Sunday, June 25, 2006

TETAMU SENJA

Rentetan beberapa peristiwa yg berlaku kebelakangan ini, saya termenung sejenak betapa kita ini sebenarnya hanyalah tetamu di muka bumi Allah ini.

Adatnya jika berkunjung sebagai tetamu, maka kita sepatutnya hanya datang, singgah dan pergi, tak lebih drpd itu. Kita tiada apa2 hak milik di tempat yg kita kunjungi melainkan semuanya milik tuan rumah.
Duduk apabila disuruh, makan sesudah dijemput, mata tak boleh berkeliaran, cakap berlapik, intonasi pun kena jaga. Pendek kata semua tingkah laku semata2 atas ehsan tuan rumah itu.

Kalaupun tuan rumah berkata, ‘buatlah macam rumah sendiri’, percayalah dia tidak pernah bermaksud demikian. Cuba lah kalau berani, di rumah kawan kita, orderlah apa2 makanan , atau arahkan sahaja tuan rumah menukar set sofa yg baru atas alasan ‘kaler tak matching’. Atau kalau nak lebih berani lagi, bawalah pulang anak bininya sekali !!
ROAARRR!!!!! Mungkin itu lah kali terakhir kita bertemu kawan kita tu..

Dan sekarang, cuba renung situasi ini ; Tukarkan objek2 ‘tetamu’ tadi sebagai ‘manusia’, ‘rumah’ sebagai ‘bumi’ dan ‘tuan rumah’ itu sebagai Allah Yang Maha Kuasa.

Lantas, bukankah kerendahan martabat kita sebagai tetamu itu sudah cukup menginsafkan diri ? Beranikah lagi kita menjadi besar kepala sehingga seolah2 dunia ini ‘ana yang ampunya’ kalau tak pun ‘bapa aku yg punya’? Sedangkan Tuhan sentiasa ada utk memerhati !?

Sombong, degil, menindas orang lain, menipu dan pelbagai sifat bejat lain, selayaknya menjadi tiket utk kita ditendang saja keluar dari bumi ini. Saya kusut utk memikir kenapa insan2 sedemikian semakin ramai pula di dunia hari ini. Jahil kah? atau zalim kah? ataupun kufur ? Semoga kita bukan dari golongan2 ini – amin.

Teringat saya akan tajuk puisi nukilan Dato’ A.Samad Said yg pernah juga dilagukan Kumpulan Kopratasa sedikit waktu dahulu.
Tajuknya ‘Kita Ini Tetamu Senja’.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembali kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yg datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yg datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf - kita ini punya kiblat
segera kita ingat - kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!

(1956)



Terlalu indah hingga saya tidak nampak di mana cacat celanya puisi di atas – dan semuanya benar, tiada yg lain, melainkan benar belaka.

Hmm… dah lama rasanya saya tak berpantun:

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat jua akan condongnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat jua akan pulangnya.

13 comments:

Acid (mojiah709) said...

Salam abgjas,

"Kalau abg ke Indragiri,
Kirimkan saya bunga kemboja,
Bahasamu indah tidak terperi,
Kagum jadinya bila membaca."

Sungguh dalam maksud mukadimah abgjas kalai ini...membuat sy termenung sejenak merenungkan masa silam, memikirkan masa kini dan melihat masa hadapan.

Kehidupan, kesihatan, kesenangan dan kelapangan adalah rahmat dan kurniaan tuhan yang sementara sahaja. KIta semua dalam pinjamannya.

Ibarat lagu Aljawaher -
"Urusanku belum selesai selagi belum ku temui sinarmu,
Hendaknya dalam perjalannan ini kau bekalkan ku alfatiha.
Dengarlah suara memnagil bagai bersenandung"

Wasalam.

Roar by greenmonster

shafarina said...

Daripada Mu kami datang
dan
Kepada Mu jua kami kembali

Kita semua sudah kehilangan budaya Timur, nilai-nilai Islam yang dulu diamalkan setiap hari.

Bersapa sesama jiran
Bertukar-tukar makanan
Menziarah saudara mara

:D

Meh start dengan menziarah blog AbgJas hari²!!!

AbGJaS said...

Hi Greeny,
"Kalau abg ke inderagiri,
Bawa bunga dengan dulangnya,
Bahasaku indah tidak terperi?
Anda juga apa kurangnya.."

Hi Wan,
Thanks krn nk kunjungi blog abgjas hari2, kecik tapak tangan, nyiru abgjas tadahkan.

Tp maaf lah ye, abgjas ni memang lambat update blog, tp insyallah komen2 akn diupdate selalu..
Wan tak nak pantun?
'Daun serai daun gaharu, belum try belum tahu'

Acid (mojiah709) said...

Abgjas,

kususun sepuluh jari,
mohon ampun jika ada kesilapan,
tak bosan blogging setiap hari,
kerana abgjas dan teman-teman.

-abgjas-
lamabat update tidak menjadi hal, asalkan abgjas tak melupakan sy yg jauh dirantauan ini.
Bak kata pepatah "hujan emas dinegri orang, hujan batu dinegri sendiri"

avie eicca said...

wah berpantun kita ya.Saya tak pandai pantun.Tau pantun sekolah dulu2 je,pantun melayu dahulu ala pantun dalam lagu rasa sayang eh.:D

Kalau lagi difikir tentang ramainya orang jahil dalam dunia ni memang tak habis.Mereka ni kadang2 menjejaskan hari kita.

Saya setuju dengan Wan:memang makin lama makin hilang dah nilai2 islam dan timur ni.Perempuan melayu terhampeh memang banyak nak cari yang terakhir memang sukar..huhu.Takkan nak tunggu bulan puasa baru nak buat amal semasa jiran ye tak:)

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Hujan emas di negeri orang? Abgjas confuse ni, Greeny ni singaporean ka atau malaysian yg tinggal kat singapore?

Hi Marina,
Biarlah kita-kita ini menjadi benteng terakhir yg masih mengekalkan ciri2 ketimuran budaya kita.

Acid (mojiah709) said...

abgjas.
biarlah rahsia

Semut Api said...

Salam..

Hidup hanya pinjaman..jgn selalu berangan-angan..

pantun isu semasa... :D

Fitnah itu tiada ampunnya
Kerana dosa sesama manusia
Mulut celupar amat cabulnya
Jangan disebut yang sia-sia

Kalau memakai baju lusuh
Habis diguna emas dipinggang
Dahulu kawan sekarang musuh
kerana politik jadi renggang

Acid (mojiah709) said...

sarang tebuan usah diusik,
jika diusik disengat berbisa,
dalam hati selalu berdetik,
apakah akan ada kesudahannya.

shafarina said...

Hehehe

Pantun dua kerat yang glamer di kala kursus

Ayam hutan Ayam Selasih
Sekian Terima Kasih

:D

Tapi sia tak kreatif la bab mengarang pantun ni AbgJas. Mmg sia nda tau.

AbGJaS said...

Wah! Macam gelanggang pantun pulak ye..

Pujian utk Deanz dgn pantun yg kontemporari dan Greeny yg sedikit klasik sifat pantunnya
-hebat!

Utk Wan dan Marina, ramai mentor pantun yg sedia berkhidmat di sini, pisau dan mentimun di tangan anda..

Abgjas jadi juri sajalah..he..he..

Lil Noorie berkata said...

assalamualaikum :)

minta maaf bnyk2 abg jas sbb lama xlawat blog2 semua sahabat2 saya di blog ini, sebuk sungguh kehidupan ni lately, keje belajar semua ni pinjaman Allah kepada saya utk hadapi hari2 di muka bumi ini, segala yg Allah beri dan ambil balik dr kita ada hikmah kembara nya, redha dan cuba paham dan tenang hadapi segalanya tu sebenarnya cabaran kpd kita :'( CHAYOK!

AbGJaS said...

Alaikumusalam Noor,
Tak pe lah tu, abgjas agak memang Noor sibuk dgn studi n kerja kebelakangan ini tp sentiasa ingat kita kan?

Betul kata Noor tu, semua ini pinjaman drpd Allah - kalau diberi kita syukur, kalau diambil, kita redha dan sabar.

Free Hit Counter