Rasanya tidak terlewat utk saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 49, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Namun kadangkala masih tertanya-tanya di dalam hati, sebesar mana kecintaan kita terhadap negara ini. Ketika tanggal 31 Ogos menjelma, apakah muncul perasaan bangga, cinta, syukur, insaf dalam sanubari setiap kita, atau sekadar perasaan yg biasa-biasa saja?
Saya tak pasti , tetapi semacam ada kelesuan dalam sambutan kemerdekaan tahun ini. Yang banyak hanyalah acara2 hiburan dan konsert di sana sini. Saya tak nampak apa2 kaitan konsert dgn kemerdekaan. Mohon kalau ada yg sudi menerangkan.
Apabila ada saranan utk mengibarkan bendera , ramai pulak yg berhujah, kemerdekaan itu bukanlah semata2 mengibarkan bendera. Dan pertanyaan mereka lagi, tak merdeka kah kita jika tidak mengibarkan bendera? Dek yakin dgn hujah tersebut maka tiadalah Jalur Gemilang terpacak di mana2 premis dan kenderaan mereka walaupun sebatang!
Hmm..agaknya semasa Aidilfitri nanti tak payahlah mereka berpakaian baru kerana tak semestinya menyambut Hari Raya dgn pakaian baru kan?
Bagi saya, mengibar bendera dan apa2 juga bentuk kempen sempena hari kemerdekaan, merupakan ekspresi perasaan bangga, syukur, insaf yg saya nyatakan awal tadi. Bagi mereka yg tiada perasaan seumpama itu, akan melihat semua kempen kibar bendera, konvoi, mengecat premis, acara baca puisi itu misalnya, sebagai perkara sia-sia. Saya tidak mengecualikan acara2 berbentuk keagamaan dlm hal ini.
Kadangkala saya cemburu dgn semangat patriotik rakyat negara jiran kita Indonesia yg begitu menebal. Ketika kita tercari-cari nama yg sesuai untuk bendera kita, mereka sudah lama memiliki ‘Sang Saka Merah Putih’. Mungkinkah semangat ‘negara bangsa’ sudah berjaya diterapkan dalam minda rakyatnya? Megah dgn ‘bangsa Indonesia’.
Kita? Bahkan ada yg memperlekeh irama lagu ‘Negara ku’ dan menggesa corak Jalur Gemilang direka semula, setelah begitu mantap selama 49 tahun!
Hal ini barangkali akibat keselesaan hidup yg kita nikmati, telah menjadikan kita alpa dan memandang mudah kemerdekaan negara kita sendiri.
“Kerana mu kami hidup selesa, limpah budi kemakmuran negara…”
Saya tak fikir banyak negara lain, layak menyanyikan lagu seperti di atas. Bayangkan saja seorang penduduk Ethiopia atau Sudan menari2 sambil menyanyikan lagu ‘Kerana mu Somalia’ dgn mengekalkan lirik yg ditulis oleh SISO itu. Pasti org lain yg mendengarnya menganggap dia berdelusi kerana terlalu lapar!
Kalau Amerika Syarikat ada ‘astronaut’ dan Russia ada ‘cosmonaut’, tak lama lagi kita akan ada our very own ‘angkasawan’.
Dalam banyak hal, kita kini berdiri sama tinggi dgn bangsa2 lain di dunia.
KERANA MU, MALAYSIA…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
- kontroversi lagu negaraku membuatkan rentak lagu ni ditukar bbrp kali
- lagu 31 ogos jadi lagu 21 ogos
- asik konsert, konsert, konsert
- lepas merdeka n 13 Mei, kita (bolehlah) aman tanpa sbrg rusuhan kaum n ancaman luar (tolak kes DSAI). jadi anak muda sekarang tak pernah rasa susahnya mengecap kemerdekaan sebenar n tak rasa sayang tanahair pon.
Hi Wan,
Abgjas rasa kontroversi lagu Negara ku perlu ditamatkan serta merta. Lagu tu dah diterima baik selama ini. Tk perlu diungkit kisah silam yg tiada manfaatnya.
Setuju, keamanan kita adakalanya melekakan. Semoga Tuhan tidak menghantar bala tentera asing utk menyedarkan kita akan erti kemerdekaan.
abgjas,
TAHNIAH!
a) Merdeka,
b) Dr. yg akan ke Space next year,
c) dan lain lain lagi hehehe
Salam hurmat.
salam abgjas,
Mungkin dgn cara berpesta flora ini dapat membuktikan bahawa kita sangat menitikberatkan kesinambungan semangat patriotisme di kalangan rakyat, terutama generasi muda. (?)
agaknya la..
Saya sebenarnya risau.Risau kalau kemerdekaan ini akan 'ditarik' olehNYa sebab kealpaan kita.huhu.Minta-minta janganla..Tak tahu mana nak lari nanti.
Hi Greeny, Deanz n Marina,
Kemerdekaan itu umpama Malaysia's Book of Records', kerana tak banyak benda hebat yg mampu diisi, maka isi lah dgn yg entahapa-apa...
Post a Comment