Monday, October 30, 2006
AKU INGIN PULANG..
Dalam aneka iklan di televisyen sempena Aidilfitri lepas, yg paling mengesankan bagi saya adalah iklan berlatar belakangkan lagu “Aku Ingin Pulang”, nyanyian Ebiet G.Ade.
Secara ringkas, iklan itu menceritakan nasib seorang tua , menumpang di rumah anak perempuannya selepas keluar dari hospital. Namun kehadirannya tidak disenangi menantu lelakinya.
Digambarkan suasana tidak selesa sering berlaku di meja makan seperti kopi tumpah, piring pecah dll disebabkan keuzuran orang tua itu. Kemuncaknya, pasangan suami isteri itu meletak orang tua mereka di sudut yg lain sewaktu makan
- bersama dgn kucing!!
Melengkapkan moral iklan berkenaan, keinsafan timbul apabila kedua2 anak pasangan itu mengajuk perbuatan ibubapa mereka terhadap datuk mereka. Pesanan si anak, jika ayahnya tua nanti,
“..jangan lupa pakai ‘pampers’!!”
Terbayang-bayang nanti bagai mana nasib diri sendiri di hari tua. Andainya kita berada di tempat orang tua dlm iklan itu, redhakah kita dgn nasib kita? . Mungkin kita patut belajar menerima segala yg mungkin mulai sekarang.
Jika kita berada ditempat anak perempuannya pula, bagai manakah kita membahagikan peranan kita sebagai isteri dan anak? Saya seperti boleh merasakan dilema yg dihadapi oleh anak perempuannya yg tersepit antara tanggung jawab kepada suami dan ayahnya.
Dan sekiranya kita di pihak menantu, sekeras itukah kita kepada isteri dan mertua kita?
Kelihatannya Tuhan memberi petunjuk menerusi kedua2 cucu kepada orang tua berkenaan. Namun apa yg lazim, teguran dan peringatan tidak memberi kesan kepada mereka yg ada mata, tapi enggan melihat; Ada telinga, tapi enggan mendengar; Ada otak, tapi enggan berfikir.
JUST WONDERING…
When your parents become older and in poor health, are you willing enough to take care of them as good as how they did to you when you were small? Or just leave them at the old folks home?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
My grandma lives with me :)
I understand the situation but of course mom and dad never treated my grandma like that.
I hope that I would never be another si tenggang or malin kundang.
"/* or "/*
something wrong with the html huhu...
"si tenggang" or " malin kundang.
ps: abg jas lukis gambar tu ke? wah hebat hehehe:)
Hi Marina,
Sebelum nenek abgjas meninggal bulan Mei lepas, beliau juga begitu uzur.
Seperti Marina, abgjas juga memahami situasi kepayahan yg dihadapi seluruh ahli keluarga.
Namun Alhamdulillah, arwah dijaga dgn penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat beliau.
Abgjas setuju, semoga tiada lagi si tenggang atau malin kundang, biar dalam versi apa pun...
ps: Yeapp,abgjas lukis. I used to be a cartoonist...hehe..
oh ya...wah hebat :) kartunis untuk akhbar ke atau majalah ke?
Hi Marina,
Akhbar (Sabah) dan majalah (Semenanjung) di sekitar 90 an dulu. Pernah juga ikut pameran kartun tahunan negeri.
Sewaktu berbual2 dgn rakan Raya lepas, abgjas terfikir utk gunakan blog utk 'menimbulkan' kembali skill yg telah terpendam.
Glad if u like it, there'll be more to come, i guess..
warghhh!!!
ade kartun lukis sendrik!!!
ha..meh lukis gambo saye meh!kasik chomei2 lebih skit..bleh?
hmm...sy skang ade sorg opah jek(org perak panggil nenek opah)...alhamdulillah...parents sy layan opah baik jek(ekcelli kan,umah opah sy dekat je...tetiap ari gi umah opah pon :p)
opah sy sgt suke melancong..so,master mind melancong cuti2 mesia di waktu cuti skolah adelah opah..hehe
dan alhamdulillah...
stakat ni...
masih tertanam niat yg kuat nak jage mak-ayah(as i have to study hard to archieve good future)...mcm kmarina...moga sy bukan dr golongan si tenggang yg zalim tuh...amin...
abgjas,
what a show off. eleh, mentang mentang dia pandai melukis. kalau terror lukis lah gambar saya Geenmonster hehee (jgn mare, nanti kena duduk luar dan jgn lupa pakai pampers!)
I saw that ads too. Like the wise man said, "what goes around comes around". There were plenty or real life examples on what have happened to children who ill-treated their aged parents and those who sent their parents to the old-folks homes have received bad omen and balasan dari Allah.
hey, missed yr writing.
Cheers;
Mohd Jiwar
Hi Mas,
Lukis karikatur, abgjas x berapa cekap, sikit2 boleh le. Tp siapa tahu, suatu hari nanti abgjas lukis gambar Mas dlm versi paling kiut...
'Opah' tu panggilan nenek utk org Perak..OIC. Ate opah mike sihat?
Hi Greeny,
Tak de lah nak show off. Cuma abgjas dah jumpa venue to put my hobby back on track.
Well, a picture is worth a thousand words...
What goes around comes around, indeed very true but some people just never learn..
Is that your real name?
saja nak gempak.
kan itu nama bapa mertua siti.
I work in a nursing home making all the old ladies beautiful on the outsinde so they feel better on the inside...the nursing homes here aren't so bad. Sometime it's dangerous to keep someone without constant care of a medical specialist at hand. It would depend on the condition.... by the way Hi!
Hi Lisa,
I know you are a nice person. You treat everybody alike no matter they are old or even handicap (as you wrote on your blog).
Keep it up Lisa..
:)
AbgJas pakai pampers tak? Hehehe
Gurau jek lepas raya ni. Mood raya masih berbaki la AbgJas. Macam mana raya AbgJas? Anak2?
BTW, kita selalu sgt sentuh pasal isu anak tak kenang budi, tapi kadang2 puncanya mak bapak tu sendiri. Pentingkan kerja n abaikan kasih syg. Layan anak macam binatang (byk kes dera n sumbang mahram). Jadi.. macam mana pulak tu ya?
Hi Wan,
Thanks krn kmbali memberi komen.
Apabila Greeny guna frasa 'what goes around, comes around', abgjas turut trfikir apa yg Wan maksudkan.
Namun abgjas rasa, sebagai anak, kita tak sepatutnya meneruskan 'vicious cycle' yg sedia ada kan?
Wan tanya kbr anak2?
Huhu..still home alone...
Thank You!
Post a Comment