Malam Sabtu lepas, saya berkesempatan sedikit mengikuti rancangan ‘Zoom in’ bersama Ramli Sarip, Zubir Ali dan Kopratasa. Sebaik mengetahui ketiga nama tersebut, saya terus buat keputusan utk menontonnya sehingga tamat.
Saya memandang tinggi mereka ini sejak zaman saya bersekolah lagi. Mereka bukan bergelar ustaz ataupun lebai, tapi bagi saya, mereka juga pendakwah. Berdakwah menerusi lagu-lagu mereka dengan cara sendiri. Adakalanya audien mereka mencecah jutaan manusia.
Mereka menyampaikan mesej kemanusiaan, kehidupan, ke Tuhanan menerusi lagu2 mereka. Seingat saya Zubir Ali cukup sinonim dgn lagu2 seperti Doa, Penantian; Kopratasa dgn Permata, Tetamu Senja (saya pernah sentuh dlm blog saya sebelum ini); Dan Ramli Sarip, yg sering saja manghasilkan lagu2 hebat seperti Kau Yang Satu, Perjalanan Hidup dll.
Saya kira Ramli Sarip mempunyai nama yg paling besar di kalangan mereka. Sebab itu pada mulanya, saya agak terkilan apabila beliau setuju menjadi Pengetua AF4. Pendapat saya, Ramli Sarip perlu mengasingkan diri drpd program2 sebegitu. Namun Ramli tentunya lebih bijak dlm membuat keputusan. Sebagai pendakwah, mungkin beliau memegang prinsip ‘mendekati bukan menjauhi’ dalam menjalankan misi dakwahnya.
..dan dalam banyak2 lagu malam itu, saya cukup terkesan dgn lagu Perjalanan Hidup.
Saya sertakan liriknya di bawah utk kita hayati bersama
PERJALANAN HIDUP
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Dr.Wan Zawawi
1987
Sehingga minggu hadapan, salam Ramadhan utk semua.
JUST WONDERING…
In Islam, it’s clearly stated that our principal purposes of living in this world are to serve God (Al-Quran 51:56) and to rule in order to prospher the Earth (Al-Quran 2:30).
How about from the other religions’ point of view?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
abgjas,
pada sy, lagu yg amat berkesan adalah lagu nasyid dari Aljawaher dan M Nasir...tak tahu tajuk tapi lirik dia sikit sikit tu boleh jugak sy ingat. Ha camni (dalam maknanya)
"Urusan ku belum selesai selagi belum ku temui sinarnya,
Hendaknya dalam perjalanan ini kau bekalkan ku alfateha...
best lagu tu, boleh buat sy sendu seketika.
Hi Greeny,
Rasanya abgjas tahu lagu tu.. sama popular dgn lagu 'Kembara di Tanah Gersang' kan?
Waktu tu lagu2 Al Jawaher memang best sbb dpt sentuhan M.Nasir..
Lagu2 begini, ADA KALAnya lebih berkesan dn menyentuh perasaan berbanding mendengar ceramah agama secara langsung.
abgjas ku,
you have to copy the link and paste onto your template right at the bottom of the templare.
Then abgjas go to search for the music in this link:
http://www.hivolos.com.cy/midi/
Special thanks to semutapi kerana beliau lah yang mengajar saya.
PS: abgjas, I cannot place the link for the music here, maybe I can email you the step by step instructions. So email me first.
mojiah709@hotmail.com
Suka lirik Abiet G Ade. M Nasir punya lagu2 lama OK jugak.
p/s: sampai minggu depan, ke mana yek tuan blog nie?
Salam Abg jas,
Berdakwah melalui puisi yang di lagukan adalah satu pendekatan yg patut di puji..apa yg pentingnya kita perlu menghayati serta memahami liriknya..
Selain Ebiet G Ade, di Indonesia juga ada Iwan Falls yg kebanyakan lagunya ada mesej kemasyarakatn, ketuhanan dan kemanusian..
Selamat berpuasa.. sekian..
Hi Greeny,
Berbanyak2 terima kasih atas penerangan 'b/ground music' tu. Insyaallah, nanti abgjas cuba.
Wah! Nampaknya abgjas dah 'termakan' umpan yg abgjas letak sendiri..just wait for my soon-to-come email.
Hi Wan dan Deanz,
Apabila Wan dan Deanz menyebut nama Ebiet G.Ade, menunjukkan Abgjas tak berseorangan menggemari lagu2 puisi, sekurang2nya dlm lingkaran kita2 di sini.
Beliau nama besar di seberang. Lagu yg paling abgjas suka adalah 'Kamelia' dan 'Berita Kepada Kawan'.
M.Nasir tak perlu dihujahkan lagi. Terus terang, abgjas lebih sukakan lagu2 beliau sewaktu zaman Kembara, Alleycats, Flybaits dll.
Hmm..agak nostalgic bunyinya. Harapnya Wan dan Deanz dpt menyelami fikiran abgjas yg sedang menerawang ini...
Gugusan hari2 indah bersamamu...
Kamelia....
Hi abgjas,
pagi-pagi menangkap ikan,
ikan ditangkap mengunakan jala,
yang bersinar tak semestinya intan,
tak semua intan disangka kaca.
selamat berpusa...dah lima hari ya kita beribadah puasa.
Hi Greeny,
Dalam maksud pantun greeny tu. Part yg akhir
'tak semua intan disangka kaca'
apa gerangan maksudnya?
hai abgjas
wah, besh arr topik..heheheh..walaupun saya masih muda, tapi masa kecik, saya telah dibesarkan dibawah lingkungan muzik al jawaher, kopratasa n m nasir. ebiet g ade pun best juga. masa skrg saya ada jumpa member yang sama citarasa dan merupakan supplier lagu2 lama kepada saya. seperti abgjas, saya juga terkeciwa apabila m nasir menjadi pengetua AF kerana saya sendiri tidaklah berapa gemar program realiti tersebut..saya baru jer abis menaip blog saya..satu topik lama, yang berlingkar2 dalam idup saya.
Assalamualaikum abgjas,maaf lama menyepi sebab sibuk dengan tesis.
selamat berpuasa ye.
Saya minat kopratasa masa kecil-kecil dulu sebab lirik dan melodinya yang amat bererti. Susah nak cari lirik2 lagu yang mempunyai maksud mendalam sekarang ni.
Hi Arisa,
Slmt bertemu kembali..lama tak jumpa kan? Wah! rupanya Arisa juga berkongsi meminati lagu2 puisi ni ya..kalau kita berborak mesti panjang punya.
Nanti abgjas singgah ke blog Arisa. Hehe..Arisa muda lagi? Abgjas pun..uhuk..uhuk.
Hi Munshi,
Abgjas faham situasi Marina tu. Study comes first.. Boleh abgjas tahu tajuk tesis?
Abgjas setuju, susah nak dapat lirik yg indah/bermutu/mendalam utk difikir2 dan dihayati sekarang ni.
'Masih kah kau ingat, kita berlari2, di kaki langit mencari pelangi..'
Terima kasih abgjas sebab doakan untuk saya.Huhu..terima kasih banyak-banyak.Lagu yang abgjas tuliskan lirik tu memang masih terngiang-ngiang di telinga ni..hehehe
Tajuk tesis saya adalah "C-glikosida sebagai analog antibiotik Angusiklina"
masa dah terhad sebab banyak sgt sintesisnya.Orang lain dah mula tesis bulan lepas saya masih terkial-kial last minute.hehehe..berserah jerlah.Tapi hopefully saya bagi the best shotlah kan..InsyaAllah.
Hi Marina,
Mari kita sama-sama aminkan kejayaan Marina.
Thanks Marina, kerana bagitau tajuk tesis tu. Err..walaupun dlm BM, abgjas tetap tak faham juga apa isi kandungnya. Malah part yg hujung tu macam Angelina Jolie saja bunyinya...huhu tak pe lah tu.
Post a Comment