...TAPI DI MANA YA ? Anda ingat lagi dari filem apa dialog itu dipetik? Siapa yg menuturkannya? Kenapa ianya dituturkan?
Sekiranya anda pernah menonton filem komedi berkenaan, dan masih gagal menjawab pertanyaan2 tadi, saya yakin sebabnya cuma satu – LUPA!
Dan sekerap mana anda lupa? Sekali-sekala? Selalu? Rasanya tak payahlah saya merujuk mana2 ensiklopedia utk definisi ‘lupa’ ini. Izinkan saya menulis apa saja yg sedang berlegar dlm minda saya ketika ini:
Suatu maklumat yg pernah kita ketahui yakni terakam dalam minda, tiba2 gagal diingat secara sementara, saya anggap menjelaskan maksud lupa secara ringkas. Umpama satu fail yg telah di simpan di dlm memori komputer tetapi gagal dibuka apabila diperlukan.
Sebabnya? Bersandar kepada sejauh mana sesuatu maklumat itu meninggalkan kesan kepada diri seseorang, maklumat yg kurang penting akan cenderung dilupai.
Kalau anda terserempak dgn 10 org semasa menunggu bas misalnya, adakah anda akan terus mengingati wajah2 mereka? Tentu tidakkan? Tetapi saya pasti anda akan terus terbayang2 wajahnya jika salah seorang drpd mereka secantik (?) Siti Nurhaliza atau sehensem (?) Dato’ K !! Yang lain2 tu mungkin dahpun mula dilupai sebaik saja bas tiba....
Tapi adakah sebab yg saya utarakan di atas sentiasa benar utk semua keadaan? Andai pada satu2 ketika anda terlupa tarikh lahir suami/isteri anda, adakah itu menandakan pasangan anda sudah menjadi tidak penting kepada anda? Tentu anda akan menafikan sekeras2nya bukan? Ya lah tu...
Namun dari sudut agama, fenomena lupa mendapat pembelaan yg sewajarnya apabila dikatakan, catatan amal kita diangkat dlm dua keadaan - lupa dan tidak siuman.
Justeru, kita tidak boleh persalahkan orang yg lupa.
“Maaf Tuan, saya lupa nak pakai tali pinggang keledar tadi” , “Tak pe lah…”.
Demikian dialog seorang pemandu dgn seorang polis trafik yg sungguh akrab bunyinya.
Kalau begitu, alamat akan muncul ramai orang2 pelupa – pelajar lupa siapkan tugasan, guru lupa masuk kelas, penghuni yg lupa bayar sewa, YB yg lupa janji2 pilihan raya dan 1001 satu jenis lagi - Semata2 utk menyelamatkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan !
Oops! Nanti dulu... lupa memang tidak boleh dipersalahkan, tetapi punca yg menyebabkannya terjadi masih boleh dibebankan ke atas bahu kita.
Kenapa tak ulang kaji? Kenapa tak buat catatan? Kenapa tak set alarm? Personal assistant tu buat apa? Cuai..cuai…cuai!!!
Guru kimia (Yg dihormati Cikgu Saidin) saya semasa sekolah dulu pernah berkata, tak baik minum terus drpd botol bimbang tertelan semut, nanti jadi pelupa.
Sampai sekarang saya ingat pesan beliau tapi sampai sekarang juga saya masih tercari2 huraian saintifik mengenainya (kena tanya Cik Marina kita…).
Dalam banyak kelupaan yg berlaku, tidak ada yg lebih teruk drpd lupa diri dan lupa Tuhan.
Semalam saya menonton lagi filem Ali Baba Bujang Lapok. Kassim Baba kehilangan nyawanya kerana terlupa password ‘niyat nginsoong matek ajiii semar ngiseng!’
SUMMARY
We seem to easily forget things or events which we consider inimportant or meaningless. But how do we explain to our loved ones should we forget their birthdays for example. Are they no longer important to us? Sometimes, the things that we used to remember just slip from our memory without any apparent reasons and it happens beyond our control whatsoever. Thus, we should not be held responsible for any consenquences resulted from our forgetfulness. Nevertheless, can we just simply say “Sorry, I forgot” for each mistake we make? There were cases where houses burnt down because of the owners forgot to turn off the gas/electrical appliances! We may be unable to tell our mind when to forget or not to forget, but the onus is still upon us to prevent it from occuring.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
hi abgjas,
macammana eh bila satu hari tu anak murid abg lupa nak buat homework, abg lupa yg abg pakai kain pelikat keluar rumah, atau kita lupa siapa nama kita, tentu gmat jadinya.
I like the part abt the driver yg kata dia lupa nak pakai talip pinggang keledar. hehehe
Hi Greeny,
Lupa nak buat homework, lupa bawa buku, dah kira biasa dah..
Lupa salin kain pelikat tu belum lagilah, tak taulah kalau dah nyanyuk nanti - mudah2an dijauhi.
Apa kelupaan yg most embarrasing buat Greeny?
abgjas,
ini cerite betul tapi biarlah rahsia.
Nak dijadikan cerite, satu hari tu sy lupa nak switch off kipas setelah menonton tv malam hari. So sampai ke pagi tak di switch off. Apa lagi, kakak sy kasi ceramah pasal bil air lampu...terpaksa pekakkan telinga.
AbgJas ni, buat entry pasal absent-minded nie, saya terasa la. :)
Kena banyak makan kismis gamaknya.
Hi Greeny,
Abgjas pernah lupa sikat rambut semasa masuk kelas. Students tak tegur mungkin mereka segan kot..
hehehe...
Hi Wan,
'Terasa' tang mana tu Wan? Habaq mai sat? Lupa besday husband ka?
Salam abg jas..
Satu catatan yg menarik..fenomena lupa adalh releven kpd manusia ttp perlu ada cara utk mengatasinya..sekali dua mungkin boleh di maafkan.
amat buruk klu ianya menjadi sindrom..boleh membawa kpd hilang ingatan..bahaya tuh!
secara saintifikya sy pun tak pernah terbaca lagi dimana asasnya dakwaan makan semut jadi pelupa...awas jgn sampai tertelan semut api..takut ia membawa kpd mudharat... :D
Hi Deanz,
Tertelan semut api? Wah! Itu sudah pasti bahaya.. tapi bahaya lagi jika tertelan kata2 manis org yg bertanam tebu di tepi bibir - boleh membawa lupa diri.
Ha...saya memang ada masalah sindrom "Macam pernah ku lihat".Selalu saja macam tu.Mungkin penglihatan saya ini yang tidak beberapa nampak aka rabun jauh.Selalu saja rasa macam kenal budak tu tapi di mana ya.ahaha
saya pun tak tahulah sangat pasal semut ni secara detail tapi pernahlah terbaca Nabi kita pun tak makan kalau makanan itu diharungi semut sebab ada enzim pada semut itu sendiri yang boleh menyebabkan orang lupa.Wallahu alam.
Makanlah kismis atau badam sebagai "vaksin" enzim semut tu.hehehe.
Post a Comment