Monday, May 29, 2006

The HULK II

Apakah seiring usia yg meningkat, menjadikan kita lebih mampu mengawal marah?
Mungkin juga tapi saya yakin ia bukan benar 100 peratus. Ada org yg panas baran sejak muda, tidak pernah berubah walaupun usianya meningkat, sudah bercucu, sudah bergelar haji misalnya. Boleh dikatakan semua orang di sekelilingnya pernah dibawa bertengkar.

Dalam satu kaji selidik, antara soalan2nya berbunyi:
Ketika marah, pernahkah anda terasa seperti hendak memecahkan segala barang-barang di sekelilimg anda? Jika ‘Ya’, bermakna kebarangkalian untuk anda menghidap penyakit jantung menjelang usia 50 tahun adalah lebih tinggi !

Tapi P.Ramlee nampaknya bijak menyentuh persoalan marah ini secara sinis menerusi filem Tiga Abdul. Ungkapan ` Kalau marah nanti kena jual…’ begitu popular dari era tahun filem itu dikeluarkan, hingga sekarang. Dikisahkan terdapat kontrak perjanjian antara Tiga Abdul dgn hartawan Saddiq Sigaraga; barang mana pihak yg naik marah, maka semua hartanya akan menjadi milik pihak yg satu lagi. Akhirnya P.Ramle (Abdul Wahub) membolot semua harta kerana paling bijak mengawal kemarahannya.

‘Nanti kena jual’ boleh diintepretasikan sebagai hilang harta, hilang kawan, hilang keluarga dan yg lebih teruk lagi hilang harga diri. Mencerminkan akibat buruk apabila seseorang terlalu mengikut rasa marah. Semasa meninjau2 blog Wan, beliau membangkitkan isu hangat yg membabitkan artis Abby-Norman. Ini juga satu bukti akibat tindakan ‘hulk’ yg tidak terkawal dalam diri masing2. Sudah terhantuk baru terngadah..

Kalau di barat, begitu popular kelas2 kaunseling utk mengurus marah (anger management). Mengira nombor, menyanyi, senyum dll merupakan antara cara2 meredakan kemarahan.

Namun ajaran Islam yg syumul ada petua tersendiri. Seperti mana maksud Hadis Nabi Muhammad S.A.W. yg diriwayatkan Abu Dharr al Ghifariy:

‘Apabila ada di antara kamu yg marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk supaya marahnya reda, jika tidak, suruhlah dia baring’.

Dalam petua lain, disarankan juga agar mengambil wudhuk kerana marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan dijadikan drpd api. Secara falsafah, api padam dek air.

Sampai masanya, the hulk perlu tembak dgn sinar gamma sekali lagi…

ikut hati mati,
ikut rasa binasa.

18 comments:

avie eicca said...

Anger Management...Teringat saya tentang filem komedi Anger Management lakonan Adam sandler.Teringat juga iklan kesihatan di tv di mana seorang pelakon lelaki melayu menahan kemarahannya dengan mengawal hembusan pernafasan.Ambil wuduk memang cara terbaik untuk meredakan kemarahan lepas tu berselawat then minum air.
tapi ada juga kalau tengok di tv cara lain:MEMBALING BARANG..hahaha tapi tak tahula tahap penurunan kemarahan tu berepa darjah celsius.

AbGJaS said...

abgjas pun memang ingat filem tu. Babak best waktu mereka menyanyi kat jambatan tu kan? Kumpal kertas byk2 dan baling kat dinding sekuat hati...puas hati?

Acid (mojiah709) said...

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut diri merana.
Sedangkan lidah lagi tergigit.

Nasihat diatas itu sungguh bermakna dan dalam pengertiannya...Orang tua selalu menyelitkan imbasan dan pesanan. Orang mula selalu lupa dalam kealpaan.
Bila diajak berbicara disaat tengah marah, selalu nafsu amarah melebihi keimanan, lalu terucaplah segala kata-kata yang tidak sepatutnya di lafaaskan dan tercetuslah satu keburukkan di akibatkan kata-kata yang tidak ternbiat dihati.

Wasalam.

Acid (mojiah709) said...

Abgjas,
sorry for the misspelling.

My fingers move faster than my brain and I have translate what Ihave in mind, not so easy right?

Semut Api said...

Salam abg jas..

masih dalam topic marah..sy melihat marah juga mempunyai nilainya yang tertentu.

contohnya..Rasa marah digunakan sebagai melawan rasa takut. Seorang yang marah mampu bertindak di luar bidang kekuatannya seperti seorang pahlawan yang melihat darah merah akan menyemarakkan lagi semangat kepahlawanannya.

tetapi ada juga orang berkata seseorang itu marah kerana hendak menutup kelemahannya.. :D

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Bahasa Greeny indah sekali, ada sebab spesifik?
What do you mean by u have to translate what u have in your mine?

Hi Deanz,
Marah utk menutup kelemahan? Good point :) Sama macam org kecik pakai kereta Land Cruiser hanya kerana mahu dilihat besar..

Acid (mojiah709) said...

Demi rasa marah dan tidak pernah merasa puas, orang-orang kecil yang menjadi mangsa - mangsa perang, kekejaman dan kemusnahan....

Marah juga punca angkara putusnya satu persahabatan yang penuh dgn kasih-sayang yang dikhianati dan di talian persahabatan di hentikan.

Marah ibarat api...kecil (x2) menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

avie eicca said...

abgjas: saya suka semuanya lebih-labihlagi adam sandler berlakon (",)!!Tapi saya tak pernah buat apa yang dicadang pun untuk "manage anger" saya.Kalau marah selalu lari dalam bilik pasang lagu kuat2 biar pecah telinga.Rasanya nanti bila dah tua..mesti nak pekak nih=(

AbGJaS said...

Hi Marina,
Kira OK lah tu, sekurang2nya Marina tak libatkan orang lain yg tak de kena mengena klu tengah marah.. err tapi jgn kuat2 sangat nanti org bilik sebelah pulak marah...
Grrrr + Roar!! = Kebaboom!!

Lil Noorie berkata said...

APA2 PUN marah wujud dari spark from syaitan AUMMMMMM

shafarina said...

AbgJassSSsSSssSss,

Ada gaya hulk ke tu? Hehe

Kalau GM punya jari jemari lebih pantas dari apa yg difikirkan..

MARAH itu puncanya emosi dulu daripada fikiran.

Acid (mojiah709) said...

lets think macr and not micro.
My analogy is such that human is more like a robot with brain an heart. Apa maksud sy? Hmmm
Biarlah Rahsia

AbGJaS said...

Hi Noor,Munshi,Wan,Deanz n Greeny,

Sbnrnya abgjas dah try nak bubuh ikon Hulk utk gmbr abgjas, tapi tak tau camne nk buat..
ha..ha..ha.. GRRRRRRR!!!!

avie eicca said...

mula2 abgjas pi buat akaun kat photbucket then upkoad gambo 'abg jas kelr ijo'.Nanti dia bagi linklah untuk gambo tu.Lepas itu,pi kat edit profile,isi url gambo itu di bhgn photo url.Lepas tu saveler.The end...kacang jek:)
kalau tak nak guna photobucket,pi kat post(bhgn yang tulis untuk publish kat blogspot nila) then upload la photo tu.Lepas tu klik HTML punya part then copy and paste url dia kat photo url tu. sonang jek..:)

wassalam.Upah jangan dilupo yek.

AbGJaS said...

Hi Marina,
Saiyidina Ali prnah berkata, 'siapa yg mengajarku walau satu alif, dia adalah guru ku'.

Thanks Marina. Tunggu jak photo abgjas..

Acid (mojiah709) said...

kesian abgjas, Kalau nak bagi upah tu, jgn lupa orang di sebaerang tambak ni...abgjas kan loaded sebab profesi tutor menadapat gaji yg banyakkkkkk sekali (cos U kan yr own boss).

Roar;
Greenmonster

Anonymous said...

This is very interesting site... » »

Anonymous said...

best regards, nice info lasik md in calgary Wellbutrin works Madrid time share Sex tom of findland Trailer tires titan Canadian hot tub retailers

Free Hit Counter