Biasa lah… satu ungkapan yg saya kagumi atas sifatnya yg universal. Universal sebagai respond terbaik terhadap soalan yg anda sebenarnya malas nak jawab. Andai saya hendak mencipta robot, maka akan saya rakamkan ungkapan unggul ini ke dalam memorinya. Kemudian saya canangkan bahawa robot saya ini mampu menjawab segala persoalan .
“ Apa yg ada dlm beg awak tu? , “Siapa yg telefon abang semalam?” , “Bagaimana nak lembutkan hati suami?”, “Hutang puasa tahun lepas dah bayar ke ?”. “Camne Siti boleh terpikat dgn Dato tu? Kerana rupanya kah? Keturunannya? Hartanya? Atau agamanya ?” Bidzaatid-dii ni taribath yadakh..
Malah soalan yg bunyinya berat2 seperti “ Kenapa batalkan projek jambatan bengkok?” ,
“Asyik2 berita Naib Ketua yg keluar kat paper?, Ketuanya mana? Tidur ke?” “ Kenapa PBB tak buat apa-apa ats pencerebohan Israel di Lubnan?”
Semua soalan di atas bolah dijawab dgn satu ungkapan tunggal ‘biasalah..’.
Hebatkan? (Ooopss…biasalah..)
Jawapan sedemikian berupaya memulangkan soalan kepada diri penanya semula. Satu ‘manouvre’ yg bijak utk mereka yg enggan ataupun sebenarnya tak berapa tahu nak jawab apa. Penanya seolah dicabar utk mencari jawapannya sendiri. Jika gagal, penanya dilihat sebagai seorang yg dungu atau kurang berpengetahuan kerana tidak mengetahui perkara yg dianggap ‘biasa’ kepada semua orang.
Namun saya memberi amaran agar anda tidak mengaplikasikan jawapan begini dalam semua keadaan dan cuaca. Bukan kerana ianya tidak berkesan, tetapi tahap kesabaran penyoal kadang2 diragui utk menerima maklum balas demikian. Memercik air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
Jgn sekali si anak berkata ‘biasalah’ apabila si ayah bertanya kenapa balik hingga jam 2 pagi . Silap haribulan, anak itu dikenakan hukuman rotan di khalayak ramai oleh ayahnya sendiri.
“ Mana bekalan air di kawasan kami yg YB janjikan 5 tahun dulu !?”, kedengaran pula satu soalan dlm satu majlis pemimpin bersama rakyat. “Biasa lah” jawab YB tu selamba. Nescaya tak lama lagi, YB tu akan kehilangan kerusinya di situ. Tak pun pada hari itu juga dia dibaling dgn kerusi !!
Haa...ada yg kata saya merapu dalam post minggu ini? Biasa laa…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
:D
Kenapa entri minggu ni lewat?
Biasalah
Hehehe
Mungkin orang yang ditanya sudah terlalu kerap menerima soalan sedemikian, sebab itulah mereka menjawab dengan seadanya. Mungkin juga si penanya yang kaki kepoh. Malas nak dilayan.
Jawapan ni diberi jika saya dah malas nak bertelagah atau malas nak berhujah panjang lebar. Cut the long story short - kata orang Jawa.
So.. biasa lah...
Hi Wan,
Thanks kerana memahami apa yg abgjas cuba kongsi..
Good points there, malas nk jawab soalan kaki kepoh, betul tu.
Err..Wan pun selalu lewat update post kan?...Err biar abgjas tolong jawab,
Biasa laaaa..
Hehehe.. minggu lepas ada masalah la abgjas.. sekarang dah lega sikit
lewat petang nanti wan update :D
abgjas,
so deep....kenapa eh..."biasa lah"
biarlah lah ia menjadi satu tanda tanya.
Boleh sesiapa berikan ungkapan lain seperti 'biasa lah' ?
No komen? Biarlah rahsia?
Aiman tak kisah?
Entahlah AbgJas. Tak terpikir pulak jawapan lain. Tengoklah nanti kalau teringat kita bagitau.
Hehehe.. banyak lagi jawapan standard yg ada kan?
Post a Comment