Sunday, January 21, 2007

I’M BACK..


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk semua. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua yg mengikuti blog ini, khususnya rakan2 blog kerana ‘menghilang’ dalam tempoh hampir dua bulan sebelum ini.

Bukan disengajakan namun talian TMNet di tempat saya mengalami sedikit kerosakkan. Menurut makluman, ianya berkaitan dgn masalah serantau akibat gempa bumi di luar Taiwan sedikit waktu dahulu. Alhamdulillah, talian dah kembali pulih, dan dengan itu dapatlah meneruskan aktiviti blogging seperti biasa.

Bila difikir2, banyak kali saya menghadapi masalah utk blogging ketika menjelang suasana2 besar seperti Hari Raya dan Tahun Baru. Besar hati nak berkongsi suasana dgn rakan2 blog di waktu2 berkenaan; Bertanya persiapan, azam, kenangan manis/pahit sepanjang 2006. Namun semuanya tak kesampaian… Semuanya kini dah berlalu.

Macam basi pula rasanya kalau saya nak bertanya , apa azam rakan2 semua, Greeny, Noor, Wan, Mas, Marina, Lisa, Joe, Deanz, Hani menjelang 2007? Hey…sekarang ni dah 21 haribulan lah kawan. Azam tu semua dah pun kami simpan dalam almari seperti biasa. Umpama satu tradisi, soalan yg sama akan bangkit semula menjelang 2008 nanti – InsyaAllah.

Secara umumnya, tak banyak perkara besar yg berlaku berkaitan diri saya sepanjang 2006, semuanya biasa2 saja. Dan begitulah, saya sememangnya seorang yg suka kehidupan yg rutin. Bukanlah cara saya untuk bangun pagi sambil tertanya2 apa aktiviti hari ini. Bagi sesetengah orang yg adventurous, mungkin tiada dua hari yang sama buat mereka. Ahh…terpulanglah…asal bahagia…
Sungguhpun demikian, turut bermain dalam kepala saya, seperti kata Imam Al-Ghazali, betapa kematian itu sangat hampir kepada kita. Sepanjang tahun lepas, saya kehilangan Neneknda yg dikasihi dan seorang rakan sekolah buat selama2nya. Dan awal tahun baru ini, ibu saudara saya pula telah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya. dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Entah bila pula giliran kita.

Dalam pada itu juga, saya gembira; Amat gembira sebenarnya, kerana seorang yg boleh saya panggil (dengan izin) adik, sahabat dan rakan diskusi, telah memilih agama suci Islam sebagai pegangan hidupnya pada permulaan Disember lalu. Subhanallah, sesungguhnya Allah mengurniakan hidayah kepada sesiapa yg dikehendakinya. Ketika satu dunia semacam melihat Islam sebagai agama yg menganjurkan keganasan, Nur kesuciannya masih dapat dilihat oleh mereka yg Allah buka hatinya. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ya Maisarah...

Ooops!! Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1428. Apa iltizam tahun baru? Hmm…macam pernah ku dengar soalan itu, tapi di mana ya?

8 comments:

err_quek said...

yo!wahai cik abgjas yg dirindui...
adikanda mas chomei dtg melawat ke blog mu ini skali lagik...
sesungguh nyer..
terobat la jua kerindui adikanda mu yg chomei dan dikasihi ini melihat cik abgjas telah meg-hapdet blog nyer...;p
slamat tahun baru abgjas...

shafarina said...

aduhai abgjas..

welcome back!

rasanya azam tahun ni spy menjadi insan lebih berguna.. tebalkan 'buku' dgn amal baik..

:)

-wss79-

shafarina said...

aduhai abgjas..

welcome back!

rasanya azam tahun ni spy menjadi insan lebih berguna.. tebalkan 'buku' dgn amal baik..

:)

-wss79-

shafarina said...

aduhai abgjas..

welcome back!

rasanya azam tahun ni spy menjadi insan lebih berguna.. tebalkan 'buku' dgn amal baik..

:)

-wss79-

Semut Api said...

salam abg jas..

wellcome to our colony..harap sejahtera di samping blog..

selamat tahun baru hijrah

AbGJaS said...

Hi Mas,
Cair hati abgjas membaca kata2 mu itu...menguatkan semangat utk terus berada di sini...

Hi Wan,
Ina?? Hehe..ingatkan Ina 'Mawi' yg singgah.. tp tk dpt pulak abgjas nk lawat blog baru Wan tu.. nape?

Hi Deanz,
'Colony?' Hehe..macam semut merah yg ada koloni di mana2. Salam Maal Hijrah juga.

Lil Noorie berkata said...

Assalamualaikum ;) alo abg jas kabare? noor tahun ni still tgh set apa azam yg nak di aim kan hehehe azam tahun lepas xabis lagi abg jas hehehe apa2 pon noor doakan abg jas supaya berjaya dlm segala bidang yg ingin diceburi dan sdg diceburi, berjaya di dunia dan di akhirat ameen!

AbGJaS said...

Hi Noor,
Tq kerana singgah. Abgjas masih tak dpt komen kat blog Noor. Tak tau mana silapnya. Apapun, terima kasih atas doa utk abg tu. Abgjas juga mengharapkan agar Noor rumahtangga Noor dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat - amin.

Free Hit Counter