Thursday, December 31, 2009

2009 signing off..

Dalam minit-minit akhir menjelang tahun baru 2010, saya cuba mencuri sedikit masa utk entry terakhir 2009.

Dlm dunia blog, 2009 merupakan tahun yg paling tidak produktif bagi saya. Namun alhamdulillah, blog Pedang Samurai masih bernyawa (nyawa ikan?). Banyak isu yg teringin disentuh tetapi tak kesampaian. Saya masih tertanya apakah wajar blog ini dijadikan medium yg bebas utk menyampaikan apa yg difikir sesedap rasa, sesedap kata - tanpa sebarang tapisan. Mungkin Pedang Samurai patut menjadi lebih tajam lagi.

Dalam pada itu, antara isu yg mengecewakan saya tahun ini ialah pemansuhan PPSMI. Sudah banyak hujah pro dan kontra berhubung isu ini justeru tak payahlah saya mengulasnya. Sekadar makluman, saya adalah penyokong kuat dasar PPSMI.

Bercakap tentang azam pula, cukup saya katakan, saya akan cuba menghasilkan lebih byk post di 2010 berbanding 2009.

Untuk itu Salam Tahun Baharu 2010 kepada semua.

Tuesday, December 22, 2009

...PUN LESAP !!!



Dua enjin jet pesawat Northrop F-5E bernilai US$29 juta dilaporkan telah dicuri.
P/S: Cuba tengok2, enjin kapal selam scorpene kat sepanggar tu , ada lagi tak? Kalau dah dasar pencuri tu, pencurilah jugak..

Wednesday, December 16, 2009

TIGER in the WOODS


Tiger Woods - Umpama harimau yang telah terlucut belangnya...
P/S: Beliau dilaporkan mempunyai 11 'kekasih gelap' yang antara lainnya terdiri daripada pelayan, pelakon porno, pengurus kelab dll.

Wednesday, December 09, 2009

PIJAK OH! PIJAK...



Biar apa pun jua sebab musababnya, perbuatan di atas adalah biaDAPPP !!
Mantan Naib Canselor UM Prof.Emeritus Datuk Dr.Taib Osman pernah berkata,
"Bangsa yang tidak beradab, akan biadab.."

Sungguh benar kata-kata beliau itu...

Saturday, September 19, 2009

RAYA LAGI..


P/S-TELAMPAU LA BAH JUGAAAAK....


Assalamu'alaikum kepada semua rakan blogger dan pembaca blog ini (kalau masih ada laa). Sempena Aidilfitri ni abgjas pohon seribu kemaafan kerana menghilang tanpa berita. Alhamdulillah, abgjas sihat sejahtera dan semoga anda semua begitu juga.

Buat masa ini, blog Pedang Samurai masih berstatus 'hidup segan mati tak mahu'tapi insyaAllah 'berpantang mati sebelum ajal' hehehe...

Justeru jika ada kesempatan , abgjas akan cuba post kan entri baru...setahun sekali kot...hehehe (sekali lagi).

Maaf zahir batin dan jangan lupa pakai topeng waimah topeng zorro sekalipun... :)
Free Hit Counter