Wednesday, March 01, 2006

Lefthanded I

Kalau di Malaysia, nama Lefthanded pastinya dikaitkan dgn nama kumpulan rock yg cukup popular disekitar tahun 80-90an dan Man Kidal akan diingati kerana kehebatan beliau bermain gitar – dgn tangan kidal!

Bagai mana kalau saya katakan 'Dunia ini dicipta untuk orang tangan kanan?'. Mungkin kenyataan ini tak tentu benarnya, tapi biarlah saya membebel buat seketika.

Saya juga kidal yakni cenderung melakukan kerja dgn tangan kiri. Dari segi adab mahupun sunnahnya, pastinya bertentangan dgn kebiasaan. Lazimnya kita diajar utk memulakan kerja dgn tangan kanan, melangkah dgn kaki kanan dsb. Secara sedar atau tidak kadangkala wujud diskriminasi dlm perkara sekecil ini.

Sering sangat saya dengar ungkapan 'maaf,tangan kiri' apabila seseorang menghulur sesuatu kpd saya menggunakan tangan kiri. What's wrong with that!

Kidal sebenarnya wujud apabila hemisfera otak kanan lebih dominan berbanding kiri. Secara saintifiknya otak kanan mengawal pergerakkan bahagian tubuh sebelah kiri. Justeru kalau kita lontar bola kat orang kidal, pasti dia tangkap dgn tangan kiri. Kalau tangkap dgn tangan kanan, dia sedang mengada ngada namanya tu…

Kenyataan tadi 'Dunia ini dicipta utk orang tangan kanan' maksudnya begini:
Sedang saya menaip blog ni, saya mengimpikan utk menekan butang 'enter' di sebelah kiri, tapi tengok2 butang tu tak de…hu..hu..

7 comments:

Anonymous said...

hi abg jas...
almost all things sy buat guna tangan kiri...
tapi bila dikaitkan dgn sukan, sumo sy buat guna tangan kanan...netball, basketball, badminton, bowling, etc..
so, tu consider lefthanded ka juga tu??

-yg ingin tahu-

AbGJaS said...

Hi kpd anda (siapa ye?) juga. Thanks kerana singgah ke blog Abgjas.

Ish..unik pulak anda ni. Bagaimana dgn menulis? Apa yg abgjas maksudkan kidal tu, kecenderungan semula jadi. Tetapi melalui latihan yg berterusan, kecenderungan tu boleh diubah.

Abgjas rasa anda lefthand sbb hmpir semua guna tangan kiri kecuali sukan. Aktiviti sukan memang boleh dilatih..

Lil Noorie berkata said...

hehe noor tingin nak kidal masa kecik2 sebok nak try kidal nulis kidal tapi xleh hehe makanya noor berhenti berharap nak jadi kidal :P huk2

AbGJaS said...

Hi Noor, jumpa lagi. Teringin jd kidal? First time abgjas dgr tu... ada button badge berbunyi It's fun to watch them write.. ha..ha..

Hi r3dpanda, salam perkenalan.
Ada poin tambahan nampaknya, thanks! Continue reading Lefthanded II..

hitomi said...

akum...
sy pon lefthanded jugak...hampir sumo benda sy buat guna tangan kiri...
tapi still bulih guna tangan kanan tuk several things, mcm saudari/saudara ingin tahu tu juga...apa jak jenis sukan sy guna tangan kanan...
tapi yg best kalo dalam lab, tgh buat eksperimen bedah membedah, dua2 tangan pon bulih guna in the same time...tangan kanan pegang gunting, tangan kiri pegang pisau... ;)
betapa uniknya ciptaan tuhan...hehehehhe

Anonymous said...

Hi Hitomi,
Best jugak jadi one of those selected few kan?

Anonymous said...

Excellent, love it! Festina watch f15 os 80 wedding+rings http://www.acuvueprescription.info uk cialis sales web marketing software 20 dimesional management training the most beautiful milfs peg perego infant car seats does mac cosmetics test on animals Seat covers for 1993 grand am Bulk download email free ware Tweak2k ppc

Free Hit Counter