Sunday, March 05, 2006

Lefthanded II

Kekunci ‘enter’ tu hanya sebahagian kecil sahaja. Perhatikan situasi2 berikut:

1. kunci penghidup (ignition key) enjin terletak di
sebelah kanan stereng.
2. Lipatan kain butang/zip menghala ke arah kanan
3. Poket kemeja di sebelah kiri (utk tgn kanan).
4. suiz soket elektrik di sebelah kanan
5. suis radio/tv/komputer di sebelah kanan
6. piano dan keyboard - kekunci nada rendah di
sebelah kiri utk bunyi rhythm,tak perlu
pergerakan jari yg aktif.
7. reka bentuk gitar (Man Kidal dan Joe Wings
terpaksa menggunakannya secara terbalik!)
8. pemutar tarikh/waktu pada jam tangan analog,
menghala ke kanan.
9. gunting (thanks r3dpanda :-)
10. (baca komen Hitomi :-)

Lantas adakah saya kecewa dgn semua ini? Jawapannya tidak sekali2. Sebaliknya saya bersyukur kerana menjadi sebahagian kecil yg terpilih.

Saya utarakan hal ini hanyalah sebagai pembuka mata. Ada perkara yg biasa/mudah bagi sesetengah kita, mungkin saja menjadi masalah/beban pada org lain. Ini baru kidal, bagai mana dgn mereka yg tiada tangan, kaki atau tiada penglihatan/pendengaran atau pelbagai kekurangan lain ? Justeru, perlu sekali sekala kita berempati – masuk ke dalam kasut mereka.

Pun begitu, mengikut kajian (ungkapan popular Dr.Fadhilah Kamsah), orang kidal sebenarnya lebih berbakat dlm seni, dan kreatif. Maradona , Ivan Lendl, Monica Seles , Leonardo da Vinci, Michealangelo, Paul McCartney, Mozart (betulkan kalau saya silap!) adalah antara nama2 besar dlm bidang masing2. Hey, jangan lupa watak kartun Bart Simpson juga seorang kidal!

Err..cuma satu perkara yg tak seronok sikit nak dengar; Kata org, kidal ni pendek umur !??
Wallahu a’lam.

7 comments:

hitomi said...

tambahan...
9. slicer knife mmg di reka khas tuk org tangan kanan..sy kalo mo guna, terpaksa guna secara songsang...slice ke arah diri sendri...sungguh berisiko...hehehheehe...

apapun, mmg sentiasa bersyukur dgn pemberian Allah...Bertuah jadi the choicen one...hehehehe...

AbGJaS said...

Hi hitomi,
Ooopps, memang bahaya tu!
Could this be one of the reasons why people like us
short-lived !????
Tak de lah kan...

hitomi said...

pendek umur??? tu la sy katakan...the choicen one...hehehhee...anyway, sumo terletak ketentuanNya...kalo sdh ajal, pasti ia tiba juga, tepat pada masanya...tia kan kurang dan terawal walau sesaat pon...Wallahualam... ;)

Lil Noorie berkata said...

tol hitomi ckp ajal maut di tgn tuhan, kalo Allah cakap KUN maka jadilah ia, hehehe mana ah abg jas dpt kata2 hikmah tu meneyramkan :P

AbGJaS said...

Hi Noor n Hitomi..
Tepat kata2 korang tu - Allah yg Maha Mengetahui. Cuma abgjas rasa kenyataan 'menyeramkan' tu berdasarkan statistik semata2.

Ahh..yg penting semua kita patut tingkatkan iman dan amalan kan? Tangan kiri ka tangan kanan ka..

Anonymous said...

Very nice site!
»

Anonymous said...

best regards, nice info
» » »

Free Hit Counter