Saya dapati ramai remaja dan belia muslim kita yg berbangga kesana kemari memperagakan jenama arak pada jersi mereka - tolak tepi ori ke tak ori.
Mungkin kebanggaan itu bersandar kpd pasukan2 yg diminati, namun pasukan tersebut jelas mendapat tajaan syarikat pengeluar arak di negara mereka. Tanpa sedar (atau buat2 tak sedar) bahawa tindak laku mereka itu turut mengiklankan arak berkenaan, dan ini sama sekali bertentangan dgn ajaran agama Islam .
Perhatikan hadis berikut:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang meminta diperaskan,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
[Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah]
Saya kira perbuatan mengiklan/memasarkan jenama arak ini jatuh ke dalam kategori (7) yakni mereka yang menjualnya. Hukumnya jelas, bukan dikias-kias.
Apabila ditanya kepada para remaja berkenaan, jawapan mereka ‘sekadar suka-suka’. Dan lebih malang lagi, jawapan yg sama diterima drpd ibubapa remaja itu sendiri i.e ‘sekadar suka-suka’.
Huhh..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi (dalam versi negatif).
Saya akur, dalam komposisi kaum di negara kita, agak sukar untuk mengharamkan penjualan arak dan produk-produk berkaitan secara terus. Namun yg peliknya, ‘apekebende’ orang Islam sendiri yg menggalakkan industri tersebut?
Berbalik kepada hal jersi tadi, takkan lah baju di tubuh sendiripun tak mampu menurut syariat? Apakah iman kita ini juga ‘sekadar suka-suka’ ?
Buat masa ini, sepanjang pengetahuan saya (betulkan jika saya silap), belumlah ada mana-mana kejohanan sukan kebangsaan yg ditaja secara rasmi oleh syarikat arak. Saya berharap kerajaan hadhari yg ada ini akan mampu bertegas sebagai mana yg dilakukan ke atas syarikat rokok sedikit waktu dahulu.
Keadaan mungkin berbeza di luar negara kerana ia bukan bidang kuasa kita utk menentukan siapa yg boleh atau tidak boleh menaja. Namun jika ada kekuatan kita, janganlah hantar mana2 wakil negara ke acara yg mendapat tajaan seumpama itu .
Contohnya, Kejohanan Bolasepak Piala Tiger. Lagipun penyertaan pasukan kita pun barangkali ‘sekadar suka-suka’ saja, sebab tu asyik nak kalah..
Err…bagai mana pula dengan tajaan syarikat perjudian ? Mungkin lebih ramai yg berkerut dahi...sebab banyak wang masyuuuk!!
JUST WONDERING…
I believe, consuming alcoholic drinks is bad for our health, let alone the religious perpectives. But how come, there are growing numbers of alcohol product companies becoming the main sponsors of many sporting events worldwide ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
hmm..
menurut kata2 sahabat sy(org jepon)yg meminum arak ini...
arak ni da mcm minuman harian..aler mcm stgh org yg kene minum kopi sblom gi klas tetiap pagi(tu sy la tu :p tp ble lan posa nih...elok la plak ble xminom)...
syarikat arak ni byk income die(ape yg sy prati sejak duk sini)..
just wonder,in a day...a person must or at least drink 1-2 can of alcohol...klo da satu jepon neh minom mende neh...rakyat die da la beratos juta ribu darab ngan bil derg minum arak sehari darab lak ngan hari dlm setahun..tu blom masuk kut2 derg ade party ke hape..ha,bayang kan bape byk derg minom?
xke kaye company arak tu..
ahehehe
abgjas,
yang tak sedapnya, ada juga anak muda kita yang pergi solat jumaat dan solat yang lainnya dengan memakai jersi yang mempamerkan nama arak...
tepuk dada tanya selera...
saya takut nak tegur dan komen.
Hi Mas,
Dlm Al-Quran ada disebut, ada juga baiknya arak tu, tp sgt byk mudharatnya. Short-term nmpk tk de masalah, tu sbb byk org tk sedar. Org buat duit, kita dpt sakit..
1-2 gelas kopi sehari, cukup le tu..byk kaffein.
Hi Greeny,
Tu lah yg kita sedih sgt. Apa nk diharap pd golongan ini utk membawa imej islam di masa depan.
Tu yg abgjas kata, ibubapa mereka mungkin tak kisah...
Di kelas abgjas, abgjas tk benarkan mereka pakai t-shirt mcm tu.. mungkin itu je yg abgjas mampu buat.
Hello...I will read your blog later but I have to go to work right now..I just wanted to give you our new link:
http://lundeen-lundeen.blogspot.com/
AbgJas, diorang dah immune dgn benda ni. Kerja hotel/restoran n bank riba dah tak haram. Nak takut apa sebab ulama pun kena tutup mulut kan?
Anyway, arak 'halal' dijual kerana duti nya tinggi, sumber pendapatan kpd kerajaan.
p/s: lambang arak dibawa ke solat, bagaimana dgn logo askar di belt yang ada tulisan allah n muhammad, yg dipakai walau ke tandas?
Hi Wan,
Menarik point yg Wan bangkitkan. Isu yg kompleks dan saling berjaringan abgjas rasa..tarik satu, terjerut satu.
Kalau nak dibetulkan sekaligus, memang payah dan kita sebagai org kecil, mungkin tak mampu.
Namun sebagai langkah pertama, mulakan perubahan dgn diri kita sendiri.
Lagi tinggi status kita dlm masyarakat, lagi ramailah org yg dpt kita pengaruhi.
Malangnya, ada org politik dan berjwtn besar lebih suka
'cari harta bertimbun2 utk jd kaya' 'cari wang berjuta2 utk hidup bergaya'..
Lantas, asalkan duit masuk, tak kiralah apapun sumbernya - judi, riba, rasuah or whatever it takes...
Post a Comment