Monday, April 23, 2007

2 YANG PELIK ??

Salam mesra..elehh macam berita RTM pulak.

Entri kali ini merupakan rentetan kepada peristiwa tragik kira-kira 2 bulan lepas, di mana blog saya telah di tag oleh blogger Wan , isk..isk..isk. Beliau telah meminta saya menulis mengenai 6 perkara pelik mengenai diri saya.

Malangnya, hingga kini saya belum bertemu sedemikian banyak hal pelik/aneh tersebut.
Mungkin kerana saya ni orang ‘biasa-biasa’ saja. Namun saya kuatkan juga untuk menulis kerana selagi ianya belum terlaksana, saya seumpama menanggung hutang yg tak sudah kpd Wan….tak baik menanggung hutang lama- lama tau i.e hutang bank, hutang finance, hutang kawan, hutang PTPTN, hutang MARA, hutang along, hut…. ooppss..sorry terlebih2 pulak.

Untuk Wan, anggaplah saya tak mempu menjelaskan kesemua hutang saya itu. Saya hanya mampu menyediakan 2 perkara dan mohon supaya dihalalkan 4 yang lain. Boleh ye Wan?

Justeru ikutilah 2 perkara pelik mengenai saya:

PELIK #1

Saya perlukan suasana yg cukup sunyi (ke tahap 99%!) untuk membolehkan saya tidur. Maknanya segala rupa bentuk bunyi perlu dihapuskan seperti suara orangg berbual, bunyi televisyen, radio, bunyi orang berdengkur sehinggalah ke tahap bunyi detik jam!! Tik..tik..tik… dengan itu, jam ‘kukoo’ atau jam ‘ding-dong’ tidak dibenarkan hadir di rumah saya sama sekali.

Semasa kecil dahulu, masalah besar yg paling tidak digemari setiap kali bermalam di rumah nenek, adalah ‘sukar-tidur-di waktu-malam-sebab-ada-jam-dinding-yg-setiap-jam-berbunyi- ding-dong-mengikut-waktunya’. Bayangkan tatkala pukul 12 malam, maka jam akan berbunyi 12 kali memecahkan kesunyian, dan di situ jugalah mata saya akan terkebil2 ketika org lain lena dibuai mimpi. The worst part? Saya pun menangis sampai mak terbangun….hey..hey…hey…tu masa kecik laa!!

Traumanya masih terasa hingga kini…huhu..

PELIK #2

Seringkali apabila saya terfikir akan sesuatu maklumat (selalunya berkenaan agama), maka tanpa perlu saya berusaha mencari, maklumat itu akan datang kepada saya menerusi perbagai bentuk.

Misalnya, sekiranya saya terlupa apakah 3 perkara yg dimaksudkan dalam hadis Nabi S.A.W , “Terputuslah amalan anak Adam apabila matinya, melainkan 3 perkara..”; Maka dalam 2-3 hari saya akan menemui jawapannya menerusi bahan bacaan, radio, televisyen perbualan dgn rakan2 dll. tanpa perlu berusaha mencarinya.

Hal ini saya sedari sejak beberapa tahun lepas. Dan paling terbaru, ketika menulis entri ‘Sudirman’ dalam post sebelum ini, saya tertanya-tanya siapakah yg mencipta lagu dan lirik lagu ‘Jauh Di Sudut Hati’. Maka tak semena-mena, di suatu petang, saya terdengar lagu berkenaan diputarkan di radio dengan dinyatakan sekali pencipta lagunya - Othman Ahmad dan penulis liriknya Habsah Hassan.

Cuma ingin ditegaskan, hal ini hanya berlaku untuk maklumat yg tidak mendesak dan timbul secara semula jadi, serta tiada hambatan masa utk saya mendapatkannya. Kalau nak cepat, memanglah kena cari sendiri -yang bulat takkan datang bergolek..

Jika ditanya apakah ini ‘Suratan atau kebetulan’? Saya positif jawapannya suratan!!


Haa..itu sahajalah nampaknya Wan.
Apanye?….tak pelik? Tu laa saya dah agak dah...

14 comments:

shafarina said...

AbgJas, sekurang-kurangnya buat tag ni dah cukup buat sy terharu :)

Cuma, pasal #2 tu kan, saya pun camtu ler lebih kurang. Selalu kan, macam2 hal jadi bila nak exam mcm famili demam ke apa ke sampai tak sempat baca buku, tapi bila jawab xm selalunya jawapan tu keluar cam air. Rezeki saya kot selalunya. :)

err_quek said...

seb baik kita bukan adek beradek ek abg jas..klo x mesti sy kene ketok pale ngan abgjas sbb saye suke bising2...br meriah..:p

pB said...

pelik bin ajaib

Mutawwifah Maisarah said...
This comment has been removed by the author.
Mutawwifah Maisarah said...

x tau pulak abgjas ni elergik bunyi2an. taim tidur hp off lah tu...

AbGJaS said...

Hi Wan,
Lega krn Wan terima yg seadanya..kira halal laa tu kan?
Hebat Wan ni, tk baca boleh jwp exm...hehe..kira 'gifted' la tu!

Hi Mas,
Jgn risau Mas, kalo kita adek beradek pun, abgjas x marah punya.
Mas bising2 lah..tak pe..tak pe..

Hi pB
Salam perkenalan n terima kasih krn sudi singgah. Sat lg abgjas akan hop ke blog anda. Siapkan saja kopi secawan :)

Hi Mangosteenskin,
Pasal hp tu, memang betul sekali. Sedang dlm 'silence mode' pun abgjas boleh dgr.. memang off hp.
Tp Mangosteen tau kan abgjas selalu tidur jam berapa...trick nya? Bagi org lain tidur dulu..hehe..

pinky said...

allo...i'm bloghopping and i find this blog is really interesting..hope to be ur friend :)

AbGJaS said...

Hi Pinky,
Nice to have u. We're friends then.. :)

avie eicca said...

Abg jas macam mak saya.Tak boleh bunyi sedikit pun..tapak kaki orang berjalan pun boleh menggerakkan mak saya. Kesian kat mak saya...Sebab saya suka kunci jam pukul 5 pagi atau 4. Konon nak belajarla last2 mak saya yang bangun bukan saya..sekrang saya tak buat dah perangai macam tu..kesian kat mak..kalau dah bangun tak boleh tidoq dah.

AbGJaS said...

Hi Marina,
Abgjas happy dpt komen Marina semula...slmt kembali.

Hmm..betul tu Marina. Tp baik jg kan? Boleh cpt2 jaga klu brlaku perkara2 x baik..

Acid (mojiah709) said...

abgjas....abang.....jas.....

coretan abgjas pasai jam dinding tu amat serupa kerna sy jadi phobia tidoq kat rumah mak ssy di kampung di parit mahang.

jam dinding rumah beliau tu akan berbunyi di setiap jam (every hour). sy jadi traumatik dan rasa terganggu hingga susah untuk melelapkan mata.

yg kelakaunya, bila batteri jam tu flat sikit, bunyi nya macam kucing jantan mengiau ngiowwwwwwww

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Haa..tu la kan? Trauma sungguh rasanya. Tp ada jg yg 'tidur mati', waimah bunyi siren, dengkur tetap maintain..

avie eicca said...

Saya jenis tidur mati dan mudah tidur. Di sekolah dulu pun, kalau subjek sastera english pasti saya tertidur.Nasib baik dok belakang kelas..hehe dan menghalan muka saya dengan buku sastera BI yang amat memboringkan.

AbGJaS said...

Hi Marina,
Gamaknya, org yg mudah tidur ni lebih sihat kn? Sebab dpt tidur yg padat (solid) walaupun sekejap..

Free Hit Counter