Monday, February 06, 2006

Ikhlas tapi jauh Pt.2

Rasanya tak salah pemuda tadi menerima pemberian wang drpd wanita itu, dan tidak pula kurang ikhlasnya pertolongan pemuda berkenaan.

Saya berpendapat, asalkan bukan menjadi niat pemuda itu mendapatkan sebarang ganjaran dlm apa bentuk sekalipun, maka keikhlasan beliau masih utuh.

Wanita itu juga mungkin ingin membuat amal dgn memberi hadiah kpd pemuda berkenaan. Justeru, dgn menerima pemberian tersebut, pemuda tadi membuka ruang utk wanita itu pula membuat amalnya sendiri. Situasi 'menang-menang' kata orang sekarang.

Allah S.W.T juga telah menguji keikhlasan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam peristiwa Korban. Pertukaran kibas sebagai ganti penyembelihan anaknya merupakan hadiah Allah S.W.T. kpd Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, setelah keikhlasan mereka terbukti.

Asalkan niat kita benar2 ikhlas, bagi saya tak salah menerima ganjaran selepas apa yg kita lakukan.

Lagipun, jika menerima ganjaran mengurangkan @ menghapuskan keikhlasan, maka tak adalah seorangpun yg berkerja dgn ikhlas di dunia ini - guru, doktor, imam, ustaz, menteri, pemandu bas dll. - kerana kita semua menerima ganjaran!

Ya kah begitu !?

4 comments:

Hani said...

Assalamualaikum saudara.. Salam perkenalan kembali.. Terima kasih atas kunjungan ke blog saya..

Saya tertarik dgn cara penulisan anda di blog ini.. Buat saya berfikir, seterusnya belajar utk lebih bersyukur..

Jika ada apa2 utk dikongsi, contact saya di istanbul_terbang_tinggi@yahoo.com atau YM ID: callme_kha atau berkunjung saja ke blog saya & tinggalkan komen di situ.. ('_')v

shafarina said...

assalamualaikum.

sy pun tak tau slm ni sy ikhlas ke tak kalau buat sesuatu. sbb samada sy akan dapat ganjaran, atau benda tu mmg sy kena buat.

kena muhasabah balik ni

AbGJaS said...

'Alaikumussalam Saudari K.H.A. Terima kasih krn menyambut salam perkenalan saya. InsyaAllah, saya akan selalu mengunjungi weblog saudari utk bertukar2 pendapat.

'Alalikumussalam Wan.
Thanks ats kunjungan. Saya memang akan menulis mengenai wujudkah ikhlas jika terpaksa (memang kena buat kata Wan) dlm melakukan sesuatu.
Tunggu saja..

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »

Free Hit Counter