Tuesday, December 30, 2008

RESULT ANAK, STATUS EMAK?




Apakah ibubapa kini semakin galak menjadikan pencapaian akademik anak-anak sebagai status sosial mereka sendiri? Justeru segala macam usaha berbentuk galakan mahupun tekanan, ganjaran mahupun hukuman keatas anak mereka, sebenarnya diiringi dgn satu niat lain yg tersembunyi. Tepuk dada tanya selera.

P/S - Kenapa agaknya Akak tu duduk sorang2 kat bawah?

Tuesday, December 16, 2008

APABILA DATANG BENCANA..



ORANG MISKIN: Makcik redha atas apa yang berlaku. Mungkin ada iktibar di sebaliknya..

ORANG KAYA: SAYA AKAN SAMAN SEMUA PIHAK YG TERBABIT - PEMAJU PERUMAHAN, PIHAK BERKUASA TEMPATAN, KERAJAAN NEGERI ....!!!


P/S - Yg ko pi beli umah kat situ, apsal???

Friday, November 07, 2008

OBAMA: A New Hope?



"If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible, who still wonders if the dream of our founders is alive in our time, who still questions the power of our DEMOCRACY, tonight is your answer"
-OBAMA'S VICTORY SPEECH (Nov 5, 2008).

P/S: Despite all that, it took almost 200 years for the american people to have their first black president.

....and yet, we have just passed our 50 years of independence.

Monday, October 27, 2008

TUNGGU APA LAGI??


MAK DARA: Bila la kita nak menikah ni!?? Dulu kata sempena hari jadi saya,
16 September !!!

PAK JAKA: Kalau ya pun sabaq laaa.... engko tu masih ada laki lagi.
Dok tengah cari masa yg sesuaaaaaiiiii la ni...

MAK DARA: Jangan tunggu lama-lama...nanti dikebas orang..

Monday, September 29, 2008

DARI JAUH KU POHON MAAF..

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Terlebih dahulu saya ingin memohon berbanyak maaf kerana meninggalkan dunia blog sebelum ini. Mujur cuma dunia blog, kalau dunia fana, alamat pergi tak kembali…hehe

Ternyata saya bukan blogger yg baik kerana tidak konsisten dalam berkarya. Hampir tiga tahun blog saya berjalan agak lancar saya kira, namun sejak kebelakangan ini, beban kerja merupakan hambatan utama. Rindu rasanya utk berinteraksi dengan rakan-rakan blogger yg sebelum ini menjadi sebahagian drpd aktiviti harian saya.

Mungkin juga saya bukan multi tasker yg mampu lakukan banyak kerja dalam satu masa justeru kehadiran saya dalam dunia blog terpaksa dihadkan. Andai ada kelapangan , saya akan cuba mengemaskini blog saya di samping berkunjung ke laman-laman blog rakan lain. Namun jika keadaan tidak mengizinkan, saya mungkin akan menghilang lagi bak biskut chipsmore – sekejap ada, sekejap tiada!

Moga rakan-rakan blogger menerima keadaan saya seadanya.

Lanjutan daripada itu, sempena dgn Aidilfitri yg bakal menjelma, sekali lagi saya mohon seribu kemaafan atas segala salah-silap saya, yg zahir yg batin, menerusi karya serta komen2 yg telah saya berikan.

Bak kata lagu Aman Shah (my fav raya song)

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali.
.



-ABGJAS @ PEDANG SAMURAI

Wednesday, July 16, 2008

DUA-DUA TAK BETUL..



CATATAN: Staf - menyalahguna kemudahan pejabat
Boss - menyalahguna kuasa (double standard) di pejabat

Wednesday, July 09, 2008

SD...oh...SD...



CATATAN: Statutory Declaration (SD) merupakan dokumen perundangan yang digunakan untuk menyokong sesuatu keterangan dalam ketiadaan sebarang bukti lain....errr... ianya boleh ditarik balik atau dimansuh sesuka hati sendiri atau sesuka hati pihak-pihak yang lain.

From 13May

Free Website Counter