Salam mesra..elehh macam berita RTM pulak.
Entri kali ini merupakan rentetan kepada peristiwa tragik kira-kira 2 bulan lepas, di mana blog saya telah di tag oleh blogger Wan , isk..isk..isk. Beliau telah meminta saya menulis mengenai 6 perkara pelik mengenai diri saya.
Malangnya, hingga kini saya belum bertemu sedemikian banyak hal pelik/aneh tersebut.
Mungkin kerana saya ni orang ‘biasa-biasa’ saja. Namun saya kuatkan juga untuk menulis kerana selagi ianya belum terlaksana, saya seumpama menanggung hutang yg tak sudah kpd Wan….tak baik menanggung hutang lama- lama tau i.e hutang bank, hutang finance, hutang kawan, hutang PTPTN, hutang MARA, hutang along, hut…. ooppss..sorry terlebih2 pulak.
Untuk Wan, anggaplah saya tak mempu menjelaskan kesemua hutang saya itu. Saya hanya mampu menyediakan 2 perkara dan mohon supaya dihalalkan 4 yang lain. Boleh ye Wan?
Justeru ikutilah 2 perkara pelik mengenai saya:
PELIK #1
Saya perlukan suasana yg cukup sunyi (ke tahap 99%!) untuk membolehkan saya tidur. Maknanya segala rupa bentuk bunyi perlu dihapuskan seperti suara orangg berbual, bunyi televisyen, radio, bunyi orang berdengkur sehinggalah ke tahap bunyi detik jam!! Tik..tik..tik… dengan itu, jam ‘kukoo’ atau jam ‘ding-dong’ tidak dibenarkan hadir di rumah saya sama sekali.
Semasa kecil dahulu, masalah besar yg paling tidak digemari setiap kali bermalam di rumah nenek, adalah ‘sukar-tidur-di waktu-malam-sebab-ada-jam-dinding-yg-setiap-jam-berbunyi- ding-dong-mengikut-waktunya’. Bayangkan tatkala pukul 12 malam, maka jam akan berbunyi 12 kali memecahkan kesunyian, dan di situ jugalah mata saya akan terkebil2 ketika org lain lena dibuai mimpi. The worst part? Saya pun menangis sampai mak terbangun….hey..hey…hey…tu masa kecik laa!!
Traumanya masih terasa hingga kini…huhu..
PELIK #2
Seringkali apabila saya terfikir akan sesuatu maklumat (selalunya berkenaan agama), maka tanpa perlu saya berusaha mencari, maklumat itu akan datang kepada saya menerusi perbagai bentuk.
Misalnya, sekiranya saya terlupa apakah 3 perkara yg dimaksudkan dalam hadis Nabi S.A.W , “Terputuslah amalan anak Adam apabila matinya, melainkan 3 perkara..”; Maka dalam 2-3 hari saya akan menemui jawapannya menerusi bahan bacaan, radio, televisyen perbualan dgn rakan2 dll. tanpa perlu berusaha mencarinya.
Hal ini saya sedari sejak beberapa tahun lepas. Dan paling terbaru, ketika menulis entri ‘Sudirman’ dalam post sebelum ini, saya tertanya-tanya siapakah yg mencipta lagu dan lirik lagu ‘Jauh Di Sudut Hati’. Maka tak semena-mena, di suatu petang, saya terdengar lagu berkenaan diputarkan di radio dengan dinyatakan sekali pencipta lagunya - Othman Ahmad dan penulis liriknya Habsah Hassan.
Cuma ingin ditegaskan, hal ini hanya berlaku untuk maklumat yg tidak mendesak dan timbul secara semula jadi, serta tiada hambatan masa utk saya mendapatkannya. Kalau nak cepat, memanglah kena cari sendiri -yang bulat takkan datang bergolek..
Jika ditanya apakah ini ‘Suratan atau kebetulan’? Saya positif jawapannya suratan!!
Haa..itu sahajalah nampaknya Wan.
Apanye?….tak pelik? Tu laa saya dah agak dah...