Friday, April 06, 2007

SUDIRMAN

Malam Sabtu lepas (1/4/7), saya berkesempatan menonton Konsert Suara Hati Sudirman ….di tv laaa…

Ternyata lagu2 yg kedengaran banyak membangkitkan kenangan lalu. Saya membesar bersama lagu2 Sudirman, walaupun saya bukanlah peminat setia beliau sebagai mana saya meminati Sheila Majid waktu itu. Semasa kecil, saya hanya mendengar pelbagai rentak , pelbagai tema lagu2 Sudirman. Namun baru kini saya faham dan nampak akan besarnya jiwa beliau sebagai anak Malaysia.

Lagu ‘Punch-Card’ rupanya menceritakan senario kakitangan awam kerajaan di awal pentadbiran Tun Dr.Mahathir dahulu. Malangnya lagu tu kini dijadikan lagu latar promo ‘tandas’ pulak!!

Berbalik kepada konsert tadi, di belakang pentas persembahan terdapat skrin besar yg memaparkan klip lagu2 Sudirman yg pernah disiarkan di RTM. Kebetulannya lagu2 berkenaan hampir seiring dgn lagu yg didendangkan penyanyi2 di pentas.

Maka tanpa disedari kita berpeluang membandingkan mutu persembahan Sudirman dgn penyanyi2 di pentas !
Komen saya? Segelintir , khususnya yg berstatus ‘penyanyi2 segera’, saya anggap bagai langit dengan bumi!!! Ada yg menyanyi seperti melepas batuk di tangga. Mungkin kerana cetek pengalaman, atau sememangnya setakat itu sahaja kebolehan mereka…

Penghayatan Sudirman semasa membawa sebarang lagu sangat mendalam. Perhatikan sorotan mata dan aksi yg cukup bertenaga ketika lagu rancak seperti Chow Kit Road, Kul It dll. Sementara seluruh perasaan dicurahkan menerusi riak wajah yg penuh kedukaan ketika membawa lagu sentimental seperti Jauh di Sudut Hati, Terasing , Salam Terakhir dan yg seumpamanya.

Walau bagaimanapun, pujian harus juga saya berikan kpd Ramli Sarip. Seandainya, lagu Ayah dan Ibu serta Milik Siapakah Gadis Ini beliau rakam semula, pasti saya beli CD yg ori… yg lain tu sorii.

Sudirman bukan bergelar raja pop, raja balada, raja gelek ataupun Datuk…cukuplah kita kenali beliau sebagai penghibur rakyat Malaysia yg tulen.

Tapi bagi saya, satu perkara lain yg paling best mengenai multi-talented Sudirman ini, dia PANDAI LUKIS KARTUN !!

Di bawah ni dipaparkan lukisan kartun beliau yg masih saya simpan sejak di sekitar tahun 89/90 dahulu.

6 comments:

Azer Mantessa said...

sudirman kalau menyanyi, aku yg tgh mengantuk pun leh cengkang mata oooo ... dia mang hebat

mangosteenskin said...

pernah saya menaip sms utk abgjas ingin bertanyakan jikalau abg minat dgn lagu2 allahyarham sudir. bukan apa, ketika mendengarkan lagu2 beliau yang terbayang di benak saya adalah ttg kematian dan hasrat yg kecundang dalam hidup. membuatkan saya berfikir byk ttg diri sendiri. tapi x jd htr sms tu, terkejut jg lihat post ttg itu d cni. mgkn kita terfikir benda yg sama kot? post ni mcm menjawap pertanyaan saya pula.

Acid (mojiah709) said...

Setipa kali sy rasa rindu pada suara sudirman, akan sy mainkan cd lagu lagu syhdu beliau. boleh meremang bulu tangan kerana suaranya yg amat unique tak ada siapa yg boleh mengantikan beliau.

AbGJaS said...

Hi Azer n Greeny,
Kelebihan Sudir adalah pada penghayatan, kreativiti dan komitmen beliau - itu yg menjadikan beliau hebat.

Hi Mangosteenskin,
Abgjas happy dpt komen ni, more to come i hope so.

Sbnrnya masa menulis post ni abgjas dlm keadaan emosional utk menekankan kekecewaan dan kematian. Tetapi post asal telah diedit beberapa kali, bimbang org lain tak gemar membaca hal2 kekecewaan ni.

Rupanya kita masih bertanggapan serupa dlm byk perkara...

AbGJaS said...

One of my favourites;

JAUH DI SUDUT HATI

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

mangosteenskin said...

sememangnya lagu2 sudirman adalah dari jenis yang penuh beremosi. when it comes to sad songs, it's not just an ordinary sad song. it's melancolic. berserah dan mengalah pd takdir walau masih menyimpan harapan.

sesetengah perkara yg kita katakan ketika hidup tidak diendahkan oleh org di sekeliling kita, dan satu waktu akan kita tinggalkan kata2 itu utk difahami. people can take foverer to understand wat we want to say but then it doesnt matter anymore. segala perbuatan kita hanya berharga setelah kita tiada.

Free Hit Counter