Terlebih dahulu Abgjas memohon maaf kerana agak lama tak muncul dalam blog sendiri mahupun blog rakan2 lain. Sebenarnya saya baru sahaja sembuh daripada demam yg boleh dikatakan teruk juga. Kelas-kelas yg dikendalikan terpaksa ditutup seminggu lebih. Alhamdulillah, kini kesihatan dah semakin baik. Mudah-mudahan saya boleh kembali meneruskan blog ni seperti biasa.
Sempena menyambut Aidilfitri mulia ini, saya menyusun jari sepuluh, memohon maaf daripada rakan2 blog dan sesiapa juga yg mengenali saya menerusi blog ini.
Mungkin ada kata2 yg telah menyinggung perasaan, sama ada tersurat dan tersirat, semasa menulis mahupun ketika memberi komen.
Lembutnya lidah kadang-kadang menyebabkan kita terlupa ada kalanya ianya boleh menjadi lebih tajam daripada mata pedang.
SALAM AIDILFITRI
Wa kul-lu amin wa an-tum bi khaiir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Selamat Hari Raya abgjas. Minta ampun sekiranya saya ada terkasar bahasa selama ini. Semoga raya kali ini meriah lagi ye..hehehe Nak duit raya boleh?
Hi! I just got the comment you made on our blog...Thank You! I havn't gotten used to the comment moderation thing yet but it was necessary...I'm learning how to post the comments now...Thanks!
Hi Marina,
Abgjas pun begitu juga, mohon maaf drpd Marina seikhlas hati sepanjang perkenalan kita menerusi blog ni. Banyak cakap tentu banyak silap kan?
Duit Raya? Boleh saja kalau bisa ketemu..hehe..
Hi Lisa,
Very true, i was wondering why my comments did not appear on your blog. I understand now.
Actually, I am not technology savy also..
Hi abgjas,
sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula kita manusia.
Beralaskan kekata diatas, saya menyusun 8 jari dan 2 thumbs untuk memohon kemaafan diatas keterlanjuran kata, bahasa dan tulisan yang pernah menguris kalbu.
Sedang menikmati kesihatan dan baru pulih dari demam yg memanjang ni, abgjas janganlah pula meminum air bergas atau memakan makanan yang banyak minyak dan cili.
Semoga abgjas berbahgia di Syawal yang mulia.
Wasalam,
Greeny
Post a Comment