang tua dlm iklan itu, redhakah kita dgn nasib kita? . Mungkin kita patut belajar menerima segala yg mungkin mulai sekarang.

Jika kita berada ditempat anak perempuannya pula, bagai manakah kita membahagikan peranan kita sebagai isteri dan anak? Saya seperti boleh merasakan dilema yg dihadapi oleh anak perempuannya yg tersepit antara tanggung jawab kepada suami dan ayahnya.

Dan sekiranya kita di pihak menantu, sekeras itukah kita kepada isteri dan mertua kita?

Kelihatannya Tuhan memberi petunjuk menerusi kedua2 cucu kepada orang tua berkenaan. Namun apa yg lazim, teguran dan peringatan tidak memberi kesan kepada mereka yg ada mata, tapi enggan melihat; Ada telinga, tapi enggan mendengar; Ada otak, tapi enggan berfikir.


JUST WONDERING…

When your parents become older and in poor health, are you willing enough to take care of them as good as how they did to you when you were small? Or just leave them at the old folks home?

Monday, October 23, 2006

SALAM AIDILFITRI

Terlebih dahulu Abgjas memohon maaf kerana agak lama tak muncul dalam blog sendiri mahupun blog rakan2 lain. Sebenarnya saya baru sahaja sembuh daripada demam yg boleh dikatakan teruk juga. Kelas-kelas yg dikendalikan terpaksa ditutup seminggu lebih. Alhamdulillah, kini kesihatan dah semakin baik. Mudah-mudahan saya boleh kembali meneruskan blog ni seperti biasa.

Sempena menyambut Aidilfitri mulia ini, saya menyusun jari sepuluh, memohon maaf daripada rakan2 blog dan sesiapa juga yg mengenali saya menerusi blog ini.
Mungkin ada kata2 yg telah menyinggung perasaan, sama ada tersurat dan tersirat, semasa menulis mahupun ketika memberi komen.

Lembutnya lidah kadang-kadang menyebabkan kita terlupa ada kalanya ianya boleh menjadi lebih tajam daripada mata pedang.

SALAM AIDILFITRI
Wa kul-lu amin wa an-tum bi khaiir.

Monday, October 09, 2006

ONLINE SLANG

Hi everybody, kind of surprised ? This week I am writing my post in english. Once in a while perhaps.

Actually, I would like to share something which I read from a magazine. Instead of translating the whole article into Malay, I think it’s better if I just keep the language so that we can get used with the original terms.

Recent research at the University of Toronto has proposed that online slang demonstrates the creativity and mastery of the languange user. Here are some nifty terms:

EGO-SURFING
:: To search for your own name using a search engine ::
I did this ego-surfing may be once or two. Just to find out if my name would mean anything over the Net. The results? Only 10 sites matched, and all of them got something to do with X-Ray !!!?? Who? Ray Charles? Hehehe…

SCREEN-SAVER FACE
:: A person who looks so bored, it’s as if his brain is on sleep mode ::
What could’ve been worse than watching someone’s face as if you are looking at a computer screen, switched off !!

FAT-FINGERED
:: To make a mistake while typing ::
It seldom happens to me. I don’t type as fast as Mr.Greeny I guess….

PHARMING (pronounced farming)
:: An online hoax where users are tricked into visiting phony sites where their personal
information can be seized ::
We already have ‘phishing’, and now pharming. I wonder what's next, ‘phunting’ (pronounced hunting)? Those who use the Net to attract people for indecent purposes.


MOUSE POTATO
:: An updated couch potato. Someone who parks himself in front of the computer and
surfs for long periods of time ::
Haven’t got plenty of time to surf. Afterall, my neck gets stiff easily, so no mouse potato for me.

GEEKING OUT
:: Spending too much time on your computer. For example, you are geeking out if you check for updates on an online forum every five minutes ::
I would if I could…

OK lah, time to sign off. Leher ku dah mula lenguh…

Monday, October 02, 2006

ARAK - Sekadar Suka Suka.

Saya dapati ramai remaja dan belia muslim kita yg berbangga kesana kemari memperagakan jenama arak pada jersi mereka - tolak tepi ori ke tak ori.

Mungkin kebanggaan itu bersandar kpd pasukan2 yg diminati, namun pasukan tersebut jelas mendapat tajaan syarikat pengeluar arak di negara mereka. Tanpa sedar (atau buat2 tak sedar) bahawa tindak laku mereka itu turut mengiklankan arak berkenaan, dan ini sama sekali bertentangan dgn ajaran agama Islam .

Perhatikan hadis berikut:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang meminta diperaskan,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”

[Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah]

Saya kira perbuatan mengiklan/memasarkan jenama arak ini jatuh ke dalam kategori (7) yakni mereka yang menjualnya. Hukumnya jelas, bukan dikias-kias.

Apabila ditanya kepada para remaja berkenaan, jawapan mereka ‘sekadar suka-suka’. Dan lebih malang lagi, jawapan yg sama diterima drpd ibubapa remaja itu sendiri i.e ‘sekadar suka-suka’.
Huhh..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi (dalam versi negatif).

Saya akur, dalam komposisi kaum di negara kita, agak sukar untuk mengharamkan penjualan arak dan produk-produk berkaitan secara terus. Namun yg peliknya, ‘apekebende’ orang Islam sendiri yg menggalakkan industri tersebut?

Berbalik kepada hal jersi tadi, takkan lah baju di tubuh sendiripun tak mampu menurut syariat? Apakah iman kita ini juga ‘sekadar suka-suka’ ?

Buat masa ini, sepanjang pengetahuan saya (betulkan jika saya silap), belumlah ada mana-mana kejohanan sukan kebangsaan yg ditaja secara rasmi oleh syarikat arak. Saya berharap kerajaan hadhari yg ada ini akan mampu bertegas sebagai mana yg dilakukan ke atas syarikat rokok sedikit waktu dahulu.

Keadaan mungkin berbeza di luar negara kerana ia bukan bidang kuasa kita utk menentukan siapa yg boleh atau tidak boleh menaja. Namun jika ada kekuatan kita, janganlah hantar mana2 wakil negara ke acara yg mendapat tajaan seumpama itu .
Contohnya, Kejohanan Bolasepak Piala Tiger. Lagipun penyertaan pasukan kita pun barangkali ‘sekadar suka-suka’ saja, sebab tu asyik nak kalah..

Err…bagai mana pula dengan tajaan syarikat perjudian ? Mungkin lebih ramai yg berkerut dahi...sebab banyak wang masyuuuk!!



JUST WONDERING…

I believe, consuming alcoholic drinks is bad for our health, let alone the religious perpectives. But how come, there are growing numbers of alcohol product companies becoming the main sponsors of many sporting events worldwide ?

Monday, September 25, 2006

PERJALANAN HIDUP

Malam Sabtu lepas, saya berkesempatan sedikit mengikuti rancangan ‘Zoom in’ bersama Ramli Sarip, Zubir Ali dan Kopratasa. Sebaik mengetahui ketiga nama tersebut, saya terus buat keputusan utk menontonnya sehingga tamat.

Saya memandang tinggi mereka ini sejak zaman saya bersekolah lagi. Mereka bukan bergelar ustaz ataupun lebai, tapi bagi saya, mereka juga pendakwah. Berdakwah menerusi lagu-lagu mereka dengan cara sendiri. Adakalanya audien mereka mencecah jutaan manusia.

Mereka menyampaikan mesej kemanusiaan, kehidupan, ke Tuhanan menerusi lagu2 mereka. Seingat saya Zubir Ali cukup sinonim dgn lagu2 seperti Doa, Penantian; Kopratasa dgn Permata, Tetamu Senja (saya pernah sentuh dlm blog saya sebelum ini); Dan Ramli Sarip, yg sering saja manghasilkan lagu2 hebat seperti Kau Yang Satu, Perjalanan Hidup dll.

Saya kira Ramli Sarip mempunyai nama yg paling besar di kalangan mereka. Sebab itu pada mulanya, saya agak terkilan apabila beliau setuju menjadi Pengetua AF4. Pendapat saya, Ramli Sarip perlu mengasingkan diri drpd program2 sebegitu. Namun Ramli tentunya lebih bijak dlm membuat keputusan. Sebagai pendakwah, mungkin beliau memegang prinsip ‘mendekati bukan menjauhi’ dalam menjalankan misi dakwahnya.

..dan dalam banyak2 lagu malam itu, saya cukup terkesan dgn lagu Perjalanan Hidup.
Saya sertakan liriknya di bawah utk kita hayati bersama

PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Dr.Wan Zawawi
1987


Sehingga minggu hadapan, salam Ramadhan utk semua.



JUST WONDERING…

In Islam, it’s clearly stated that our principal purposes of living in this world are to serve God (Al-Quran 51:56) and to rule in order to prospher the Earth (Al-Quran 2:30).
How about from the other religions’ point of view?

Monday, September 18, 2006

NASIB SI LABU-LABI

Salam utk semua.
Minggu nak tulis apa ya? Hmm..baca sajalah.

Sejauh mana dalam mengharungi hidup serba tak ketentuan ini, kita sanggup berusaha? Atau kita biarkan saja semuanya berlaku mengikut nasib, untung sabut timbul, untung batu tenggelam?

Cubalah suatu hari tu, kita singgah di kedai 4-Digit dan menawarkan nasihat kita kepada orang-orang yg ada di situ.

“Ketahuilah bahawa, secara mudah, kebarangkalian anda menang untuk satu nombor yg anda pilih hanyalah 0.0152 % atau hampir 0% !! Ahh..senang cakap, TIADA PELUANG langsung!!”

Agaknya dalam beberapa saat, semua mata akan terjegil kepada kita dgn segala perasaan jengkel, benci, marah, menyampah dan apa2 saja perasaan yg sewaktu dgnnya. Sejurus itu juga, lalu seorang pakcik di depan kita sambil berkata “Tuah ayam nampak di taji, tuah manusia, siapa yg tahu nak ooiii….”

Maka terpaksalah kita angkat kaki, dan mencuba nasib di kedai Sports Toto pula.. kalau-kalau ada yg ‘ter beli’ nasihat kita di sana.

Ishh… dalam kemajuan dunia serba canggih ini, masih ramai di kalangan kita yg sanggup menyerah diri bulat2 kepada nasib dalam berbuat sesuatu. Tanpa mampu atau yg lebih malang lagi, tanpa mahu berusaha.

Tidak sedikit yg masih sanggup melabur hingga puluhan ribu ringgit tanpa mengetahui apakah usahaniaga yg diceburi syarikat pelaburan berkenaan atau bagaimana ia beroperasi. Akhirnya gigit jari kerana syarikat tersebut sebenarnya adik-beradik skim cepat kaya jua..

Belum masuk dunia magik lagi tu; Iaitu mereka yg percayakan bomoh duit, kucing bertanduk, busut jantan, pelanduk bergigi emas…fuhh , macam-macam ada..

Semua senario di atas sebenarnya menjebakkan kita kepada perjudian dalam pelbagai bentuk. Dan salah satu sebab agama Islam mengharamkan judi, adalah disebabkan wujud faktor bergantung kepada nasib 100%, tanpa kita berdaya melakukan apa2 utk menjayakannya. Ingat lagi ,para ulama telah mengkategori kan peraduan SMS mempunyai unsur perjudian kerana unsur nasib tadi? Tapi nasihat itu sekadar jatuh di telinga2 yg pekak..

Sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yg lebih kurang bermaksud “ikatlah unta kamu, baru bertawakkal”. Pada sebarang keadaan, usaha mesti mendahului tawakkal, iaitu menyerah diri kepada nasib (takdir).

Akhirnya saya terfikir2 juga, jika kita menyukai seseorang dan mengharap dia menyukai kita, sedang kita tidak buat apa2 pun selain berkata “kalau jodoh, tak ke mana..” , bukankah satu rupa bentuk judi juga…

I rest my case..


JUST WONDERING…

In today’s highly sophisticated world of science and technology, why are there people who still believe in magic?

Monday, September 11, 2006

MATI KATAK

Rasanya sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, penyampaian blog saya agak serius. Umpama melukis kartun, part yg paling payah ialah memasukkan unsur humor dan ‘punch line’ nya. Hmm..saya akan terus mencuba ...

Ketika mula2 berkunjung ke blog rakan baik saya Greeny, antara persoalan yg dibangkitkan ialah, wujudkah kehidupan selepas mati memandangkan sudah ramai org yg mula tidak mempercayai Tuhan.

Is there life after death? To answer to this question, it depends whether u believe in God or not, but I'm definitely sure u do. Then the anwer is yes. Such a perfect creation like us can't just go mati katak.

Jawapan saya waktu itu ringkas saja, ‘ya’. Namun begitu, saya ingin memanjangkan sedikit lagi hal mati katak ni.. ye lah takkan standard kita standard katak saja kan?

Semakin tinggi kononnya ilmu sains yg mereka ada, semakin tipis keyakinan mereka terhadap kewujudan Tuhan. Pelbagai hukum dan teori semula jadi dikatakan meriwayatkan alam ini. Teori Big Bang, Hukum Newton, Teori Relativiti, Hukum Kepler dan macam-macam hukum lagilah. Paling tidak kata Albert Einstein – saintis unggul abad 20 –Tuhan mungkin melontar dadu tetapi tidak berupaya menentukan nombor berapa yg akan muncul! Subhanallah!!

Bagi orang Islam, iman lah satu-satunya benteng kukuh untuk tidak terjebak dgn dakyah sebegini. Percaya kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat merupakan sebahagian drpd rukun Iman yg wajib dipatuhi.

Lantas, apa jadi andainya tiada kehidupan lain selepas ini? Dunia ini lah tempat pertama dan terakhir kita? Tiada Syurga,tiada Neraka?

Saya bertanggapan, 2 keadaan ekstrim berikut akan berlaku:

Pertama – jika kita dilahirkan dgn cukup segala sifat sebagai seorang yg sempurna fizikal dan mental, ditambah lagi lahir dlm keluarga berada, maka pasti kita akan hidup sepuas-puasnya mengikut nafsu. Beraja di mata bersultan di hati, membujur lalu melintang patah. Reta orang, reta aku ; Bini orang bini aku !!Ye lah.. hidup hanya sekali, bukannya ada dosa dan pahala yg membatasi perlakuan kita kan?

Kedua – jika keadaan sebaliknya berlaku, lahir dengan segala kekurangan, kurang upaya, rupa tiada, hartapun kurang dipakej pula dgn pelbagai penyakit kronik, maka bagi saya lebih baik mati daripada hidup. Ye lah… buat apa hidup kalau menanggung derita, menanggung sengsara, susah lagi menyusahkan orang?

Dalam keadaan demikian, tidakkah nanti kita semuanya ibarat haiwan? Saya kata, bahkah lebih teruk daripada itu. Dgn adanya akal dan nafsu bersatu (pontianak harum..), kekejaman yg mampu dilakukan oleh manusia tidak akan tertanding oleh haiwan.

Dan tidak pula pernah ada mana-mana haiwan, 'kerbau pendek' misalnya, membunuh diri kerana kecewa tidak dilahirkan sebagai 'kerbau yang panjang' kan?

Maka itu, kehidupan seterusnya harus wujud untuk menebus segala ketidakadilan dan ketidakwajaran di dunia.

Adil kah dunia ini apabila rakyat Palestine sentiasa jadi mangsa buli Israel dan Amerika? Patutkah orang yg hidup bergelumang dgn rasuah, penipuan, penindasan, dapat hidup mewah berkereta mercedes sementara kita yg berkerja dgn tekun dan tawadhuk hanya mampu bermotosikal tak pun berkancil?

Wajarkah Fazley yg menaruh hati dgn Siti, namun Dato’ K yg dapat? Apakah gelaran Dr. tiada makna jika dibandingkan dgn Dato' lagi jutawan? Ooops…Yang Arif, saya tarik balik ayat terakhir saya tadi..

Maaf kepada anda semua, bukan saya bermaksud tidak redha di sini. Sekadar mengutarakan bertapa janggalnya kehidupan kita jika tiada kehidupan akhirat.

“Ular oh ular kenapa kau makan katak?”
“Macam mana aku tak makan, memang makanan aku…
MEMANG makanan aku…”


JUST WONDERING..

If there was no life after death, what kind of life would it be on this Earth? Better off ?

Monday, September 04, 2006

MERDEKA..OH..MERDEKA!!

Rasanya tidak terlewat utk saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 49, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Namun kadangkala masih tertanya-tanya di dalam hati, sebesar mana kecintaan kita terhadap negara ini. Ketika tanggal 31 Ogos menjelma, apakah muncul perasaan bangga, cinta, syukur, insaf dalam sanubari setiap kita, atau sekadar perasaan yg biasa-biasa saja?

Saya tak pasti , tetapi semacam ada kelesuan dalam sambutan kemerdekaan tahun ini. Yang banyak hanyalah acara2 hiburan dan konsert di sana sini. Saya tak nampak apa2 kaitan konsert dgn kemerdekaan. Mohon kalau ada yg sudi menerangkan.

Apabila ada saranan utk mengibarkan bendera , ramai pulak yg berhujah, kemerdekaan itu bukanlah semata2 mengibarkan bendera. Dan pertanyaan mereka lagi, tak merdeka kah kita jika tidak mengibarkan bendera? Dek yakin dgn hujah tersebut maka tiadalah Jalur Gemilang terpacak di mana2 premis dan kenderaan mereka walaupun sebatang!

Hmm..agaknya semasa Aidilfitri nanti tak payahlah mereka berpakaian baru kerana tak semestinya menyambut Hari Raya dgn pakaian baru kan?

Bagi saya, mengibar bendera dan apa2 juga bentuk kempen sempena hari kemerdekaan, merupakan ekspresi perasaan bangga, syukur, insaf yg saya nyatakan awal tadi. Bagi mereka yg tiada perasaan seumpama itu, akan melihat semua kempen kibar bendera, konvoi, mengecat premis, acara baca puisi itu misalnya, sebagai perkara sia-sia. Saya tidak mengecualikan acara2 berbentuk keagamaan dlm hal ini.

Kadangkala saya cemburu dgn semangat patriotik rakyat negara jiran kita Indonesia yg begitu menebal. Ketika kita tercari-cari nama yg sesuai untuk bendera kita, mereka sudah lama memiliki ‘Sang Saka Merah Putih’. Mungkinkah semangat ‘negara bangsa’ sudah berjaya diterapkan dalam minda rakyatnya? Megah dgn ‘bangsa Indonesia’.

Kita? Bahkan ada yg memperlekeh irama lagu ‘Negara ku’ dan menggesa corak Jalur Gemilang direka semula, setelah begitu mantap selama 49 tahun!
Hal ini barangkali akibat keselesaan hidup yg kita nikmati, telah menjadikan kita alpa dan memandang mudah kemerdekaan negara kita sendiri.

“Kerana mu kami hidup selesa, limpah budi kemakmuran negara…”

Saya tak fikir banyak negara lain, layak menyanyikan lagu seperti di atas. Bayangkan saja seorang penduduk Ethiopia atau Sudan menari2 sambil menyanyikan lagu ‘Kerana mu Somalia’ dgn mengekalkan lirik yg ditulis oleh SISO itu. Pasti org lain yg mendengarnya menganggap dia berdelusi kerana terlalu lapar!

Kalau Amerika Syarikat ada ‘astronaut’ dan Russia ada ‘cosmonaut’, tak lama lagi kita akan ada our very own ‘angkasawan’.

Dalam banyak hal, kita kini berdiri sama tinggi dgn bangsa2 lain di dunia.
KERANA MU, MALAYSIA…

Monday, August 28, 2006

MR . PERFECT

Dalam hidup ini, adakah anda seorang yg sempurna? Sempurna fizikal, mental, spiritual serta akhlak sebagai seorang manusia? Atau sekurang-kurangnya berkeinginan utk menjalani hidup secara sempurna? Cukup keperluan, tiada cacat cela, cemerlang dan lengkap?

Adakah anda termasuk golongan yg mengukur 10 kali dan memotong sekali, atau yg memotong 10 kali tetapi mengukurnya cuma sekali?

Secara sinis ramai yg melirik mata dan mencebik bibir sambil berkata, itu hanyalah impian kosong si perfectionist dengan kawannya si idealist.

Namun saya rasa, sewajarnya kita berazam utk menjadi sempurna kerana Allah S.W.T sendiri telah mencipta manusia ini dalam bentuk yg sebaik2nya
(At-Tiin : 4), sementara Nabi Muhammad S.A.W juga diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg baik.

Titik kesempurnaan akan dicapai selepas melalui suatu proses yg sangat panjang dan adakalanya terlalu unggul utk kita didekati. Justeru dalam langkah mencari kesempurnaan itu, kita harus terbuka menerima kekurangan diri serta kekurangan orang lain di sekeliling kita.

Mengaku kelemahan lebih baik daripada bermuka-muka mengetahui semua perkara agar dilihat sempurna. Namun ianya tidak terhenti setakat mengaku, usaha memperbaiki perlu dijalankan sepantas mungkin dgn harapan suatu waktu nanti kekurangan itu akan terhapus dan kita menjelma menjadi insan yg lebih lengkap dan sempurna.

Pernah saya terbaca satu rencana yg menggunakan tajuk ‘Anda tak perlu jadi sempurna (you don’t have to be perfect)’. Saya agak khuatir juga konsep sebegini membawa kepada sikap acuh tak acuh dalam menjalani hidup. Hiduplah seadanya dan orang lain mesti menerima ketidaksempurnaan kita sebagai suatu hakikat tanpa ada usaha memperbaikinya.

Isteri atau suami yg agak ‘sihat’ tubuh badannya janganlah berpeluk tubuh walaupun pasangan masing2 sering membisikkan ditelinga ‘I love u just the way u are’ seperti mana lagu Billy Joel suatu waktu dahulu.

Teringat saya akan kisah permaidani yg terkenal dari Isfahan, Iran, yg secara sengaja diputuskan satu benang bagi setiap permaidani yg telah siap. Anggapan mereka, sebarang ciptaan manusia tidaklah boleh ada yg sempurna. Yang sempurna hanyalah ciptaan Allah S.W.T.
Anehkan?


SUMMARY

Are u a perfect person? I believe most of us would say no…that is no surprise. But I think at the least we have to try to reach some extent of perfection. This is because God has created us perfect. But at the same time, we have to be strong enough to accept whatever weaknesses that we and people around us may have.Willing to accept is one thing but to improve them is another. We cannot just go around and say “hey, this is what I am so be it”. All I am saying is that we should always struggle to be as good as we can, although, being human we are bound to making mistakes. We face situations so complex that no one could possibly get them right all the time. But, as Yoda would have put it “ try we must..”

Monday, August 21, 2006

BAHASA JIWA BANGSA

Nampaknya saya tergerak juga utk mengulas isu yg sudahpun disebut dlm blog2 lain dan akhbar2 seminggu dua ini – ucapan Syarifah Amani, Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-19.

Saya tidak melihat isu ini berfokus kepada beliau, kerana jika demikian, isu ini tentulah kecil jadinya. Lagipun beliau sudah memohon maaf seperti mana dlm laporan beberapa akhbar. Saya kira Amani cuba menjadi jujur, namun agak tak kena pada tempat dan masanya.

Sebaliknya saya berpandangan, insiden ini merupakan tamparan kepada bangsa Melayu seluruhnya. Lebih jauh drpd itu, nampaknya wujud sekelompok orang Melayu di negara kita yg tidak fasih berbahasa Melayu! Saya akur jika mereka ini lahir, dibesarkan dan bermastautin berbelas tahun di luar negara. Namun apa alasannya utk mereka yg tinggal di Malaysia?

Menurut takrifan Perlembagaan Persekutuan; Orang Melayu adalah orang yg mengamalkan budaya hidup Melayu, bertutur bahasa Melayu dan beragama Islam. Maka jika salah satu drpd tiga komponen tadi lenyap, sayugia kalau orang itu masih layak dipanggil ‘orang Melayu’. Paling tidak, saya menganggap kelompok mereka ini sebagai Melayu yg sudah ‘cair’ kemelayuannya.

Golongan Melayu cair ini semakin bertambah nampaknya dan mereka tidakpun rasa canggung malah bangga kerana merasakan mereka ini mewakili golongan Melayu kelas menengah yg bijak. Bijak semata2 kerana fasih berbahasa Inggeris! Sebab itu lah timbul lafaz perkataan “I sound stupid when I speak Malay” .

“Saya kedengaran bodoh (bermaksud teruk?) jika bertutur bahasa Melayu”.
Kalau ungkapan berkenaan dianggap masih tidak ada apa-apa, bagaimana pula dengan
‘saya kekok kalau makan pakai tangan” atau “saya kelihatan hodoh kalau bertudung!” ?

Dan ucapan itu pula dibuat dlm satu majlis rasmi, ditonton secara langsung oleh jutaan manusia, dalam dan luar negara, Melayu dan bukan Melayu? Bukankah kesemuanya dalam konteks yg sama? Sakit atau tidak nya mereka yg mendengar ungkapan2 tadi sangat bergantung kepada dalam ceteknya cinta mereka terhadap bahasa, budaya dan agama.

Tun Dr.Mahathir menyarankan kita menguasai bahasa Inggeris, hanya sebagai alat utk menguasai ilmu. Tidak sekali2 pernah beliau mahu kita jadi omputeh.

Pun begitu, kalaulah apa yg diucap itu tidak diiringi niat, sekurang2nya ia membenarkan lagi pepatah Melayu yg berbunyi ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’ dan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah menimpa.’

Orang tua-tua kita pernah mengingatkan, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…’


SUMMARY

It is a sad thing to learn that there are some of our Malaysians who are not very fluent and comfortable to converse in their very own mother tongue. It would be understandable had these people been living overseas for many many years. But I could not find any excuses for those growing up in Malaysia. Very true that our former Prime Minister Tun Dr.Mahathir had asked us, Malaysians, to learn English, but primarily for the purposes of seeking knowledge. Not at any time he wanted us to take Bahasa Melayu for granted.
MERDEKA !!

Monday, August 14, 2006

MACAM PERNAH KU LIHAT…

...TAPI DI MANA YA ? Anda ingat lagi dari filem apa dialog itu dipetik? Siapa yg menuturkannya? Kenapa ianya dituturkan?

Sekiranya anda pernah menonton filem komedi berkenaan, dan masih gagal menjawab pertanyaan2 tadi, saya yakin sebabnya cuma satu – LUPA!

Dan sekerap mana anda lupa? Sekali-sekala? Selalu? Rasanya tak payahlah saya merujuk mana2 ensiklopedia utk definisi ‘lupa’ ini. Izinkan saya menulis apa saja yg sedang berlegar dlm minda saya ketika ini:

Suatu maklumat yg pernah kita ketahui yakni terakam dalam minda, tiba2 gagal diingat secara sementara, saya anggap menjelaskan maksud lupa secara ringkas. Umpama satu fail yg telah di simpan di dlm memori komputer tetapi gagal dibuka apabila diperlukan.

Sebabnya? Bersandar kepada sejauh mana sesuatu maklumat itu meninggalkan kesan kepada diri seseorang, maklumat yg kurang penting akan cenderung dilupai.

Kalau anda terserempak dgn 10 org semasa menunggu bas misalnya, adakah anda akan terus mengingati wajah2 mereka? Tentu tidakkan? Tetapi saya pasti anda akan terus terbayang2 wajahnya jika salah seorang drpd mereka secantik (?) Siti Nurhaliza atau sehensem (?) Dato’ K !! Yang lain2 tu mungkin dahpun mula dilupai sebaik saja bas tiba....

Tapi adakah sebab yg saya utarakan di atas sentiasa benar utk semua keadaan? Andai pada satu2 ketika anda terlupa tarikh lahir suami/isteri anda, adakah itu menandakan pasangan anda sudah menjadi tidak penting kepada anda? Tentu anda akan menafikan sekeras2nya bukan? Ya lah tu...

Namun dari sudut agama, fenomena lupa mendapat pembelaan yg sewajarnya apabila dikatakan, catatan amal kita diangkat dlm dua keadaan - lupa dan tidak siuman.
Justeru, kita tidak boleh persalahkan orang yg lupa.

“Maaf Tuan, saya lupa nak pakai tali pinggang keledar tadi” , “Tak pe lah…”.
Demikian dialog seorang pemandu dgn seorang polis trafik yg sungguh akrab bunyinya.

Kalau begitu, alamat akan muncul ramai orang2 pelupa – pelajar lupa siapkan tugasan, guru lupa masuk kelas, penghuni yg lupa bayar sewa, YB yg lupa janji2 pilihan raya dan 1001 satu jenis lagi - Semata2 utk menyelamatkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan !

Oops! Nanti dulu... lupa memang tidak boleh dipersalahkan, tetapi punca yg menyebabkannya terjadi masih boleh dibebankan ke atas bahu kita.
Kenapa tak ulang kaji? Kenapa tak buat catatan? Kenapa tak set alarm? Personal assistant tu buat apa? Cuai..cuai…cuai!!!

Guru kimia (Yg dihormati Cikgu Saidin) saya semasa sekolah dulu pernah berkata, tak baik minum terus drpd botol bimbang tertelan semut, nanti jadi pelupa.
Sampai sekarang saya ingat pesan beliau tapi sampai sekarang juga saya masih tercari2 huraian saintifik mengenainya (kena tanya Cik Marina kita…).

Dalam banyak kelupaan yg berlaku, tidak ada yg lebih teruk drpd lupa diri dan lupa Tuhan.

Semalam saya menonton lagi filem Ali Baba Bujang Lapok. Kassim Baba kehilangan nyawanya kerana terlupa password ‘niyat nginsoong matek ajiii semar ngiseng!’


SUMMARY

We seem to easily forget things or events which we consider inimportant or meaningless. But how do we explain to our loved ones should we forget their birthdays for example. Are they no longer important to us? Sometimes, the things that we used to remember just slip from our memory without any apparent reasons and it happens beyond our control whatsoever. Thus, we should not be held responsible for any consenquences resulted from our forgetfulness. Nevertheless, can we just simply say “Sorry, I forgot” for each mistake we make? There were cases where houses burnt down because of the owners forgot to turn off the gas/electrical appliances! We may be unable to tell our mind when to forget or not to forget, but the onus is still upon us to prevent it from occuring.

Monday, August 07, 2006

BIASA LAH..

Biasa lah… satu ungkapan yg saya kagumi atas sifatnya yg universal. Universal sebagai respond terbaik terhadap soalan yg anda sebenarnya malas nak jawab. Andai saya hendak mencipta robot, maka akan saya rakamkan ungkapan unggul ini ke dalam memorinya. Kemudian saya canangkan bahawa robot saya ini mampu menjawab segala persoalan .

“ Apa yg ada dlm beg awak tu? , “Siapa yg telefon abang semalam?” , “Bagaimana nak lembutkan hati suami?”, “Hutang puasa tahun lepas dah bayar ke ?”. “Camne Siti boleh terpikat dgn Dato tu? Kerana rupanya kah? Keturunannya? Hartanya? Atau agamanya ?” Bidzaatid-dii ni taribath yadakh..

Malah soalan yg bunyinya berat2 seperti “ Kenapa batalkan projek jambatan bengkok?” ,
“Asyik2 berita Naib Ketua yg keluar kat paper?, Ketuanya mana? Tidur ke?” “ Kenapa PBB tak buat apa-apa ats pencerebohan Israel di Lubnan?”

Semua soalan di atas bolah dijawab dgn satu ungkapan tunggal ‘biasalah..’.

Hebatkan? (Ooopss…biasalah..)

Jawapan sedemikian berupaya memulangkan soalan kepada diri penanya semula. Satu ‘manouvre’ yg bijak utk mereka yg enggan ataupun sebenarnya tak berapa tahu nak jawab apa. Penanya seolah dicabar utk mencari jawapannya sendiri. Jika gagal, penanya dilihat sebagai seorang yg dungu atau kurang berpengetahuan kerana tidak mengetahui perkara yg dianggap ‘biasa’ kepada semua orang.

Namun saya memberi amaran agar anda tidak mengaplikasikan jawapan begini dalam semua keadaan dan cuaca. Bukan kerana ianya tidak berkesan, tetapi tahap kesabaran penyoal kadang2 diragui utk menerima maklum balas demikian. Memercik air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Jgn sekali si anak berkata ‘biasalah’ apabila si ayah bertanya kenapa balik hingga jam 2 pagi . Silap haribulan, anak itu dikenakan hukuman rotan di khalayak ramai oleh ayahnya sendiri.

“ Mana bekalan air di kawasan kami yg YB janjikan 5 tahun dulu !?”, kedengaran pula satu soalan dlm satu majlis pemimpin bersama rakyat. “Biasa lah” jawab YB tu selamba. Nescaya tak lama lagi, YB tu akan kehilangan kerusinya di situ. Tak pun pada hari itu juga dia dibaling dgn kerusi !!


Haa...ada yg kata saya merapu dalam post minggu ini? Biasa laa…

Monday, July 31, 2006

BAHAGIAKAH KITA ?

Selepas menunaikan solat Asar , Pak Hassan duduk bersandar di serambi rumah sambil menikmati hidangan ubi rebus dan secawan kopi panas. Sawah terbentang menguning , bukan saja menandakan rezeki yg menanti utk dituai malah lambang kepuasan dan harga diri. Bukti usahanya bersahabat dgn alam masih mendapat restu Tuhan . Terasa satu kebahagiaan yg amat sangat dalam hati Pak Hassan...

Petikan di atas bukanlah diambil dari mana2 novel DBP yg tak berapa nak laku. Sekadar introduksi ‘apayangkufikir’ utk minggu ini. Agak sayalah, kebahagian yg dirasai Pak Hassan tu mungkin bagi sesetengah orang, perlu ke Acapulco atau Costa Del Sol utk merasainya.

Cuba2 kita bersoal-jawab dgn diri sendiri, bahagia kah kita waktu ini ? Selama ini ?
Jika jawapannya negatif, apakah yg dapat menjadikan kita bahagia? Katakan saja kita ada lampu Aladin yg mampu menunaikan permintaan, bukan 3 malah berapa saja.

“Aku nak wang berjuta, nak banglo mewah, limousine , hand-set generasi 3+, aku nak mengelilingi dunia, aku nak ada jet peribadi..” dan berjela2 lagi yg sedang menanti dalam senarai .

Matlamatnya cuma satu – untuk meraih kebahagiaan.

Namun sesudah memperolehinya nanti, bosan mula menjelma, masih tak bahagia. Seminggu pakai Honda City, nak rasa pulak Satria Neo. Ahh! Apa nak kisah, kita gosok lagi lampu Aladin utk mintak yg baru. Tapi sampai bila? Sampai mati? Dan yg paling penting, ada ke lampu Aladin tu?

Ketika membaca akhbar mengenai kerabat Sultan yg dibunuh minggu lepas, terlintas difikiran saya akan kehidupan orang2 yg relatif apa-nak-semua-dapat itu, semestinya dilimpahi kebahagiaan. Ternyata analisis saya meleset...

Sesungguhnya kebahagian itu sesuatu yg abstrak sifatnya, tidak terukur dgn harta benda. Lebih mustahak, ia kurnia Allah S.W.T. Justeru memiliki segala macam unsur material tidak mewajibkan kebahagiaan turun kepada kita, ianya sekadar ikhtiar. Bak ungkapan popular ustaz/ustazah dalam ceramah mereka, kita boleh beli tilam yg empuk, tapi belum tentu berasa nyenyaknya tidur! (tapi tidur yg nyenyak bermula dgn tilam yg empuk !??)

Lebih jauh dari itu, hakekat (ejaan Indon) kebahagiaan mencakupi dunia dan akhirat. Oleh itu, taati dan dampingilah Allah S.W.T. selalu.

Moga-moga tempias kebahagian dicampakkan di dalam hati kita – Amin.


SUMMARY

Happiness is something which is very abstract in its characteristics. Something which cannot be measured by how much properties or assets you own.
It is a gift from Allah S. W. T. Therefore, someone who is very rich and wealthy does not necessarily mean, his life is filled with satisfactions and happiness. Having all those big houses, flashy cars etc is only parts of an effort to obtain happiness. We might buy a soft pillow, but not necessarily a sound sleep!

Further from that, the true essence of happiness goes beyond life in this world but the Hereafter as well. In pursuit of that, we must carry out the duties and obligations being stipulated in our religion in a hope that the happiness would be placed in our hearts - Amin.

Monday, July 24, 2006

APAYANGKUFIKIR

Minggu ini saya bercadang utk rileks sedikit. Dah masuk bulan Ogos, rasanya baik juga saya bercakap sedikit mengenai konsep dan latar belakang blog saya ni. Agar jangan ada yg berasa hampa kerana mengharap sesuatu yg bukan dalam skop tulisan2 saya.

Kalau nak dibanding, saya (dan Greeny) adalah blogger paling muda in the neighbourhood. Maka, tak lah banyak yg dapat dikisahkan mengenai blog setahun jagung ini. Tapi sebagai mana trend penyanyi2 sekarang, baru menyanyi 2-3 tahun, dah ada the so-called ‘koleksi emas’, ’himpunan lagu2 terbaik’ dan sebagainya. Huhh..saya fikir hanya penyanyi yg mampu mencecah 10 tahun sahaja yg layak buat koleksi lagu2 terbaik seperti Jamal Abdillah, Sheila Majid, Search dsb.

Sebenarnya idea blogging ini timbul lantaran kecenderungan saya yg gemar memerhati; Melihat apa saja dan cuba berfikir baik buruknya sesuatu yg saya nampak. Sebelum ini, idea/pandangan saya hanya didengar oleh sebilangan kecil rakan. Ramai yg lain lebih suka mengambil pendekatan “malas lah nak fikir”. Jadi pandangan2 saya itu adakalanya lenyap bersama kelupaan saya.

Justeru matlamat saya lebih kepada berkongsi buah fikiran dgn lebih ramai rakan, disamping blog ini menjadi perakam apa juga yg saya fikirkan, kut..kut..dah tak ada nanti. Tidak semestinya pandangan saya ini bernas atau bermutu . Namun , berdasarkan ‘butterfly effect’, saya yakin sumbangan kecil saya mungkin membawa perubahan besar kpd org lain dgn izin Allah. Seperti ungkapan tema blog saya, ‘kalau2 ada sebutir pasir dlm hamparan pasir pantai’. Sukar nak cari, malah mungkin tak ada langsung !

Corak penulisan saya juga agak santai dan tidak terlalu panjang (sekeping kertas saiz A4 saja..). Santai bermaksud tidak menyentuh isu2 yg berat dan sensitif, tanpa statistik mahupun sumber rujukan dan sama sekali tidak boleh dijadikan hujah untuk berdebat. Kalau ada orang mengatakan “ fakta ini saya petik drpd blog abgjas.blogspot.com
…bla..bla..bla..”, maka tindak balas refleks saya ialah ketawa kah..kah..kah..kah..kah.. ke tahap infiniti !!!

Saya cuba mengelak drpd membicarakan hal2 politik secara khusus dan berpihak. Apabila berpihak, tentu ada yg menentang. Bukan semua orang bersedia utk menerima perbezaan pandangan. Saya pernah ‘kehilangan’ sahabat lantaran isu Dato’ Seri Anwar sedikit waktu dahulu.

Penggunaan bahasa saya lebih mirip kpd bentuk baku (sebutan/ejaan) namun sekali-sekala saya tidak rasa bersalah utk menyelit bahasa pasar / slanga malah bahasa Inggeris sekali pun, utk mengendurkan kerasmiannya. Namun itu tidak bermakna kita mencemarkan B.Melayu jika akar kita teguh. Malah saya berazam utk menyelitkan pantun mahupun peribahasa dlm post2 yg saya tulis. Ini tentu menggembirakan Dato’ Firdaus Abdullah, itupun kalau beliau tahulah..he..he...

Unsur humor juga tidak terkecuali dlm tulisan saya. Sekurang2nya ada yg bisa tersenyum semasa membaca blog saya.

Saya sebenarnya menggemari corak tulisan wartawan veteran Tan Sri A.Samad Ismail (Pak Samad), yg bersahaja dan mudah difahami. Namun kita tidak pulang dgn tangan kosong selepas membaca tulisan beliau (tidak aktif menulis lagi kerana uzur).

Sehingga kini, saya amat berbesar hati kerana ada rakan2 yg menerima konsep blog saya dgn baik. Mereka ini saya anggap setia mengikuti dan memberi komen tulisan2 saya. Kepada Noor, Greeny, Marina, Wan, Deanz, Lisa dan Joe, InsyaAllah saya juga akan menjadi rakan blog yg setia kpd anda semua. Dalam pada itu, saya mengharapkan , lebih ramai lagi akan sudi mengunjungi blog saya di masa mendatang.

Sebagai penutup, saya nak sebut di sini dan sekali gus meminta maaf; Terlalu sedikit yg saya perkatakan mengenai latar belakang diri saya. Secara jujur, saya lebih suka rakan2 / pembaca lain mengenali saya melalui tulisan dan corak penulisan saya. Bayangkan saja anda Detektif Sherlock Holmes yg ditugaskan membina profil diri saya, dan satu2nya sumber yg anda ada adalah , weblog abgjas.blogspot.com – seronokkan?

Apapun, saya orang biasa-biasa saja….


SUMMARY


This week, allow me to write a little concerning the concept and the background of this blog of mine. In order not to have someone hoping for something which is not within my scope of discussion. My style of writing or expressing my ideas in this blog is simple and brief. It’s not my intention to touch on more formal and serious issues accademically, thus there will be no statistics nor sources of reference to support my oppinions. My views may not be necessary excellent but I will try to make it worth reading at the least. In fact the idea of having this blog came out because of my fondness of observing things my own way; and to understand the positive and the negative sides of them. Prior to this, my ideas were only heard by a small number of people. So my views sometimes just fade away with my forgetfulness. Therefore, one of the best things of having this blog is to be able to share my thoughts with more and more friends, from around the world perhaps.

Monday, July 17, 2006

KESAN RAMA-RAMA

Pernahkah anda terbaca tentang Butterfly Effect (Kesan Rama-Rama) ? Saya fikir, idea mengenainya boleh di ungkap seperti berikut:

“Satu kibasan kecil sayap rama-rama di hutan Amazon di Brazil, mampu mencetuskan tornado di Texas, Amerika Syarikat.”

Sering kita mengkelaskan sesuatu perkara itu sebagai kecil atau besar, justeru yg kecil itu dianggap tidak penting maka dipinggirkan. 'Butterfly effect' menjelaskan , ada waktu2nya perkara kecil itu menjadi punca malapetaka besar di tempat dan waktu yg lain.

Untuk mencipta kejayaan besar, kita perlu bermula dgn kejayaan kecil; Dan untuk menghapuskan masalah besar, kita perlu menghapuskan masalah kecil dahulu. Tapi rasa saya, tak ramai yg mahu menerima prinsip begini, baik di peringkat rakyat hinggalah ke peringkat penggubal dasar dan undang2 sesebuah negara.

Mereka ini kalau mahu melakukan sesuatu usaha yg besar, mesti juga bermula dgn langkah yg besar juga. Kalau tidak sanggup, kata mereka, baik jgn buat apa-apa.

Cubalah derma RM2 melalui SMS, akan ada yg bertanya, apa yg boleh dibeli dgn RM2? Golongan ini jugalah saya yakin akan berkata apa masalahnya dgn kenaikan harga petrol 30 sen (cerita lama) ?

Kalaulah lah setiap kita menjiwai 'butterfly effect' ini, saya yakin banyak masalah besar baik sosial, ekonomi mahupun politik dpt di selesaikan.

Kita bercakap mengenai kemerosotan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita, tapi kita juga yg masih ‘ringan mulut’ mengeluarkan kata2 kesat, mengumpat, atau sebaliknya masih ‘berat mulut’ melafazkan kata2 sakti ‘sila’ , ‘tolong’, ‘terima kasih’ dll.

Kita bercakap mengenai sampai sarap merata2. Tapi kita sendiri yg masih membuang tisu, puntung rokok, kulit kacang menerusi tingkap kereta dgn alasan bernas, ianya ‘biodegradable’.

Kita bercakap mengenai maksiat berleluasa dan asyik menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak melakukan apa2. Tapi kita juga yg masih mendekati cabang2 maksiat yg kita anggap ‘kecil’ kesannya. Atau membiarkan anak sendiri berpakaian tak tutup aurat, singkat hingga nampak pusat!

Kita bercakap mengenai rasuah peringkat tinggi, tapi kita juga masih ‘curi tulang’ kat kantin pejabat, masih mengambil cuti sakit atau buat tuntutan tambang yg boleh dipertikai kesahihannya.

Huhh…banyak lagilah kalau nak cakap.

Namun,jangan sesekali memandang rendah kepada usaha anda, sekecil mana pun ia kelihatan. Sebutir duri yg kita buang di jalan itu, mungkin saja boleh membawa kita ke Syurga Allah S.W.T – InsyaAllah.


SUMMARY

One of the most popular phrases in science, the butterfly effect means that, in principle at least, the flap of a butterfly’s wings in Brazil can cause a tornado in Texas. Tiny changes to data can have huge consequences. But I try to perceive this theory differently. This Butterfly effect also shows us that to achieve a great success we sometimes can begin by doing rather a small thing. Conversely, to solve big problem, we can work out the smaller ones first. Never under-estimate your own effort however small it may seem to be. Your
2-dollar donation could just save a life of one person in a poverty-stricken country.

Monday, July 10, 2006

MASUK KANDANG KAMBING…

Baru-baru ini kita dihebohkan dgn satu laporan dalam majalah Reader’s Digest berkenaan adab di 35 bandar padat penduduk di dunia. Apa yg mengejutkan ialah laporan tersebut meletakkan Kuala Lumpur (K.L) di tempat ke 33 !! Maknanya dalam 35 buah bandar tersebut, K.L antara bandar paling tidak beradab
- hanya lebih baik drpd Mumbai, India dan Bucharest, Romania !!! Panas juga telinga dan hati.. saya bukanlah menetap di K.L tapi cubit peha kanan, peha kiri terasa juga.

Kebetulan saya sempat membaca laporan tersebut. Bagi saya, ianya tidak saintifik, tidak adil lantas tidak berwibawa. Boleh dibakulsampahkan pendek cerita (tapi baca dulu laa...).

Laporan tu dibuat berdasarkan 3 ujian berikut:

# 1. Memasuki ke sebuah bangunan awam 20 kali
sambil mengekori orang lain utk melihat adakah
orang itu akan memegang pintu utk kita selepas
dia masuk.
# 2. Membeli barangan kecil di 20 buah kedai dan
mencatat sama ada juru jual akan
berkata ‘terima kasih’.
# 3. Menjatuhkan satu fail penuh berisi kertas di 20
lokasi yg sibuk utk melihat sama ada terdapat
orang menolong mengutipnya.

Tidak berwibawa pertamanya kerana, adakah bilangan sampel 60 ujian itu cukup menggambarkan jutaan populasi dlm bandar yg dikaji? Adakah lokasinya rawak? Kalau terpilih, apa kriterianya?

Lihat juga sudut ujian itu sendiri, terutamanya ujian # 1. Memegang pintu utk org lain bukanlah satu kebiasan utk org kita (namun elok diamalkan). Samalah seperti menarik kerusi utk wanita di meja makan dll. Nilai2 sebegini adalah budaya di barat, bukan di sebelah sini !

Orang Asia juga jenis pemendam, tidak cenderung melafazkan apa yg dirasa seperti ‘aku sayang kamu’, ‘awak cantik’, ‘maafkan saya’ seperti juga ‘terima kasih’ (ujian # 2). Namun tidak pula bermakna hati kita keras dan jahat. Mungkin saja lafaz ‘terima kasih’ diganti dgn bahasa badan seperti ‘senyum’ atau melambai tangan kan?

Tidak seperti di barat ungkapan 'I love you', 'please…thank you', 'I am sorry', 'excuse me' etc memang lumrah. Perkara di atas memang elok dan amat wajar kita mempelajarinya. Cuma saya tekankan, buat masa ini, ia belum lagi menjadi budaya kita.

Justeru, tidak tepat menggunakan nilai khusus satu kelompok masyarakat utk mengukur satu kelompok lain. Latar belakang budaya, cara hidup, agama yg berbeza menyebabkan, satu nilai yg baik dlm sesuatu masyarakat tertentu, tidak semestinya dianggap demikian oleh kumpulan lain.

Cuba bayangkan, kita jalankan satu ujian masuk ke rumah untuk melihat sama ada seseorang itu menanggal kasut atau tidak. Dan ujian itu kita jalankan di bandar raya New York sana (kononya bandar paling beradab di dunia menurut laporan berkenaan). Saya optimis, skor mereka akan 0 / 20 !!

Cuba lagi dgn ujian pasangan lelaki-perempuan yg berpeluk malah berkucup di tempat awam, sesuatu yg sangat biadab ditempat kita tapi biasa dikalangan mereka. Oopss! Kita kalah juga kot?

Teringat saya suatu ketika dahulu, negara kita Malaysia diletakkan di bawah Israel dalam ranking negara yg mengamalkan hak asasi manusia.

Bagi saya, laporan2 begini dijalankan begitu rupa utk terus menggambarkan 'superioriti' orang2 Barat,

…atau mungkin saja, saya yg mengada-ngada.


SUMMARY

Based on a recent report by Reader’s Digest stating that Kuala Lumpur is among the least courteous cities in the world, ranked 33nd out of 35 !! It’s just being unfair to judge the good manners or politeness of people in a city by only 3 simple tests involving a very small number of participants. Moreover, the tests were of western customary. Because of our difference in traditions, cultures, religions etc, one value which is considered decent in one certain country may not be the same in another. Kissing in public ,for instance, is unacceptable in most asian countries while it is OK in the West. The tests should have been conducted in more scientific manners.

Monday, July 03, 2006

YANG TULUS YANG MULUS..

Saya bukanlah peminat mana-mana program realiti TV yg begitu popular dewasa ini. Namun publisiti yg cukup meluas - tengok tv, dengar radio, baca akhbar, cerita orang sekeliling..he..he.. blogpun - menyebab tidak berdaya saya mengelak daripada mengetahui sedikit sebanyak perkembangannya.

Dalam semua huu haa tersebut, saya tertarik memperkatakan satu perkara; iaitu komen juri terhadap para peserta dalam program berorientasikan nyanyian khususnya. Sesetengah juri seperti seronok menegur secara terbuka, kasar, pedas dan ada kalanya mengaibkan.

‘suara awak tu macam katak betung, baik awak balik rumah dan …’. Jangan terkejut, saya pernah dengar komen ‘suara awak seperti anjing menyalak’!!

Apa yg saya tahu, konsep program realiti tv ini bermula di Barat yg diimport ke sini. Mungkin, keterbukaan seumpama itu dianggap biasa di kalangan mereka. Namun, apakah budaya cakap tak berlapik itu pun perlu di’import’ sama?

“Saya memang jenis lantang bersuara. Saya akan bercakap apa yg saya rasa. Ketika memberi komen, penonton lupa kepada kebenaran dan peranan yg saya bawa dalam industri (muzik)”. Demikian hujah yg sangat jujur lagi ikhlas menurut seorang juri yg saya petik daripada sebuah akhbar baru2 ini.

Ahh..pedulikanlah segala justifikasi mereka. Siapa tahu, mungkin juri juga dipengaruhi keinginan utk publisiti, atau strategi perniagaan pihak penganjur sendiri !?

Jangan salah faham pandangan saya ini. Saya tidak sama sekali bersikap anti kpd program realiti tv. Cuma, saya melihat semacam ada satu sindrom di kalangan masyarakat kita mutaakhir ini utk menegur secara terbuka atas nama kejujuran mahupun kebenaran sehingga membelakangkan budaya sopan santun malah ada kalanya ke tahap ‘kurang ajar’. Dan secara kebetulan, contoh paling semasa adalah program2 tv sedemikian. Kalau ingin pergi jauh, cuba buka jendela politik tanah air, segala hamburan kata nista ada di situ..

Pernahkah anda menegur kawan anda “Wah! Banyaknya jerawat kat muka awak seperti kawah di bulan!”. Atau anda sendiri yg pernah di ‘laser’ demikian? Bagai mana rasanya? Untuk menyelamat diri, si penegur lantas memberi alasan paling kukuh,
“ saya gurau je tu, takkan nak kecik hati..”.

Jika pun bergurau – malah andai benar sekalipun – adakah komen kita itu diperlukan? Kena caranya? Kena masanya? Kena tempatnya? Fikirkan kesan yg mungkin berlaku akibat komen ‘jujur’ kita itu. Ada baiknya juga kita renung kata-kata ‘jenayah yg paling kejam, bermula daripada niat yg paling suci’.

Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa.

P/S – 30 Jun 06: Dr.Rais Yatim menerusi Kementeriannya, akan mengeluarkan garis panduan utk juri2 program realiti tv.

THE SUMMARY

It’s some kind of syndrome in our society these days that people tend to be very blunt, direct in their speaking and giving comment on others. To the extent that we become very impolite and rude - All in the names of truth and honesty. This is not a custom to us here, especially in Malaysia. Even if a certain comment is true enough, is it needed? Is it timely? Is is done in a proper way? Think about the effects it may result by giving our comment in such a manner.

Sometimes, the cruellest crime may have started from the noblest intention.

Sunday, June 25, 2006

TETAMU SENJA

Rentetan beberapa peristiwa yg berlaku kebelakangan ini, saya termenung sejenak betapa kita ini sebenarnya hanyalah tetamu di muka bumi Allah ini.

Adatnya jika berkunjung sebagai tetamu, maka kita sepatutnya hanya datang, singgah dan pergi, tak lebih drpd itu. Kita tiada apa2 hak milik di tempat yg kita kunjungi melainkan semuanya milik tuan rumah.
Duduk apabila disuruh, makan sesudah dijemput, mata tak boleh berkeliaran, cakap berlapik, intonasi pun kena jaga. Pendek kata semua tingkah laku semata2 atas ehsan tuan rumah itu.

Kalaupun tuan rumah berkata, ‘buatlah macam rumah sendiri’, percayalah dia tidak pernah bermaksud demikian. Cuba lah kalau berani, di rumah kawan kita, orderlah apa2 makanan , atau arahkan sahaja tuan rumah menukar set sofa yg baru atas alasan ‘kaler tak matching’. Atau kalau nak lebih berani lagi, bawalah pulang anak bininya sekali !!
ROAARRR!!!!! Mungkin itu lah kali terakhir kita bertemu kawan kita tu..

Dan sekarang, cuba renung situasi ini ; Tukarkan objek2 ‘tetamu’ tadi sebagai ‘manusia’, ‘rumah’ sebagai ‘bumi’ dan ‘tuan rumah’ itu sebagai Allah Yang Maha Kuasa.

Lantas, bukankah kerendahan martabat kita sebagai tetamu itu sudah cukup menginsafkan diri ? Beranikah lagi kita menjadi besar kepala sehingga seolah2 dunia ini ‘ana yang ampunya’ kalau tak pun ‘bapa aku yg punya’? Sedangkan Tuhan sentiasa ada utk memerhati !?

Sombong, degil, menindas orang lain, menipu dan pelbagai sifat bejat lain, selayaknya menjadi tiket utk kita ditendang saja keluar dari bumi ini. Saya kusut utk memikir kenapa insan2 sedemikian semakin ramai pula di dunia hari ini. Jahil kah? atau zalim kah? ataupun kufur ? Semoga kita bukan dari golongan2 ini – amin.

Teringat saya akan tajuk puisi nukilan Dato’ A.Samad Said yg pernah juga dilagukan Kumpulan Kopratasa sedikit waktu dahulu.
Tajuknya ‘Kita Ini Tetamu Senja’.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembali kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yg datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yg datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf - kita ini punya kiblat
segera kita ingat - kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!

(1956)



Terlalu indah hingga saya tidak nampak di mana cacat celanya puisi di atas – dan semuanya benar, tiada yg lain, melainkan benar belaka.

Hmm… dah lama rasanya saya tak berpantun:

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat jua akan condongnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat jua akan pulangnya.

Monday, June 12, 2006

TUNGGU SEKEJAP ….

Khususnya bagi seorang guru/pensyarah, amat lazimlah mengeluarkan arahan kepada para pelajarnya agar menyiapkan latihan/tugasan/kerja projek pada waktu yg ditetapkan. Dan amat lazim juga , guru atau pensyarah itu mendapati, para pelajar menghantar kerja2 mereka pada minit2 akhir.

Ada yg seronok berkerja dlm tekanan dan hambatan masa, baru ‘thrill’ kata mereka. Ada juga yg kata, kalau siap awal nanti cepat lupa; Kalau siap awal, nampak mengada2.

Maka dgn penuh semangat, guru/pensyarah tu pun memberi ‘syarahan’ yg panjang lebar akan kepentingan masa dan keburukan kerja bertangguh kepada para pelajar yg sayangi.

Anehnya, selama ini saya menyangka, sikap bertangguh ini merupakan fenomena khusus warga pelajar ataupun remaja yg rata2 belum cukup matang
– pada pengamatan saya lah.

Ternyata pengamatan saya meleset sama sekali , malah banyak kali.. Rupa2nya kerja bertangguh ini telah menjadi budaya orang2 dewasa juga yg kadangkala terlebih matangnya. Tak kira bangsa, agama atau pangkat; All walks of life lah kata org puteh.

Lihat saja bagaimana liatnya org kita untuk menukar kad pengenalan lama kepada MyKad sehingga akhir 2005 yg lalu. Walaupun tempoh panjang diberi , ribuan yg menunggu hari2 terakhir utk melaksanakannya. Lepas tu pandai pulak keluar kat tv, komplen Jabatan Pendaftaran kerana tak banyak buka kaunter ... kena tunggu berjam2 dlm queue yg ‘bagai ular dipalu’. Sama juga halnya dgn saman traffik , sampai nak kena jemput kat depan pintu pagar siap dengan liputan TV lagi….sekali kena gari daaa…

Hmm, jangan dilupakan isu pendatang tanpa izin Indonesia. Bapak Presidennya kena tulis surat dgn PM kita nak minta tangguh (selepas beberapa kali tangguh!) tarikh akhir penghantaran balik mereka.

Itu belum masuk lagi senario kecil dalam pejabat dengan fail ‘in’ sentiasa lebih tinggi drpd fail ‘out’nya. Mesyuarat ditangguh kerana tak cukup kuorum, kes perbicaraan ditangguh kerana saksi tak muncul. Mahu rasanya pihak2 yg suka menangguh2 kerja ni, ditangguh juga permbayaran gaji mereka.

Kalau dah begitu keadaannya, saya tidak hairan lagilah dgn sikap pelajar2 yg suka bertangguh kerja ini. Apakan anak, kalau bapa, emak, pakcik, atuk ,nenek dah semua pakat2 mengamalkannya terlebih dahulu.

Namun, sebelum saya kena marah, saya nak mengecualikan komen saya ni kepada mereka yg benar2 bermasalah utk melaksanakan tanggung jawab dgn kadar segera. Mereka ini bukan menangguh, tetapi menyusun kerja mengikut keutamaan. Kalau kita ada 2 tugasan, satu nak dihantar esok dan satu lagi dihantar lusa, maka barang tentu kerja esok disiapkan dahulu
– first in, first out.

Dan apakah perkara paling penting yg paling liat semua orang nak buat? SOLAT !!!!
(Ingatkan diri saya sendiri…).

Tapi saya optimis, ramai yg berkata ‘ nanti lah dulu..’ dan mereka pun tertidur di depan TV sambil tengok bola..

Monday, June 05, 2006

USIA

Kali ini saya nak kongsi bagai mana untuk mengetahui usia seseorang yg acapkali di tanya, jawapannya ‘biarlah rahsia’ (terima kasih Siti , kerana menawarkan cara menjawab soalan cepu emas ini secara penuh diplomasi).

Lakukan 5 ujian berikut ke atas rakan anda itu. Tentu sekali anda tidak perlu memberitahu tujuan ujian ini dijalankan, kalau tidak, ‘kantoi’ lah kata remaja2 sekarang.

1) Ujian Imbangan

-Minta rakan anda itu berdiri atas kaki kiri, dgn kaki kanannya dibengkok ke belakang. Kedua tangan letak di pinggang sambil mata tertutup. Catatkan tempoh masa sebelum rakan anda mula hilang imbangan. Lakukan ujian ini tiga kali dan catatkan masa terbaik nya. Jika rakan anda bertahan selama 70 saat ke atas; usianya ialah 20 an; 60-69 saat, 30an; 50-59 saat, 40an; 40-49 saat, 50an; 30-39 saat, 60an; 20-29, 70an; di bawah 20 saat, 80an.

2) Ujian Tindak balas

- Pegang sebatang pembaris 45 cm di atas ibu jari dan jari telunjuk tangan (untuk menulis) rakan anda. Lepaskan pembaris itu dan ukur jarak ia jatuh sebelum rakan anda menangkapnya. Jika pembaris jatuh kurang 15 cm, rakan anda berada di usia 20an; 15-24 cm, 30an; 25-29 cm, 40an; 30-35 cm, 50an; lebih 40 cm, 60an.

3) Ujian Kekenyalan kulit

- Cubit seberapa banyak kulit di belakang tangan rakan anda. Namun pastikan dulu rakan anda itu muhrim ataupun sama jantina dgn anda. Jika tidak, gunakanlah alatan yg sesuai tetapi jgn sesekali gunakan ‘playar’. Kemudian lepas, dan catat tempoh masa kulit rakan anda menjadi rata semula. Kurang 1 saat, usia rakan anda 20an; 1-2 saat, 30an; 3-4 saat,40an; 5-10 saat, 50an; 11-30 saat, 60an; 31-45 saat, 70an; 46 saat, 80an.

4) Ujian Kolesterol

- Lihat mata rakan anda. Ada tak lingkaran putih mengelilingi tepi kornea matanya? Semakin panjang dan bercantum lingkaran itu, semakin panjang juga lah usia yg telah dilaluinya, atau dgn kata lain, dah tua lah tu… . Lingkaran tu sebenarnya di sebabkan pengumpulan lemak yg lama. Tapi ada juga orang di usia pertengahan yg mengalami tanda2 sedemikian. Bukan kerana usia tapi disebabkan diet yg banyak mengandungi kolesterol !!


5) Ujian Ketangkasan Mental

- Suruh rakan anda mengira kebelakang mulai angka 100 dalam selangan tujuh-tujuh (100, 93, 86, …). Ukur tempoh masa untuk beliau sampai ke angka sifar. Jika rakan anda berumur di bawah 40 tahun, beliau sepatutnya mencatat kurang drpd 20 saat; 40-60 tahun di bawah 25 saat.

Kemudian, fikirkan pula seberapa banyak nama2 buah dan sayuran dalam masa satu minit. Jika usia rakan anda di bawah 60, sepatutnya beliau dapat memberi sekurang2nya 15 nama.

Hmm, begitu asyik menguji orang lain, anda sendiri?
Bagaimana pula jika anda melepasi kelima2 ujian di atas secara tidak sepadan dgn usia anda? Ha..ha..ha..anda mungkin sahaja tua sebelum waktunya.

'31? Ehh,tak lah..saya 26'

Monday, May 29, 2006

The HULK II

Apakah seiring usia yg meningkat, menjadikan kita lebih mampu mengawal marah?
Mungkin juga tapi saya yakin ia bukan benar 100 peratus. Ada org yg panas baran sejak muda, tidak pernah berubah walaupun usianya meningkat, sudah bercucu, sudah bergelar haji misalnya. Boleh dikatakan semua orang di sekelilingnya pernah dibawa bertengkar.

Dalam satu kaji selidik, antara soalan2nya berbunyi:
Ketika marah, pernahkah anda terasa seperti hendak memecahkan segala barang-barang di sekelilimg anda? Jika ‘Ya’, bermakna kebarangkalian untuk anda menghidap penyakit jantung menjelang usia 50 tahun adalah lebih tinggi !

Tapi P.Ramlee nampaknya bijak menyentuh persoalan marah ini secara sinis menerusi filem Tiga Abdul. Ungkapan ` Kalau marah nanti kena jual…’ begitu popular dari era tahun filem itu dikeluarkan, hingga sekarang. Dikisahkan terdapat kontrak perjanjian antara Tiga Abdul dgn hartawan Saddiq Sigaraga; barang mana pihak yg naik marah, maka semua hartanya akan menjadi milik pihak yg satu lagi. Akhirnya P.Ramle (Abdul Wahub) membolot semua harta kerana paling bijak mengawal kemarahannya.

‘Nanti kena jual’ boleh diintepretasikan sebagai hilang harta, hilang kawan, hilang keluarga dan yg lebih teruk lagi hilang harga diri. Mencerminkan akibat buruk apabila seseorang terlalu mengikut rasa marah. Semasa meninjau2 blog Wan, beliau membangkitkan isu hangat yg membabitkan artis Abby-Norman. Ini juga satu bukti akibat tindakan ‘hulk’ yg tidak terkawal dalam diri masing2. Sudah terhantuk baru terngadah..

Kalau di barat, begitu popular kelas2 kaunseling utk mengurus marah (anger management). Mengira nombor, menyanyi, senyum dll merupakan antara cara2 meredakan kemarahan.

Namun ajaran Islam yg syumul ada petua tersendiri. Seperti mana maksud Hadis Nabi Muhammad S.A.W. yg diriwayatkan Abu Dharr al Ghifariy:

‘Apabila ada di antara kamu yg marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk supaya marahnya reda, jika tidak, suruhlah dia baring’.

Dalam petua lain, disarankan juga agar mengambil wudhuk kerana marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan dijadikan drpd api. Secara falsafah, api padam dek air.

Sampai masanya, the hulk perlu tembak dgn sinar gamma sekali lagi…

ikut hati mati,
ikut rasa binasa.

Monday, May 22, 2006

The HULK .. I

Selepas berfikir2 apa nak tulis utk post minggu ini, tiba2 terlintas pulak utk bercakap pasal marah.. Hmm..tapi apa kena mengenanya tajuk di atas?
Namun saya yakin ramai yg sudahpun menonton filem arahan sama ada Ang Lee ataupun John Woo ini (kes tak ingat lah tu..) .

Begini:
Apa yg saya faham, marah merupakan nafsu yg timbul apa bila wujud unsur tekanan yg bertentangan dgn naluri dan kehendak seseorang, secara mental mahupun fizikal. Sumbernya pelbagai – org sekeliling, benda sekeliling, alam sekeliling, malah diri kita sendiripun boleh membuat kita marah. Sewaktu marah, hormon adrenalin yg dirembes (dan jgn lupa pengaruh syaitan!), mampu menyebabkan seseorang bertindak di luar waras fikirnya.

Maka itu, saya melihat watak komik The Hulk sebagai manifestasi nafsu marah yg wujud sebagai makhluk. Hadir apabila kemarahan tak terbendung, tak terkawal dan kesannya amat membinasakan. Saiz dan otot-otot besar makhluk hijau ini cukup melambangkan kekuatan yg dibawanya. Namun jika bijak ditangani, ia mampu menewaskan apa jua musuh.

Bagi saya, semua org berhak marah tapi tidak semua org berhak bertindak melakukan apa yg difikirkannya ketika marah.

Menjelang perlawanan akhir Kejohanan Juara-Juara Liga Eropah antara Arsenal dan Barcelona baru-baru ini, seorang DJ radio semacam memperkecilkan pasukan Arsenal dgn para peminatnya. Tak lama kemudian, seorang pemanggil menelefon dan berkata ‘Tau tak apa yg akan tertulis di muka depan akhbar esok? DJ DITEMBAK MATI!’.

Gurauan !? Mungkin …tapi di luar negara, perkara begini benar2 berlaku. Tak kisahlah kalau nak marah, tapi menyamakan harga satu nyawa dgn sebiji bola bukanlah ‘an eye for an eye’ namanya. Tak terbayang saya perasaan pemanggil tu, sebab Arsenal akhirnya tewas 1-2 !!


Nabi Muhammad S.A.W. bertanya kepada para sahabat, siapakah yg kuat dan gagah? Jawab para sahabat, ‘orang yg dpt menumpaskan org lain’. ‘Bukan’ balas Nabi. ‘Mereka itu adalah org yg dapat menguasai dirinya apabila marah’
(H.R. Ibnu Mas’ud)

Adakah ini bermaksud, tiada sebarang kewajaran utk berasa marah dan bertindak balas?
Tentu ramai orang akan menumbuk meja kalau saya kata ‘YA’.
‘Kalau bini awak dilarikan laki2 lain, takkan awak masih nak kata tak pe!! Itu dayuss !!!’
…marah betul bunyinya tu.

Cuma persoalannya, di manakah batas dan sejauh mana pula kita dibenar bertindak balas? Hal ini subjektif. Penting utk kita tidak membuat pertimbangan ketika marah, kerana otak mungkin tidak rasional waktu marah.

Ada kisah sahabat Nabi yg diludah mukanya oleh musuh, bertindak meredakan marahnya dahulu sebelum membunuh musuhnya. Kerana beliau tidak mahu membunuh musuhnya kerana diludah, tetapi semata-mata kerana mempertahankan agama Allah S.W.T.

Huhh….di Malaysia ni , barangkali di mana agaknya boleh kita jumpa banyak The Hulk ya?
Kat traffic-jam kot..ROAAAR!!!!!

Monday, May 15, 2006

LOYAR? , MAJISTRET? …

Apa bila diajukan soalan kepada pelajar2 sekolah akan cita-cita mereka, saya mengandaikan 5 profesyen berikut merupakan yg paling popular.

1. Doktor
2. Peguam
3. Jurutera
4. Arkitek
5. Guru

1. Doktor – Profesyen yg paling atas mengikut kasta (pinjam istilah Deanz). Diingini oleh ramai bukan sahaja oleh pelajar malah lebih-lebih lagi ibubapa mereka. Namun sama ramainya jugalah pelajar yg bercita2 menjadi doktor ini, kekal terus menyimpannya sebgai cita-cita paling murni pernah mereka fikirkan.

Bayangkan senario dunia tanpa doktor! Dunia akan dihuni oleh ramai orang2 sakit dan berpenyakit kalaupun tidak ribuan yg mati setiap kali serangan S.A.R.S , virus H5N1, Ebola dan lain-lain.

2. Peguam – ‘Anak aku peguam’ adalah ungkapan paling membanggakan bagi ibubapa selepas ‘anak aku doktor’. Dalam Ibu Mertuaku , hidup Kasim Selamat akan lebih bahagia kalaulah dia seorang peguam - namun dia sekadar seorang aHHli musik!!

Bayangkan dunia tanpa peguam? Huru-hara lah jawabnya kerana tiada siapa yg mengamal dan menegakkan undang2. Tiada lagi dakwa-dakwi, semuanya hukum sendiri. Yang kuat akan beraja di mata bersultan di hati.

3. Jurutera – Profesyen ni banyak jenis, ada jurutera awam, jurutera mekanik, elektrik,jurutera kimia, genetik dll. Malah jurutera bunyi pun ada, macam Roslan Aziz, yg jadi juri Malaysian Idol tu.

Bayangkan dunia tanpa jurutera ? Tiadalah sebarang bangunan besar lagi tinggi mampu didirikan. Kalau nak juga yg tinggi, rumah atas pokok tu dah kira baik. Bagaimana dgn kenderaan? Ada…tapi tanpa enjin! Kereta lembu,kereta kuda akan terus mendominasi bumi untuk satu tempoh yg panjang..

4. Arkitek – Jika tugas jurutera memastikan bangunan terbina dgn teguh, maka arkitek pula merekabentuk bangunan itu dgn ciri2 estetika, ergonomik, ekonomik dan lain-lain. Biasanya kalau orang nak puji keindahan bangunan seperti di Puterajaya tu, orang akan puji arkiteknya. Hijaz Kasturi adalah antara yg tersohor di negara kita.

Bayangkan dunia tanpa arkitek? Semua bangunan bentuknya tak lebih daripada rupa kotak tempat simpan TV!! Menyampah!

5. Guru - Mungkin profesyen yg paling kurang megahnya di mata masyarakat. Jadi tak payahlah saya nak cerita tugas seorang guru.

Tapi, bayangkan sahaja dunia tanpa guru; Maka akan tiadalah doktor, peguam, jurutera, mahupun arkitek tadi, atau apa juga professional lain!!!

Untuk itu, SELAMAT HARI GURU.

Berburu di padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi.

Monday, May 08, 2006

..YANG INDAH ITU BAHASA.

Ada suatu hari tu, sedang saya mendengar siaran di stesen radio, seorang pemanggil menelefon stesen berkenaan untuk memberi ucapan. Katanya ‘Selamat pengantin baru, semoga bahagia ke anak cucu..’.
Kemudian si DJ menegur ‘tak boleh kata begitu, katalah semoga berbahagia ke akhir hayat..’

Lantas, saya terfikir2 sendiri, adakah orang kita sudah mula menolak atau tidak faham akan ciri-ciri tersurat dan tersirat yg kaya dlm bahasa Melayu? Saya tidak fikir sama sekali pemanggil itu mempunyai niat agar pasangan itu berbahagia setakat ke anak cucu, maka selepas itu mereka pun bercerai-berai dan menderita!?

Ungkapan ‘berbahagia ke anak-cucu’ bagi saya sudahpun serasi membawa maksud ‘sampai bila-bila’ ataupun ‘selama-lamanya’. Ianya semata-mata melengkapkan rima apabila didahului dgn ungkapan ‘Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu’.

Sama halnya dgn ungkapan ‘Selamat hari jadi, panjang umur , murah rezeki’.

Kedengaran juga pendapat seorang ustaz mengenai ungkapan ‘Aku naik saksi..’ dalam terjemahan kalimah syahadah. Katanya ‘nak naik ke mana?’. Habis tu bagaimana dgn ‘naik marah’ ? ‘naik radang’ ?, ‘naik angin’ ? jatuh hati ? ‘kalah mati’ ?

Persoalan saya, adakah kita tidak lagi perlukan nilai estetika bahasa, justeru semuanya mahu secara langsung, secara terus? Tidak perlukah lagi kiasan, simpulan bahasa atau yg seumpamanya melainkan semua literal belaka? Jika ada seorang bapa berkata kepada anaknya ‘besar besok jadilah orang berguna’ , maka besok jugalah anak itu akan besar , dan besarnya pula seperti Big Show yang sememangnya BESAR!!.

Dengarlah nasihat orang tua, mereka dulu yg makan garam. Maka menjawablah golongan ‘tak reti bahasa’ ini, jangan makan garam banyak sangat nanti kena darah tinggi!

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Dan mungkin nanti ada yg berkata, dalam dunia serba pantas ini, kita tidak punya banyak masa untuk berkias ibarat. Kalau jimat masa yg dihujahkan, maka baiklah kita semua menggunakan bahasa atau tulisan seperti dlm sms mahupun ‘chatroom’;
Selamat menjadi ‘camat’, kerja jadi keje, semua jadi sume, lain jadi len dan macam-macam lagi .

He..he..cukuplah dulu…AKUM.

Sunday, April 30, 2006

HORMAT DIRAIH, BUKAN DITAGIH.. III

Mulai kali ini, saya akan cuba menyelitkan pantun Melayu klasik dalam tulisan saya – InsyaAllah.

Puas saya bertanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas saya menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Rasanya saya terlupa yg nilai2 masyarakat kini dah banyak berubah, macam pantun di atas. Betulkah dengan memiliki akhlak yg mulia, kita masih mampu meraih rasa hormat orang lain? Apa lagi dalam zaman materi kata orang Indonesia.

Menurut pandangan Noor , semakin ramai generasi hari ini yg mula meninggalkan Al-Quran mahupun nilai dan ajaran di dalamnya. Tentu kita tahu, tiada kayu ukur terbaik selain Al-Quran dan Al-Hadis. Ini kerana nilai dan norma2 masyarakat boleh sahaja berubah atau berbeza mengikut tempat dan masa.

Renungi situasi berikut:

Apabila aku beri salam, mereka kata selamat malam!
Apabila aku senyum, dikatakan aku perasan.
Apabila aku berkerja dgn tekun, dikatakan aku nak kipas boss.
Apabila aku tolak rasuah, ramai yg lain menadahnya.
Apabila aku tak hulur, aku kebulur..
Apabila aku tolong makcik melintas jalan, mereka kata awek kalu bolehlah tahan.
Apabila aku tegur pasangan berpelukan di tempat awam, kata mereka baju masih ada di badan..

Tapi Wan kata, hormat boleh disogok. Mungkin begini maksudnya:

Kalau aku berpangkat lagi berharta, orang hormat aku sentiasa.
Selamat pagi Tuan, Sila duduk Tuan..
mesti mereka nak aku belanja teh tarik,
nak sokongan aku utk dpt projek,
atau rekomen biasiswa utk anak mereka
tak pun nak mintak taja jersi pasukan bola.

Akhlak aku teruk ? Tak solat dan sering mabuk?
GRO, dangdut, karaoke keluar masuk ?
Tak de masalah, mereka kata itu hal individu,
tabik Datuk, cucu nak tumpang lalu,

tandanya mereka masih hormati aku…

Monday, April 24, 2006

UJIAN BUKAN MAINAN

Saya terpaksa menangguh dahulu sambungan ‘Hormat DiRaih Bukan DiTagih III’ kerana idea lain pulak yg bermain kat kepala sekarang ni.

Saya nak bercakap mengenai ujian, kalau tak silap ‘ibtila’ dalam bahasa Arabnya (kena tanya Noor ni..).
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yg lebih kurang bermaksud "Tidak terkena duri sekalipun pada anak Adam melainkan sebagai penebus dosa yg telah dilakukan".

Pada 15-17 April lepas, saya mengalami demam yg agak teruk juga. Saya sebenarnya seorang yg boleh dikatakan jarang mengalami sakit. Kali terakhir ialah pada 11 September 2001, iaitu hampir 5 tahun dulu, sama tarikh dgn tragedi serangan kat WTC tu !!

Jadi kadang2 tu saya seakan lupa bagai mana rasanya apabila sakit.

Jika anda ingat lagi tulisan saya dlm Tuesdays With Morrie, saya lebih menekankan agar kita sentiasa redha dgn penyakit yg kita alami. Mudahnya bercakap dan seronoknya memberi nasihat kan? Namun Tuhan mungkin mengingatkan saya kembali agar berpada2 dalam memberi nasihat pada orang lain, bagai mana kalau kita sendiri yg merasainya?

3 hari yg saya lalui cukup perit, tak perlulah saya tulis secara detail. Cukup saya katakan, lebih kurang macam Coach Morrie tu , hampir bergantung 100% kpd orang lain.
Itu baru 3 hari, bagai mana 3 minggu, 3 bulan malah 3 tahun !!??

Tetapi sebagai muslim, iktiqad kita dalam menerima ujian sakit ini ada 2; Menjadi kaffarah atas dosa2 yg kita dah lakukan; Ataupun, Tuhan ingin mengangkat martabat iman diri kita ke tahap yg lebih tinggi. Namun sebagai orang awam, sayugia kita menginsafi sebab yg pertama tadi.

Saya teringat seorang ulama dari Afrika Selatan, Ahmad Deedat yg terkenal dgn kepetahan beliau berdebat dgn pendeta2 Kristian. Logiknya beliau ini mempunyai tahap keimanan yg tinggi. Namun beliau masih terlantar sakit hampir 10 tahun sebelum meninggal dunia. Apa hal nasib kita yg imannya sentiasa ada pasang-surutnya?

Kata orang, lebih baik dihukum di dunia berbanding di akhirat. Sakitnya kepalang tak tertanggung..

Monday, April 10, 2006

HORMAT DIRAIH, BUKAN DITAGIH.. II

Meraih hormat? Apa yg patut ada pada diri supaya dihormati kalau bukan pangkat, darjat dan harta yg bertimbun2? Jawapannya ada secara percuma dlm diri kita sendiri, iaitu AKHLAK . Ya...orang yg berakhlak mulia nyata lebih mudah meraih hormat daripada orang lain.

Mungkin ada yg mengatakan, iman lebih menepati apa yg saya maksudkan, tapi saya mempunyai sebab utk tidak berfikir demikian. Iman bagi saya merupakan hak mutlak Allah S.W.T utk menilai makhluk ciptaanNya. Sementara akhlak merupakan komponen kecil yg subset kepada iman. Dalam erti kata lain, orang beriman semestinya berakhlak tetapi orang berakhlak tidak semuanya beriman.

Jadi, bukan kita sesama manusia untuk sewenangya mengatakan si polan itu beriman atau tidak. Tak semestinya mereka yg mengamalkan kesemua rukun Islam itu sempurna imannya (walaupun seharusnya begitu!!). Banyak hadis Nabi menolak kesempurnaan iman sekiranya tidak mengamalkan kebersihan, tidak mengasihi saudaranya dll.

Jadi saya tetap memilih faktor ketinggian akhlak dlm perbincangan ini kerana ianya boleh diukur oleh pandangan manusia biasa. Bahkan, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri diutus utk menyempurnakan akhlak yg baik!

Justeru, sesiapa yg teringin sangat utk dihormati, perlulah mempunyai akhlak yg mulia. Orang berharta yg selalu menggunakan hartanya utk kebaikan, orang berdarjat yg tidak sombong dgn org kebanyakkan, org berilmu yg tidak menyalah gunakan ilmunya, orang tua yg mengasihi orang muda; Mereka ini selayaknya dihormati.

Walaupun dah bersara dari jawatan tinggi, namun hormat orang tak pernah luak andai akhlak menjadi sandaran.

Saya mengetahui satu insiden suatu ketika dahulu di mana seorang naib canselor (dah bersara dah..) sebuah universiti tempatan mengherdik seorang tukang kebun di tempat terbuka di depan ramai mahasiswa/i. Saya tertanya2, kini masih ada lagikah insan2 yg menghormati mantan NC ni secara tulus lagi mulus?

Wah..kelihatannya hujah saya di atas lebih menampakkan hormat itu, ekslusif utk org yg ada-berada. Bagaimana dgn nasib orang2 biasa? Yang tidak punya apa2 utk dibanggakan? Adakah ruang utk mereka dihormati?

Jgn bersedih kawan… ada 1001 cara utk menjelmakan ketinggian akhlak dlm diri kita masing2. Amalkan hidup dgn berbudi bahasa, ringan tulang, lakukan kerja yg diamanahkan dgn cekap dll. Bos pun akan hormat, malah sayang dgn staf sebegini.

Tapi di sebalik semua ini, saya rasa, saya dah terlupa sesuatu……mmm..apa tu?

Wednesday, April 05, 2006

HORMAT DIRAIH, BUKAN DITAGIH.. I

Oleh kerana wujudnya maruah dan harga diri pada setiap individu, maka timbul rasa ingin dihormati. Kalaulah kehormatan itu boleh ditanam sendiri umpama menanam pokok getah , semua orang akan tanam pokok getah. Bukan kerana harga getah naik tp kerana nak kan kehormatan diri.

Malangnya, kehormatan ini dinilai oleh orang lain terhadap kita. Justeru daripada orang lain jugalah kehormatan itu diperolehi.

Cuma apa yg sering kita nampak, ramai orang menagih, menuntut malah memaksa orang lain utk menghormati dirinya. Dan penghormatan itu seolahnya bergerak menuruni heirarki masyarakat.

Misalnya, org berpangkat menagih penghormatan drpd org bawahan , org berharta menagih hormat drpd yg papa, org berilmu menagih hormat drpd yg jahil, org berdarjat menagih hormat drpd yg yg marhaen, org tua menagih hormat drpd yg muda dsb.
Sehinggakan ada golongan yg mendakwa mereka `berhak’ dihormati.

Secara peribadi, saya tidak percaya kpd peraturan di atas. Namun ia berleluasa dlm masyarakat, maka sesiapa yg tidak mematuhinya dikatakan melanggar norma.
Lantas, kalaupun wujud penghormatan itu, ia bersifat sementara dan menempel. Hilang pangkat, hilang hormat; Hilang darjat, jadi keparat !

Maka adalah org2 yg ketika berpangkatnya sangat dihormati (khususnya yg berjawatan menteri) dan cakap2nya dipatuhi, namun apabila pangkat tiada, budak pejabat pun tak pandang sebelah mata..

Bagi saya, hormat perlu diraih, bukan ditagih. Sesuatu perlu dilakukan utk mendapatkan penghormatan. Justeru, bagaimanakah agaknya meraih rasa hormat org lain terhadap kita? Hmm..kena fikir dulu..

Friday, March 31, 2006

OTAK LELAKI, OTAK PEREMPUAN

Saya sangka cuma ada kategori otak kiri, otak kanan, rupanya ada pulak otak lelaki dan otak perempuan seperti kajian Pakar psikologi Simon Baron-Cohen. Berikut adalah artikel yg saya petik drpd Reader’s Digest. (Nota Terjemahan artikel di atas tidak 100% seperti teks asal – Harap maklum)

Cuba jawab soalan-soalan berikut:
1. Apabila seseorang sedang bersedih, bolehkah
anda mengesan sebabnya?
A) Ya, selalunya agak cepat
B) Tidak, saya tak tahu apa-apa
2. Jika anda membeli kenderaan, adakah anda ingin
tahu dgn lanjut tentang keupayaan enjin?
A) Tidak terperinci
B) Tentu sekali.
3. Berapa pentingkah jalinan hubungan anda dgn
orang lain?
A) Sangat penting
B) Bukan keutamaan
4. Apabila anda melakukan kerja ‘buat sendiri’
(DIY), adakah anda nak cepat siap?
A) Ya
B) Tidak, saya selalu cermat.
5. Adakah mudah untuk anda menerangkan sesuatu
kepada orang lain jika dia tidak memahaminya kali
pertama?
A) Sangat mudah
B) Agak sukar
6. Bacaan yg anda gemari?
A) Kisah2 mengenari hubungan kemanusiaan
B) Rencana2 berdasarkan fakta
7. Bolehkah anda mengagak jika ada seseorang ingin
menyertai sesuatu perbualan?
A) Saya dapati mudah
B) agak sukar.
8. Adakah membaca peta mudah bagi anda?
A) Agak sukar
B) Mudah
9. Umumnya, bagaimana anda rasa semasa bergaul dgn
orang ramai?
A) Selesa
B) Selalu rasa macam nak beredar.
10. Adakah koleksi CD anda teratur?
A) Tidak
B) Sangat tersusun
11. Jika ada sedikit masalah pendawaian di rumah
anda, adakah anda
A) mendapatkan orang lain utk membaikinya
B) cuba membaiki sendiri
12. Apa pandangan anda mengenai Matematik di sekolah?
A) Saya dapati nombor membosankan, dan saya
tidak gemar matematik
B) Saya seronok dgn hukum dan peraturan mengenai
nombor.
13. Apa yg anda fikir semasa melihat ramalan cuaca?
A) Bosan dgn penerangan yg teknikal
B) Minat mengetahui corak cuaca
14. Jelaskan sikap anda semasa dalam perbincangan.
A) Saya cepat menyedari sekiranya saya terlalu
memaksa idea saya.
B) Kadang kala saya tak pasti bila nak berhenti

ANALISIS:-

Jika anda menanda lebih banyak A berbanding B (dgn beza melebihi 3 ), anda mempunyai otak perempuan.

Jika anda menanda lebih banyak B berbanding A (dgn beza melebihi 3 ), anda mempunyai otak lelaki.

Jika anda menanda sama banyak A dan B (dgn beza kurang drpd 3), anda mempunyai otak yg seimbang.

Err..jujur ni, mine is quite balanced.., anda bagaimana?

Thursday, March 23, 2006

GEMILANG II

Jangan silap faham pulak, saya bukanlah seorang yg berpandangan negatif dalam hal memperoleh skor A ini. Siapa yg berkemampuan, silakan mendapatkannya.
Cuma saya harapkan kita semua lebih realistik, bukan semua kereta berjenama Ferrari. Tetapi kalaulah Ferrari Testa Rossa yg dimiliki hanya untuk dipandu sepantas Kancil, tentulah membazir namanya….buang karan!

Sekarang saya nak sentuh pula mengenai sikap segelintir ibubapa terhadap anak-anak masa kini. Kelihatannya kebelakangan ini ada ibubapa yg menjadikan anak mereka lambang status dalam masyarakat. Selepas membesarkan diri dgn harta, pangkat, jawatan, darjat keturunan, maka tiba lah giliran menjadikan anak-anak sebagai kayu ukur kehebatan sesama mereka.
Ehh.. anak engkau dapat berapa dalam SPM lepas? Anak aku si along tu 10A..’ Maka dgn rasa berat untuk mengangkat muka, menjawab pula orang yg kedua 5B3C, macam2 ada..

Saya sebenarnya simpati dgn pelajar2 yg menghadapi tekanan bertubi2 utk mendapat sekian banyak A, walaupun secara literalnya `demi kebaikan anak itu juga’.

Apa yg penting bagi saya, berikan sepenuh galakan utk anak belajar sebaik mungkin, cukupkan segala prasarana yg perlu tetapi jangan sesekali bersikap menekan. InsyaAllah, kalau rezekinya A, maka dapat A lah pelajar tu.

Menekan disini bukan setakat tutur kata, tapi juga tindakan dan ‘body language’ , jelingan manja yg menusuk kalbu. Kekadang rasa lucu juga, ibubapa yg dulu masa sekolahnya selalu fail add.math atau Fizik mengharap anak utk dpt A!! Hey..it runs in the family man....and takes time for the genes to mutate. Anyway..teruskan usaha.
Jgn sesekali mendidik anak seperti mana memelihara ternakan, di beri makan sampai gemuk lantas dijual dan dapat untung.

Percayalah, banyak lagi rentetan selepas itu –
anak awak masuk universiti mana? Lokal, overseas?
anak awak ambik kursus apa? doktor, law ?

Selepas itu pula...
anak awak kerja apa? Drebar teksi, Perdana menteri ?

dan selepas itu lagi....
menantu awak kerja apa? Tokoh koperat yg hartanya kapal di laut gedung di darat?
Dato’ I, Dato’ J , Dato’ … ??
Emm..tak de lah, biasa-biasa saja..

Tapi adapun dikatakan orang, sewaktu ibubapa uzur sakit atau tua, anak yg kerja biasa2 inilah yg akan melayan dan menjaga mereka. Yang lain tu sibuk…. tak dapat balik…

Monday, March 20, 2006

GEMILANG I

Minggu lepas merupakan minggu yg terisi dgn keputusan2 peperiksaan SPM dan STPM. Tahniah buat pelajar2 yg mendapat keputusan cemerlang. Seharusnya adik Amalina Che Bakri tersenyum kerana rekod 17A1 yg dipegangnya, belum lagi dipecahkan.

Sudah banyak berita dan cerita mengenai kejayaan pelajar2 yg mendpt sedemikian banyak A tersiar dlm media utama, justeru cukuplah.. Saya lebih terdorong memperkatakan mengenai nasib pelajar2 yg kurang mendapat A lantas diklasifikasikan sebagai ‘kurang cemerlang’ itu.

Apakah masud cemerlang sebenarnya? Konsep saya mudah; melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin’ itu lah cemerlang.

Saya merasakan masyarakat kita telah tersilap tafsiran akan cemerlang ini dgn merujuk kepada berapa banyak A (malah A1 !) yg diperolehi seseorang pelajar dlm peperiksaan yg diambilnya. Maka dapat A lebih baik drpd B, dapat 15A lebih baik drpd 10A dan dapat 15A1 pula lebih baik drpd 15A2.

Mungkin senario ini ada juga sahamnya atas sistem pendidikan kita sendiri yg terlalu berorientasikan peperiksaan. Ukuran kejayaan pelajar didasarkan keputusan peperiksaan UPSR, SPM, STPM dll. Walaupun dikatakan kegiatan ko-kurikulum turut dinilai, tetapi hakikatnya kita masih menumpukan peperiksaan semata2.

Lantas tiadalah harganya utk keputusan 8B atau 7C apalagi 5D yg pastinya akan jadi bahan kutukan orang sekeliling. Andainya boleh digambar spt dlm cerita kartun, burung unta pun akan memasukkan kepalanya dlm tanah kerana malu! Alah...jangan pura2 terkejut, dah pun ada pelajar yg minum racun rumput, terjun bangunan kerana merasakan diri mereka gagal kerana kecewa lagi terkejut melihat kemana hilangnya huruf-huruf keramat A dlm slip keputusan mereka.

Meletakkan A sebagai penentu ukur kecemerlangan, bagi saya tidak adil utk semua orang. Cuba jenguk ke luar jendela sebentar; Ada pelajar yg terpaksa yg berjalan kaki beberapa kilometer, menaiki sampan, menerjah hutan setiap hari utk ke sekolah.
Ketika rakan lain ke kelas tuisyen atau perpustakaan misalnya, ada pula yg terpaksa berpenat-lelah membantu keluarga, memotong getah , bersawah padi, menjual kuih dll.
Berapa banyak masa yg mereka ada mengulang kaji pelajaran?

Dalam suasana di atas, dapatkah mereka berfungsi sebaik rakan2 yg sentiasa cukup tidurnya, kenyang perutnya, malah dihantar ke sekolah dgn kereta berhawa dingin?
Perlu diingatkan, saya mengambil pelajar2 yg sama rajin dlm perbincangan ini, cuma berlainan latar belakang.

Justeru kebarangkalian utk pelajar yg banyak cabaran ini mendapat keputusan berhias A, tentulah tidak setinggi mereka yg lahir dgn sudu perak. Sepatutnya, asalkan mereka sudah melakukan sebaik yg boleh, itulah cemerlang namanya!

Monday, March 13, 2006

Sorry seems 2 b d hardest word.. II

Saya juga berpendapat maaf itu perlu diletak di paras yg tinggi yakni jgn terlalu mudah melafazkan maaf. Bimbang2 nanti ianya menjadi mainan bibir. Tidaklah saya mengatakan, kalau salah jangan mohon maaf, tetapi sebaliknya elak melakukan salah supaya tak perlu mohon maaf .

Ada orang yg begitu mudah memohon maaf tetapi pada masa yg sama mudah juga melukai hati org lain. Seolah2 prinsip ‘apa nak kisah, kalau salah, minta maaf saja lah’ begitu sebati dlm dirinya. Saya yakin, maaf org sebegini bukanlah ‘tidak ternilai’ harganya tapi memang ‘tiada nilai’ hatta 5 sen!

Itu cerita memohon maaf, bagaimana pula memberi maaf? Mana agaknya yg lebih berat, memohon atau memberi maaf ? Ahh..pastilah kita bercakap mengenai maaf yg sifatnya ikhlas nun jauh di sudut hati. Kalau sekadar lafaz, burung kakaktua pun boleh..

Ada tak sebarang formula yg menghubungkan kedua2 kecenderungan ini ?
Misalnya, apakah org yg berat memohon maaf itu pada masa yg sama juga berat memaafkan org atau sebaliknya?

Terkenang saya satu drama lakonan Eman Manan dan Rosyam Noor suatu sekita dulu. Secara ringkas kisahnya: Atas sesuatu sebab, si Ayah (Eman) telah menghalau anaknya (Rosyam) dari rumah. Berpuluh tahun kemudian, rindu menghambat utk kedua2 beranak itu bertemu semula. Dlm suasana pilu sambil berpelukan sewaktu pertemuan itu, si ayah bertanya kenapa begitu lama anaknya menghilangkan diri. Si Anak menjawab, dia takut ayahnya masih tak mahu mengampuninya. Ayah kemudian berkata ‘aku ni kan ayah kau, kau mintalah maaf, aku akan maafkan…’.

Si anak sebenarnya ingin memohon maaf tp takut tak diterima. Si Ayah pula bersedia memaafkan, tapi mungkin kerana adab (ego) sbg ayah, si anaklah yg perlu memohonnya terlebih dahulu.

Tapi menurut Nabi Muhammad S.A.W, maaf itu lebih tinggi sifatnya jika diberi sewaktu kita mampu membalas/menghukum org yg berbuat salah itu.

Rasanya tak ramai daripada kita mampu menjadi semulia itu kan?

Thursday, March 09, 2006

Sorry seems to be the hardest word..

Pernah saya terbaca satu ungkapan kata-kata berbunyi "do not spoil your apology by giving excuses", sekira2 maksudnya ‘jangan rosakkan (permohonan) maaf anda dengan memberi alasan2’. Ia membuat saya terfikir2, betul kah begitu?

Sebelum jauh tulisan ini, saya mengandaikan ‘sebab = alasan’. Saya tidaklah bercadang merujuk Kamus Dewan utk definisi perkataan2 tersebut. Apa yang tertulis adalah semata2 ‘apayangkufikirkan..’.

Berbalik kpd maksud kata2 tu, saya cuba memberikan satu situasi:

"Maafkan saya kerana menyebabkan awak menunggu hampir 3 jam, saya sebenarnya tertidur tadi. Maklumlah terlalu penat berkerja kat ofis."

Apa reaksi spontan anda jika anda di pihak yg menunggu? Alasan yg diberikan tu hanya `memanaskan’ lagi keadaan kan? Dan darjah kepanasan itu pula berkadar terus dengan tempat menunggu (tmpt hawa dingin, perhentian bas, bawah pokok?) dan cara menunggu (duduk, mencangkung, berdiri?).

Kita penat2 tunggu bagai nak gila, dia sedap2 tidur! Mungkin inilah situasi yg dimaksudkan oleh kata2 di awal tadi. Justeru lebih baik jgn beri apa2 alasan di samping permohonan maaf itu. Ini akan lebih memaparkan yg kita mengakui kesilapan dan rasa amat kesal dengannya.

Memberi pelbagai alasan akan hanya mengurangkan lagi harga ‘kemaafan’ itu. Ini kerana kita masih kelihatan mahu mempertahankan diri dan tidak mahu mengakui kesalahan.

Habis, kalau tak dijelaskan, tentu dia tak faham apa yg berlaku… hmm, beri dia tempoh bertenang. Ajak minum-minum dulu, makan-makan dulu… supaya dlm fikirannya kuat rasional berbanding emosional.

Sunday, March 05, 2006

Lefthanded II

Kekunci ‘enter’ tu hanya sebahagian kecil sahaja. Perhatikan situasi2 berikut:

1. kunci penghidup (ignition key) enjin terletak di
sebelah kanan stereng.
2. Lipatan kain butang/zip menghala ke arah kanan
3. Poket kemeja di sebelah kiri (utk tgn kanan).
4. suiz soket elektrik di sebelah kanan
5. suis radio/tv/komputer di sebelah kanan
6. piano dan keyboard - kekunci nada rendah di
sebelah kiri utk bunyi rhythm,tak perlu
pergerakan jari yg aktif.
7. reka bentuk gitar (Man Kidal dan Joe Wings
terpaksa menggunakannya secara terbalik!)
8. pemutar tarikh/waktu pada jam tangan analog,
menghala ke kanan.
9. gunting (thanks r3dpanda :-)
10. (baca komen Hitomi :-)

Lantas adakah saya kecewa dgn semua ini? Jawapannya tidak sekali2. Sebaliknya saya bersyukur kerana menjadi sebahagian kecil yg terpilih.

Saya utarakan hal ini hanyalah sebagai pembuka mata. Ada perkara yg biasa/mudah bagi sesetengah kita, mungkin saja menjadi masalah/beban pada org lain. Ini baru kidal, bagai mana dgn mereka yg tiada tangan, kaki atau tiada penglihatan/pendengaran atau pelbagai kekurangan lain ? Justeru, perlu sekali sekala kita berempati – masuk ke dalam kasut mereka.

Pun begitu, mengikut kajian (ungkapan popular Dr.Fadhilah Kamsah), orang kidal sebenarnya lebih berbakat dlm seni, dan kreatif. Maradona , Ivan Lendl, Monica Seles , Leonardo da Vinci, Michealangelo, Paul McCartney, Mozart (betulkan kalau saya silap!) adalah antara nama2 besar dlm bidang masing2. Hey, jangan lupa watak kartun Bart Simpson juga seorang kidal!

Err..cuma satu perkara yg tak seronok sikit nak dengar; Kata org, kidal ni pendek umur !??
Wallahu a’lam.

Wednesday, March 01, 2006

Lefthanded I

Kalau di Malaysia, nama Lefthanded pastinya dikaitkan dgn nama kumpulan rock yg cukup popular disekitar tahun 80-90an dan Man Kidal akan diingati kerana kehebatan beliau bermain gitar – dgn tangan kidal!

Bagai mana kalau saya katakan 'Dunia ini dicipta untuk orang tangan kanan?'. Mungkin kenyataan ini tak tentu benarnya, tapi biarlah saya membebel buat seketika.

Saya juga kidal yakni cenderung melakukan kerja dgn tangan kiri. Dari segi adab mahupun sunnahnya, pastinya bertentangan dgn kebiasaan. Lazimnya kita diajar utk memulakan kerja dgn tangan kanan, melangkah dgn kaki kanan dsb. Secara sedar atau tidak kadangkala wujud diskriminasi dlm perkara sekecil ini.

Sering sangat saya dengar ungkapan 'maaf,tangan kiri' apabila seseorang menghulur sesuatu kpd saya menggunakan tangan kiri. What's wrong with that!

Kidal sebenarnya wujud apabila hemisfera otak kanan lebih dominan berbanding kiri. Secara saintifiknya otak kanan mengawal pergerakkan bahagian tubuh sebelah kiri. Justeru kalau kita lontar bola kat orang kidal, pasti dia tangkap dgn tangan kiri. Kalau tangkap dgn tangan kanan, dia sedang mengada ngada namanya tu…

Kenyataan tadi 'Dunia ini dicipta utk orang tangan kanan' maksudnya begini:
Sedang saya menaip blog ni, saya mengimpikan utk menekan butang 'enter' di sebelah kiri, tapi tengok2 butang tu tak de…hu..hu..

Thursday, February 23, 2006

Berhenti berharap (Akhir)

Hanya menunggu mati....sampai begitu sekali kecewanya.
Sebenarnya apa yg paling membimbangkan, berhenti berharap bermakna kita juga akan berhenti drpd melakukan apa2 usaha. Pelajar yg mengatakan dirinya tiada harapan lulus SPM misalnya, tentu akan mula menutup buku dan minda, lantas hanya duduk menunggu2 kegagalan yg bakal menjelma.

Apa pula yg boleh dijangkakan drpd pasukan bola sepak negara jika pengurus, jurulatih, pemain2 dan para peminat (malah juri2 Akademi Fantasia!!) sudah memadamkan harapan untuk menang apabila bertemu pasukan bola sepak kebangsaan Brazil?

Seolahnya rantai kemusnahan diri akan membelit leher kita (hanya menunggu mati!)sedikit demi sedikit.

Namun tunggu dulu....marilah kita lihat kalau2 ada sedikit kebaikan drpd fenomena 'berhenti berharap' ini. Saya kira mereka ini sekadar org2 yg realistik dlm menghadapi hidup, mereka yg menerima fakta dgn redha;

Kalau dah tahu tangan tak sampai, buat apa nak peluk gunung? Kalau dah tahu kail sejengkal, mengapa diduga lautan dalam? Ada bijaknya kita beralih ke matlamat lain yg lebih termampu kita capai.

Cuma satu ingatan; Kita mungkin boleh berhenti berharap sesama makhluk atau apa2 yg melibatkan hal keduniaan, tetapi JANGAN sesekali berhenti berharap kpd Tuhan.

Firman Allah S.W.T bermaksud:
"..janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.." (Az-Zumar:53)

Hmm...justeru menyedari kemampuan diri, maka wajar saya berhenti berharap utk bermain piano tu :(

Saturday, February 18, 2006

Berhenti berharap - Pt.1

Berhenti berharap.. lagu popular SO7 yg melodinya saya anggap begitu menarik. Iringan piano di sepanjang lagu umpama terapi yg mententeramkan jiwa.
Kalau lah saya mampu bermain piano sedemikian..

Apabila diselami pula liriknya,aduh! Kenapa melodi seindah itu disulami dgn lirik yg negatif sekali. Penuh dgn patah hati, kecewa, putus asa, mengalah malah kalah!

Tanyalah mana-mana pakar motivasi, pastinya mereka melenting sebaik mendengar perkataan 'berhenti berharap' a.k.a. 'putus asa' atau yg seumpamanya.

Bayangkanlah beberapa contoh situasi2 berikut:

1) pelajar yg berhenti berharap utk lulus exam
2) pesakit yg berhenti berharap utk sembuh
3) calon yg berhenti berharap utk menang pilihanraya
4) jejaka yg berhenti berharap utk dijodohkan dgn
dara idamannya.

"Aku tak percaya lagi dgn apa yg kau beri, aku terdampar di situ, di sudut menunggu mati.."

Monday, February 13, 2006

Ikhlas tapi jauh - (Akhir)

Seorang Ustaz pernah berkata, teruskan berbuat baik walau pada ketika itu hati seperti tidak ikhlas melakukannya. Pilihan antara berbuat kebaikan atau sebaliknya merupakan satu perjuangan yg harus dimenangi - sama ada ikhlas ataupun tidak. Ini kerana keikhlasan itu kurnia Allah S.W.T. yg berkadar terus dgn darjah keimanan masing2. Kita didik jiwa kita berterusan, lambat laun akan mudah timbul perasaan ikhlas.

Namun ada satu pantang dlm melakukan kebaikan walau seikhlas mana sekalipun; Jgn sesekali mengungkit sehingga menyakiti hati pihak yg pernah kita beri bantuan. Seperti mana yg sering kita dgr dlm dialog drama2 tempatan, "Kalau bukan aku yg tolong kau dulu, kau tak akan merasa hidup mewah seperti sekarang!!" . Pahala yg terkumpul umpama debu di atas tunggul yg ditiup angin - Hilang! Lenyap! Habis! Musnah!!

Friday, February 10, 2006

Ikhlas tapi jauh - Pt.3

Komen drpd Wan yg bertanya2 adakah apa yg dilakukannya selama ini ikhlas ataupun sekadar tugas yg terpaksa dilakukan.

Menarik jugak tu.. kalau sebelum ni kita dah bercakap mengenai ikhlas dan ganjaran, kali ini fikir2kan, wujud kah 'ikhlas dalam keterpaksaan'??

Pendapat saya, tentulah TIDAK. Di mana ikhlasnya kalau dah terpaksa... Namun saya lebih suka menekankan, sesuatu perkara baik yg kita lakukan @ akan lakukan, perlu diteruskan walaupun
terpaksa.

Katalah pada suatu hari tu kita didatangi pihak yg memungut derma utk mangsa2 banjir. Terlintas juga utk berbakti, tapi tiba2 timbul suara "kalau tak ikhlas buat apa menderma ". Suara lunak yg mungkin datang dari dalam diri sendiri malah lebih malang lagi, mungkin dari org berhampiran.

Dan (kononnya) sementara menanti2 waktu datangnya perasaan ikhlas, maka kita pun batalkan niat suci utk hari itu....lain kali saja lah.

Monday, February 06, 2006

Ikhlas tapi jauh Pt.2

Rasanya tak salah pemuda tadi menerima pemberian wang drpd wanita itu, dan tidak pula kurang ikhlasnya pertolongan pemuda berkenaan.

Saya berpendapat, asalkan bukan menjadi niat pemuda itu mendapatkan sebarang ganjaran dlm apa bentuk sekalipun, maka keikhlasan beliau masih utuh.

Wanita itu juga mungkin ingin membuat amal dgn memberi hadiah kpd pemuda berkenaan. Justeru, dgn menerima pemberian tersebut, pemuda tadi membuka ruang utk wanita itu pula membuat amalnya sendiri. Situasi 'menang-menang' kata orang sekarang.

Allah S.W.T juga telah menguji keikhlasan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam peristiwa Korban. Pertukaran kibas sebagai ganti penyembelihan anaknya merupakan hadiah Allah S.W.T. kpd Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, setelah keikhlasan mereka terbukti.

Asalkan niat kita benar2 ikhlas, bagi saya tak salah menerima ganjaran selepas apa yg kita lakukan.

Lagipun, jika menerima ganjaran mengurangkan @ menghapuskan keikhlasan, maka tak adalah seorangpun yg berkerja dgn ikhlas di dunia ini - guru, doktor, imam, ustaz, menteri, pemandu bas dll. - kerana kita semua menerima ganjaran!

Ya kah begitu !?
Free Hit Counter