Rasanya sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, penyampaian blog saya agak serius. Umpama melukis kartun, part yg paling payah ialah memasukkan unsur humor dan ‘punch line’ nya. Hmm..saya akan terus mencuba ...
Ketika mula2 berkunjung ke blog rakan baik saya Greeny, antara persoalan yg dibangkitkan ialah, wujudkah kehidupan selepas mati memandangkan sudah ramai org yg mula tidak mempercayai Tuhan.
Is there life after death? To answer to this question, it depends whether u believe in God or not, but I'm definitely sure u do. Then the anwer is yes. Such a perfect creation like us can't just go mati katak.
Jawapan saya waktu itu ringkas saja, ‘ya’. Namun begitu, saya ingin memanjangkan sedikit lagi hal mati katak ni.. ye lah takkan standard kita standard katak saja kan?
Semakin tinggi kononnya ilmu sains yg mereka ada, semakin tipis keyakinan mereka terhadap kewujudan Tuhan. Pelbagai hukum dan teori semula jadi dikatakan meriwayatkan alam ini. Teori Big Bang, Hukum Newton, Teori Relativiti, Hukum Kepler dan macam-macam hukum lagilah. Paling tidak kata Albert Einstein – saintis unggul abad 20 –Tuhan mungkin melontar dadu tetapi tidak berupaya menentukan nombor berapa yg akan muncul! Subhanallah!!
Bagi orang Islam, iman lah satu-satunya benteng kukuh untuk tidak terjebak dgn dakyah sebegini. Percaya kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat merupakan sebahagian drpd rukun Iman yg wajib dipatuhi.
Lantas, apa jadi andainya tiada kehidupan lain selepas ini? Dunia ini lah tempat pertama dan terakhir kita? Tiada Syurga,tiada Neraka?
Saya bertanggapan, 2 keadaan ekstrim berikut akan berlaku:
Pertama – jika kita dilahirkan dgn cukup segala sifat sebagai seorang yg sempurna fizikal dan mental, ditambah lagi lahir dlm keluarga berada, maka pasti kita akan hidup sepuas-puasnya mengikut nafsu. Beraja di mata bersultan di hati, membujur lalu melintang patah. Reta orang, reta aku ; Bini orang bini aku !!Ye lah.. hidup hanya sekali, bukannya ada dosa dan pahala yg membatasi perlakuan kita kan?
Kedua – jika keadaan sebaliknya berlaku, lahir dengan segala kekurangan, kurang upaya, rupa tiada, hartapun kurang dipakej pula dgn pelbagai penyakit kronik, maka bagi saya lebih baik mati daripada hidup. Ye lah… buat apa hidup kalau menanggung derita, menanggung sengsara, susah lagi menyusahkan orang?
Dalam keadaan demikian, tidakkah nanti kita semuanya ibarat haiwan? Saya kata, bahkah lebih teruk daripada itu. Dgn adanya akal dan nafsu bersatu (pontianak harum..), kekejaman yg mampu dilakukan oleh manusia tidak akan tertanding oleh haiwan.
Dan tidak pula pernah ada mana-mana haiwan, 'kerbau pendek' misalnya, membunuh diri kerana kecewa tidak dilahirkan sebagai 'kerbau yang panjang' kan?
Maka itu, kehidupan seterusnya harus wujud untuk menebus segala ketidakadilan dan ketidakwajaran di dunia.
Adil kah dunia ini apabila rakyat Palestine sentiasa jadi mangsa buli Israel dan Amerika? Patutkah orang yg hidup bergelumang dgn rasuah, penipuan, penindasan, dapat hidup mewah berkereta mercedes sementara kita yg berkerja dgn tekun dan tawadhuk hanya mampu bermotosikal tak pun berkancil?
Wajarkah Fazley yg menaruh hati dgn Siti, namun Dato’ K yg dapat? Apakah gelaran Dr. tiada makna jika dibandingkan dgn Dato' lagi jutawan? Ooops…Yang Arif, saya tarik balik ayat terakhir saya tadi..
Maaf kepada anda semua, bukan saya bermaksud tidak redha di sini. Sekadar mengutarakan bertapa janggalnya kehidupan kita jika tiada kehidupan akhirat.
“Ular oh ular kenapa kau makan katak?”
“Macam mana aku tak makan, memang makanan aku…
MEMANG makanan aku…”
JUST WONDERING..
If there was no life after death, what kind of life would it be on this Earth? Better off ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
abgjas,
there's something special about you.
You are always been very deep and your thinking is very universal. You raised interesting issues and very opened about it.
How I wished that we can sit down and talk about life and death and many other issues over coffee at Coffee Bean or Starbucks.
I am game!
Starbucks and Coffee Bean..ehmm why not Kopitiam :P it's cheaper too.
abjas,sejak akhir2 ini saya asyik ingatkan kematian.Kadang-kadang risau difikirkan tentang ilmu dan ibadat saya :)saya takmau mati katak!!
Saya pernah membaca satu artikel tentang kematian tapi saya tidak pasti agama atau kepercayaan apa.Bagi mereka ini tiada syurga atau neraka.yang pasti lepas mati masuk lubang hitam.Itu sahaja.Tak ke kesian macam tu.
Hello~!
I'm kylin ^________^
Hehe,I have been in my new college~!
And I'm very happy that you look me as your friend~~~!!!!!!
^____________^
very happy
Hi Greeny,
Well, it looks that we have a list of things-to-do-together ya Greeny; Eat nasi jenangan, watch 'gubra' and the latest, drink coffee at Coffee Bean.
How I wish i had that chance also. Let's not give up hope lah..
Hi Marina,
Ingatkan kematian !? Bagus tu, tp jgn smpi mengabaikan tanggung jawab kita di dunia kn?
Tingkatkan saja amal makruf dan nahi munkar dari masa ke masa, InsyaAllah semuanya selamat - amin.
Hi Kylin,
Nice to have u here. I hope your college life will be wonderful
salam abgjas..
Dalam zaman orang semakin bijak dan pandai ini, ramai yg lupa bahawa Allah itu Maha Kaya..lantas ada yg berfikir secara logik akal dan pandai berteori sendiri sehingga ada yg berani menagatakan bahwasanya Quran sudah tidak sesuai dgn peredaran zaman.
lantas ada yg mencadangkan Quran ditafsir semula. ini bahayanya apabila ada yg terlalu bijak berteori secara logik akal.
maka timbullah isu pluralisme, doktor & ubatnya yg menyembuhkan penyakit, mengeluh apabila turun hujan...dan sbgnya yg menjurus kepada mengikis ketauhidan kita kpd yg Maha Berkuasa..
walluha'alam..
Hi Deanz,
Dalam kita memahami kejadian alam ini, kita disarankan menggunakan dalil aqli dan dalil naqli kan?
Namun penggunaan akal harus berlandaskan ilmu bersalut iman, agar tidak sesat. Lantaran, akal kita maha daif utk mengerti semua kebesaran Tuhan dan makhluk2nya.
Di situ lah perlunya Al-Quran.
Maknanya, Al-Quran relevan sepanjang zaman, hanya kpd mereka yg beriman.
Hmm..mengeluh apabila hujan/panas?
Cobaan...
*ketok*ketok*
errr..nak join gak kak marina,cik raksase ijo gi melepak sembang kat kedai kopi!!!nnt sy duk dendiam je...sy kaco akak marina je..tamo kaco raksase ijo..nnt die jd besar cam hulk hogan...:p
what`s gonna be life after death without `akhirat`?
hehehe..klo camtu,manusia neh xde satu tujuan/matlamat dlm dunia ni...xde sbb la manusia nak buat baik,kebajikan,amalan,dan rasa takut pada tuhan dgn balasan yg dijanjikan bila ingkar...
mcm mati katak(peribahasa melayu)...mati meninggalkan dunia tanpa apa2...
kesian...
err..abg jas...bleh terima x opinion sy neh...ngahaha...nyebuk je sy membebel kat sini..
Thank you very much~!
I will take good care of myself~!
And I believe that I can make friends with my classmates~!
I'm a happy girl,I can forget the sad things as soon as possible~!
Now I'm a little better.
Yes,I've never far from my family yet.But I'm very strong ^____^
And I will take more attentions in my study~!
Thank you ^__________^
Hi Err..quek,
Gembira atas kunjungan. Abgjas pun setuju benar dgn komen err..quek tu. Sekurang2nya kita tahu, hidup kita tak sia2 di dunia ni kan?
Thanks daun keladi, lain kali komen lagi..
Post a Comment