Monday, April 23, 2007

2 YANG PELIK ??

Salam mesra..elehh macam berita RTM pulak.

Entri kali ini merupakan rentetan kepada peristiwa tragik kira-kira 2 bulan lepas, di mana blog saya telah di tag oleh blogger Wan , isk..isk..isk. Beliau telah meminta saya menulis mengenai 6 perkara pelik mengenai diri saya.

Malangnya, hingga kini saya belum bertemu sedemikian banyak hal pelik/aneh tersebut.
Mungkin kerana saya ni orang ‘biasa-biasa’ saja. Namun saya kuatkan juga untuk menulis kerana selagi ianya belum terlaksana, saya seumpama menanggung hutang yg tak sudah kpd Wan….tak baik menanggung hutang lama- lama tau i.e hutang bank, hutang finance, hutang kawan, hutang PTPTN, hutang MARA, hutang along, hut…. ooppss..sorry terlebih2 pulak.

Untuk Wan, anggaplah saya tak mempu menjelaskan kesemua hutang saya itu. Saya hanya mampu menyediakan 2 perkara dan mohon supaya dihalalkan 4 yang lain. Boleh ye Wan?

Justeru ikutilah 2 perkara pelik mengenai saya:

PELIK #1

Saya perlukan suasana yg cukup sunyi (ke tahap 99%!) untuk membolehkan saya tidur. Maknanya segala rupa bentuk bunyi perlu dihapuskan seperti suara orangg berbual, bunyi televisyen, radio, bunyi orang berdengkur sehinggalah ke tahap bunyi detik jam!! Tik..tik..tik… dengan itu, jam ‘kukoo’ atau jam ‘ding-dong’ tidak dibenarkan hadir di rumah saya sama sekali.

Semasa kecil dahulu, masalah besar yg paling tidak digemari setiap kali bermalam di rumah nenek, adalah ‘sukar-tidur-di waktu-malam-sebab-ada-jam-dinding-yg-setiap-jam-berbunyi- ding-dong-mengikut-waktunya’. Bayangkan tatkala pukul 12 malam, maka jam akan berbunyi 12 kali memecahkan kesunyian, dan di situ jugalah mata saya akan terkebil2 ketika org lain lena dibuai mimpi. The worst part? Saya pun menangis sampai mak terbangun….hey..hey…hey…tu masa kecik laa!!

Traumanya masih terasa hingga kini…huhu..

PELIK #2

Seringkali apabila saya terfikir akan sesuatu maklumat (selalunya berkenaan agama), maka tanpa perlu saya berusaha mencari, maklumat itu akan datang kepada saya menerusi perbagai bentuk.

Misalnya, sekiranya saya terlupa apakah 3 perkara yg dimaksudkan dalam hadis Nabi S.A.W , “Terputuslah amalan anak Adam apabila matinya, melainkan 3 perkara..”; Maka dalam 2-3 hari saya akan menemui jawapannya menerusi bahan bacaan, radio, televisyen perbualan dgn rakan2 dll. tanpa perlu berusaha mencarinya.

Hal ini saya sedari sejak beberapa tahun lepas. Dan paling terbaru, ketika menulis entri ‘Sudirman’ dalam post sebelum ini, saya tertanya-tanya siapakah yg mencipta lagu dan lirik lagu ‘Jauh Di Sudut Hati’. Maka tak semena-mena, di suatu petang, saya terdengar lagu berkenaan diputarkan di radio dengan dinyatakan sekali pencipta lagunya - Othman Ahmad dan penulis liriknya Habsah Hassan.

Cuma ingin ditegaskan, hal ini hanya berlaku untuk maklumat yg tidak mendesak dan timbul secara semula jadi, serta tiada hambatan masa utk saya mendapatkannya. Kalau nak cepat, memanglah kena cari sendiri -yang bulat takkan datang bergolek..

Jika ditanya apakah ini ‘Suratan atau kebetulan’? Saya positif jawapannya suratan!!


Haa..itu sahajalah nampaknya Wan.
Apanye?….tak pelik? Tu laa saya dah agak dah...

Saturday, April 14, 2007

Friday, April 06, 2007

SUDIRMAN

Malam Sabtu lepas (1/4/7), saya berkesempatan menonton Konsert Suara Hati Sudirman ….di tv laaa…

Ternyata lagu2 yg kedengaran banyak membangkitkan kenangan lalu. Saya membesar bersama lagu2 Sudirman, walaupun saya bukanlah peminat setia beliau sebagai mana saya meminati Sheila Majid waktu itu. Semasa kecil, saya hanya mendengar pelbagai rentak , pelbagai tema lagu2 Sudirman. Namun baru kini saya faham dan nampak akan besarnya jiwa beliau sebagai anak Malaysia.

Lagu ‘Punch-Card’ rupanya menceritakan senario kakitangan awam kerajaan di awal pentadbiran Tun Dr.Mahathir dahulu. Malangnya lagu tu kini dijadikan lagu latar promo ‘tandas’ pulak!!

Berbalik kepada konsert tadi, di belakang pentas persembahan terdapat skrin besar yg memaparkan klip lagu2 Sudirman yg pernah disiarkan di RTM. Kebetulannya lagu2 berkenaan hampir seiring dgn lagu yg didendangkan penyanyi2 di pentas.

Maka tanpa disedari kita berpeluang membandingkan mutu persembahan Sudirman dgn penyanyi2 di pentas !
Komen saya? Segelintir , khususnya yg berstatus ‘penyanyi2 segera’, saya anggap bagai langit dengan bumi!!! Ada yg menyanyi seperti melepas batuk di tangga. Mungkin kerana cetek pengalaman, atau sememangnya setakat itu sahaja kebolehan mereka…

Penghayatan Sudirman semasa membawa sebarang lagu sangat mendalam. Perhatikan sorotan mata dan aksi yg cukup bertenaga ketika lagu rancak seperti Chow Kit Road, Kul It dll. Sementara seluruh perasaan dicurahkan menerusi riak wajah yg penuh kedukaan ketika membawa lagu sentimental seperti Jauh di Sudut Hati, Terasing , Salam Terakhir dan yg seumpamanya.

Walau bagaimanapun, pujian harus juga saya berikan kpd Ramli Sarip. Seandainya, lagu Ayah dan Ibu serta Milik Siapakah Gadis Ini beliau rakam semula, pasti saya beli CD yg ori… yg lain tu sorii.

Sudirman bukan bergelar raja pop, raja balada, raja gelek ataupun Datuk…cukuplah kita kenali beliau sebagai penghibur rakyat Malaysia yg tulen.

Tapi bagi saya, satu perkara lain yg paling best mengenai multi-talented Sudirman ini, dia PANDAI LUKIS KARTUN !!

Di bawah ni dipaparkan lukisan kartun beliau yg masih saya simpan sejak di sekitar tahun 89/90 dahulu.
Free Hit Counter