Monday, August 28, 2006

MR . PERFECT

Dalam hidup ini, adakah anda seorang yg sempurna? Sempurna fizikal, mental, spiritual serta akhlak sebagai seorang manusia? Atau sekurang-kurangnya berkeinginan utk menjalani hidup secara sempurna? Cukup keperluan, tiada cacat cela, cemerlang dan lengkap?

Adakah anda termasuk golongan yg mengukur 10 kali dan memotong sekali, atau yg memotong 10 kali tetapi mengukurnya cuma sekali?

Secara sinis ramai yg melirik mata dan mencebik bibir sambil berkata, itu hanyalah impian kosong si perfectionist dengan kawannya si idealist.

Namun saya rasa, sewajarnya kita berazam utk menjadi sempurna kerana Allah S.W.T sendiri telah mencipta manusia ini dalam bentuk yg sebaik2nya
(At-Tiin : 4), sementara Nabi Muhammad S.A.W juga diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg baik.

Titik kesempurnaan akan dicapai selepas melalui suatu proses yg sangat panjang dan adakalanya terlalu unggul utk kita didekati. Justeru dalam langkah mencari kesempurnaan itu, kita harus terbuka menerima kekurangan diri serta kekurangan orang lain di sekeliling kita.

Mengaku kelemahan lebih baik daripada bermuka-muka mengetahui semua perkara agar dilihat sempurna. Namun ianya tidak terhenti setakat mengaku, usaha memperbaiki perlu dijalankan sepantas mungkin dgn harapan suatu waktu nanti kekurangan itu akan terhapus dan kita menjelma menjadi insan yg lebih lengkap dan sempurna.

Pernah saya terbaca satu rencana yg menggunakan tajuk ‘Anda tak perlu jadi sempurna (you don’t have to be perfect)’. Saya agak khuatir juga konsep sebegini membawa kepada sikap acuh tak acuh dalam menjalani hidup. Hiduplah seadanya dan orang lain mesti menerima ketidaksempurnaan kita sebagai suatu hakikat tanpa ada usaha memperbaikinya.

Isteri atau suami yg agak ‘sihat’ tubuh badannya janganlah berpeluk tubuh walaupun pasangan masing2 sering membisikkan ditelinga ‘I love u just the way u are’ seperti mana lagu Billy Joel suatu waktu dahulu.

Teringat saya akan kisah permaidani yg terkenal dari Isfahan, Iran, yg secara sengaja diputuskan satu benang bagi setiap permaidani yg telah siap. Anggapan mereka, sebarang ciptaan manusia tidaklah boleh ada yg sempurna. Yang sempurna hanyalah ciptaan Allah S.W.T.
Anehkan?


SUMMARY

Are u a perfect person? I believe most of us would say no…that is no surprise. But I think at the least we have to try to reach some extent of perfection. This is because God has created us perfect. But at the same time, we have to be strong enough to accept whatever weaknesses that we and people around us may have.Willing to accept is one thing but to improve them is another. We cannot just go around and say “hey, this is what I am so be it”. All I am saying is that we should always struggle to be as good as we can, although, being human we are bound to making mistakes. We face situations so complex that no one could possibly get them right all the time. But, as Yoda would have put it “ try we must..”

9 comments:

Semut Api said...

Salam abgjas,

Naluri inginkan kesempurnaan ini sekiranya berada pada jalan yang betul, maka ia boleh menjadi penggerak utama kepada
semua kemajuan rohani dan jasmani tetapi sekiranya ia tergelincir daripada jalan yang sebenar, maka ia
boleh mengakibatkan timbulnya sifat-sifat celaan seperti takabur, riak, bangga diri, dan sebagainya...

Semut Api said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AbGJaS said...

Hi Deanz,
Abgjas setuju. Sebelum yg lain sempurna, niat lah yg perlu 'disempurnakan' terlebih dahulu.

麒麟Kylin said...

Thanks to you to leave a message for me ^_^^_^~!

^_____________________^ ;.......

A big big smile for you
I hope that we can become friends

麒麟Kylin said...

In ,fact I don't know much about blog,so I dont't know how to link you.I'm sorry~!

shafarina said...

Kita digalakkan mencapai tahap kamil kan, tapi kalau kita dah berusaha rasanya memadai krn mmg tiada insan yg akan sesempurna Rasullullah s.a.w.

Setiap manusia biasa akan ada kelemahan. Macam lecturer selalu kata, perfectionist is God. Sebab tu dia takkan bagi 100% dalam subjek dia. Lecturer lain pun sama.

Acid (mojiah709) said...

I really don't think that there is such a thing called "Mr. Perfect".

Yang sepurna hanyalah yg esa.

AbGJaS said...

Hi Wan dan Greeny,

Abgjas tidak menolak kenyataan bahawa tiada manusia awam yg sempurna di dunia ini.

Apa yg abgjas tekankan , kita mesti mencuba mencapai kesempurnaan sebagai seorang manusia sebab Allah cipta kita sebagai mahklukNya yg paling sempurna.

Standard nya? Kitab Al-Quran. Contohnya? Seperti kata Wan, Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti mana banyak standard2 ISO sekarang ini, sebenarnya merupakan usaha2 utk memberikan perkhidmatan/produk yg sempurnakan?

Walaupun banyak lagi yg belum sempurna...

Anonymous said...

AbgJas, masa zaman muda- muda dulu, saya rasa saya tergolong org yang mengukur 10 kali dan memotong sekali sj..Cuba untuk buat sesuatu dengan perfect.. Hehe.. I wish..saya dapat kembali kepada waktu itu..di mana selalu bersemangat untuk buat yang terbaik..

Free Hit Counter