Monday, July 10, 2006

MASUK KANDANG KAMBING…

Baru-baru ini kita dihebohkan dgn satu laporan dalam majalah Reader’s Digest berkenaan adab di 35 bandar padat penduduk di dunia. Apa yg mengejutkan ialah laporan tersebut meletakkan Kuala Lumpur (K.L) di tempat ke 33 !! Maknanya dalam 35 buah bandar tersebut, K.L antara bandar paling tidak beradab
- hanya lebih baik drpd Mumbai, India dan Bucharest, Romania !!! Panas juga telinga dan hati.. saya bukanlah menetap di K.L tapi cubit peha kanan, peha kiri terasa juga.

Kebetulan saya sempat membaca laporan tersebut. Bagi saya, ianya tidak saintifik, tidak adil lantas tidak berwibawa. Boleh dibakulsampahkan pendek cerita (tapi baca dulu laa...).

Laporan tu dibuat berdasarkan 3 ujian berikut:

# 1. Memasuki ke sebuah bangunan awam 20 kali
sambil mengekori orang lain utk melihat adakah
orang itu akan memegang pintu utk kita selepas
dia masuk.
# 2. Membeli barangan kecil di 20 buah kedai dan
mencatat sama ada juru jual akan
berkata ‘terima kasih’.
# 3. Menjatuhkan satu fail penuh berisi kertas di 20
lokasi yg sibuk utk melihat sama ada terdapat
orang menolong mengutipnya.

Tidak berwibawa pertamanya kerana, adakah bilangan sampel 60 ujian itu cukup menggambarkan jutaan populasi dlm bandar yg dikaji? Adakah lokasinya rawak? Kalau terpilih, apa kriterianya?

Lihat juga sudut ujian itu sendiri, terutamanya ujian # 1. Memegang pintu utk org lain bukanlah satu kebiasan utk org kita (namun elok diamalkan). Samalah seperti menarik kerusi utk wanita di meja makan dll. Nilai2 sebegini adalah budaya di barat, bukan di sebelah sini !

Orang Asia juga jenis pemendam, tidak cenderung melafazkan apa yg dirasa seperti ‘aku sayang kamu’, ‘awak cantik’, ‘maafkan saya’ seperti juga ‘terima kasih’ (ujian # 2). Namun tidak pula bermakna hati kita keras dan jahat. Mungkin saja lafaz ‘terima kasih’ diganti dgn bahasa badan seperti ‘senyum’ atau melambai tangan kan?

Tidak seperti di barat ungkapan 'I love you', 'please…thank you', 'I am sorry', 'excuse me' etc memang lumrah. Perkara di atas memang elok dan amat wajar kita mempelajarinya. Cuma saya tekankan, buat masa ini, ia belum lagi menjadi budaya kita.

Justeru, tidak tepat menggunakan nilai khusus satu kelompok masyarakat utk mengukur satu kelompok lain. Latar belakang budaya, cara hidup, agama yg berbeza menyebabkan, satu nilai yg baik dlm sesuatu masyarakat tertentu, tidak semestinya dianggap demikian oleh kumpulan lain.

Cuba bayangkan, kita jalankan satu ujian masuk ke rumah untuk melihat sama ada seseorang itu menanggal kasut atau tidak. Dan ujian itu kita jalankan di bandar raya New York sana (kononya bandar paling beradab di dunia menurut laporan berkenaan). Saya optimis, skor mereka akan 0 / 20 !!

Cuba lagi dgn ujian pasangan lelaki-perempuan yg berpeluk malah berkucup di tempat awam, sesuatu yg sangat biadab ditempat kita tapi biasa dikalangan mereka. Oopss! Kita kalah juga kot?

Teringat saya suatu ketika dahulu, negara kita Malaysia diletakkan di bawah Israel dalam ranking negara yg mengamalkan hak asasi manusia.

Bagi saya, laporan2 begini dijalankan begitu rupa utk terus menggambarkan 'superioriti' orang2 Barat,

…atau mungkin saja, saya yg mengada-ngada.


SUMMARY

Based on a recent report by Reader’s Digest stating that Kuala Lumpur is among the least courteous cities in the world, ranked 33nd out of 35 !! It’s just being unfair to judge the good manners or politeness of people in a city by only 3 simple tests involving a very small number of participants. Moreover, the tests were of western customary. Because of our difference in traditions, cultures, religions etc, one value which is considered decent in one certain country may not be the same in another. Kissing in public ,for instance, is unacceptable in most asian countries while it is OK in the West. The tests should have been conducted in more scientific manners.

13 comments:

Acid (mojiah709) said...

abgjas,
pada hemat sy, laporan tersebut kurang menepati intipati dan penelitian harus dibuat untuk memberikan sesesuatu tinjauan yang lebih tepat.
Jika hanya bersandarkan laporan dan ujian yang tidak complete maka
hypothesis itu tidak dapat diterima.

Sebagai orang Asia, sy juga berharap kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang dianggap maju.

roar by Greenmonster.

shafarina said...

p/s: pendapat peribadi

Sy terima ranking tu - di KL. Nasib baik berdasarkan tindakan buka pintu atau mengutip kertas yang jatuh. Kalau dinilai dari segi adab jalan raya, sampah sarap, nombor 1 kot?!!

Ambil dari sudut positif juga, ia menyedarkan kita kesedaran sivik n adab timur hampir 0 bagi penduduk di KL. Kalau ramah tamah sopan santun pun samada orang itu pelancong, atau bos, atau sedara mara. Kalau tak kenal, jgn harap ler.

Kenapa nak marah dgn laporan itu padahal laporan tu boleh buat kjaan kaji balik di mana ketidakcukupan kempen berbudi bahasa, kempen sopan santun, kempen kebersihan semua. Bla Bla (malas nak cakap sbb blame gomen lak).

Ambil positif ajer. Sekarang ni apa2 pun ucap terima kasih, even org yg tekankan butang lif utk kita, even kat makcik cleaner, or cakap excuse me (atau kalau malas 'cuse me), dan sy dah cuba ber'adab' sikit.

Or start dgn menteri. Menteri tokleh ketuk2 meja masa bercakap, atau menteri tokleh maki2 dlm parlimen, baru rakyat ikut.

:P My 2 cents only maaaa

AbGJaS said...

Hi Greeny n Wan,

Abgjas akui kita kebanyakkannya sudah luntur sifat sopan santun dlm semua aspek kehidupan, orang besar-kecil tiada terkecuali.

Abgjas cuma tak setuju cara ujian dijalankan oleh mereka dan kemudian menghebahkannya ke seluruh dunia. Semacam kita diperbodohkan.

Namun sebagai refleksi diri, kita patut ambil iktibar.

Abgjas tertarik juga dgn sikap rakyat Amerika; Mereka sendiri mengutuk kerajaan dan presiden mereka bagai nak rak, tapi apabila ada pihak luar mengutuk negara mereka, mereka segera bersatu.

AbGJaS said...

Hi Joe,

Great to have your very own perspective towards this matter
- open and frank.

I heard people from the South,like your place, Illinois, still hold the high moral standard.

Lil Noorie berkata said...

abg yg buruk betulkan dan contohi yg baik dan praktikkan, buka lah minda dan praktikkan gogo chayok!

Lil Noorie berkata said...

eh! ambik! silap type sorie

AbGJaS said...

Hi Noor,
Betul sangat2 tu.. umpama menampi padi, beras di ambil, antah dibuang..

shafarina said...

AbgJas tengok tak AC Mizal koyak² Readers Digest dalam AC D Sini tempoh hari?

AbGJaS said...

Hi Wan,
Tak pulak abgjas tengok program AC tu. Emosional sangat bunyinya. Tak payahlah koyak, banyak artikel lain yg elok dlm magazin tu..


Hi Joe,
Thanks for enlightened me about those kissing and spitting things. In case of Illinois, you and Lisa are my friends who live there..

Semut Api said...

Salam abgjas,

Txs atas info ini. sya tidak berkesempatan utk membaca lapuran digest & tak amik pot sgt isu ni..

Saya setuju klu lapuran ini kita jadikan sbg refleksi & sy juga bersetuju secara umumnya klu kajian itu di buat di KL.

Tapi saya amat tidak setuju cara penilaiannya, amat tidak praktikal! Apa sasaran peringkat umur dalam kajiannya. Kalau ia dibuat ke atas golongan remaja, secra peribadi pada umumnya saya setuju. Kita bole menilai sendiri mereka ini agak tersasar jauh dari nilai2 murni..dimana silapnya?

Digest hanya sebuah majalah picisan atau juga majalah nyamuk pd peringkat internasional mugkin juga sama tarafnya dgn majalah hiburan di malaysia yg mengambil sempena nama buah tempatan..

so abaikan sahaja lapuran digest.

Sekian.

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Abgjas setuju dgn persoalan keruntuhan nilai murni akhlak org kita akhir2 ini. Abgjas juga meragui kewibawaan kaedah ujian tersebut dijalankan.

Hmm..cuma abgjas kurang bersependapat dgn pandangan mjlh RDigest sbg majalah picisan/nyamuk. Abgjas dah baca majalah tu hmpir 10 tahun, dan sgt bnyak artikel berfaedah dlm plbagai bidang boleh dibaca.

Tetapi spt akhbar/majalah kita juga, tentu merekapun ada agenda tersendiri. Jadi kitalah sendiri yg mesti menapis apa juga mklumat yg dipaparkan.

Anonymous said...

Best regards from NY! » » »

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it proactiv solution Davie florida condos pay per click program car covers reviews detectors radar E commerce and merchant account Paxil and methamphetamine bulk email Hp used computer Power rangers wild force toy Phenylephrine hydrochloride 0.25. antidepressants Outbound training for team building leadership Management companies and charter schools Side effects for concerta retirement plan rollover to ira

Free Hit Counter