Tuesday, February 20, 2007

BARBER SHOP

Ketika berada di kedai gunting rambut kelmarin membuat saya berfikir-fikir. Seronok sebenarnya untuk memiliki sebuah kedai gunting rambut dalam sesebuah komuniti masyarakat . Pernah tengok filem ‘Barber Shop’ lakonan Ice Cube? Saya bercakap mengenai kedai gunting rambut biasa (milik seorang mamak india kalau di tempat saya), bukannya hair salon yang fancy dengan hair dressers berskirt pendek…

Saya dapat rasakan keakraban dan kemesraan yang terjalin antara tukang gunting dengan orang-orang setempat – Assalamu’alaikum Tuan Haji , Selamat pagi Cikgu, Apa khabar boss? Amacam bisnes Orang Kaya? Bila nak pilihan raya YB? – pelbagai sapaan si tukang gunting kepada mereka yg ‘regular’ setiap kali pintu dibuka. Menandakan beliau cukup mengenali setiap mereka .Saya yakin bagi pengunjung tetap , jalinan itu ada yg mencecah belasan kalaupun tidak puluhan tahun. Dari kecil, hingga ke usia pencen!

Cuma saya perasan, golongan remaja tidak begitu kedapatan mengunjungi kedai gunting sebegini. Macam saya katakan tadi, mereka mungkin lebih gemar ke hair salon yg lebih fancy. Tak mengapalah, selepas mereka melalui semua zaman ‘darah muda’ mereka, mereka akan datang semula bak seluang yg melaut.

Dek latar belakang yg pelbagai, pastinya setiap watak itu akan mempunyai cerita2 yg pelbagai juga seperti anak lulus periksa, dapat kerja, hutang banyak, dapat menantu, kematian, kelahiran, beli kereta baru malah beristeri baru!! Tidak ketinggalan juga mengulas isu2 politik. Tetapi sekadar perbualan santai sementara gunting menjalari tugas rutinnya di kepala kita.

Saya membandingkan kerjaya ini dgn seorang doktor di klinik swasta, yg juga mungkin juga mempunyai pengunjung tetap. Tetapi saya kira pengunjung2 klinik hanya datang ketika sakit, pastinya tidak seceria pengunjung kedai gunting. Kelebihan tukang gunting ada di situ..

Teringat saya akan kata-kata seorang yg pernah berkerja sebagai tukang gunting mantan Perdana Menteri, Tun Dr..Mahathir, selama hampir 20 tahun. “Saya satu-satunya orang yg boleh memegang kepala PM dan mengarahkan beliau menoleh ke mana yg saya suka”. Saya kira betul sungguh dakwaan tukang gunting itu.

Cuma satu pesan si tukang gunting; jangan mengubah fikiran selepas digunting, kerana katanya, rambut yg sudah dipotong tak mungkin di sambung semula…

OK mamak…kasi masaj ini leher sikit!! Wokaay…siaaap!!

12 comments:

avie eicca said...

assalamualaikum abgjas,
maaf sudah lama tak beri komen
saya tenga "menyendiri" dari dunia blog seketika.Sibuk..huhu makin nak tamat belajar makin sibuk.
bercakap tengang barber shop ini,saya dah lama tak pergi memotong rambut kat kedai..semua potong sendiri..burukler gamaknye rambut saya hahaha.
Saya harap kedai gunting rambut ni takkan pupuslah sebab rasanya itu identiti malaysia. bentuk kerusinya pun lain..kerusi jenis lama tak seperti kedai gunting rambut atau salon yang lebih moden tapi tak best. :)

AbGJaS said...

Alaikumuslm Marina,
Tq ats komen yg menarik. Memang abgjas ternanti2 kbr dr Marina. Ya, dunia pelajar sepatutnya begitu...study comes first.
Abgjas doakan Marina terus kuat mengharungi dunia alkemi tu..

Ya tak ya kan...kedai gunting rambut boleh mnjadi salah satu identiti Malaysia.

shafarina said...

1) Teringat barber dalam cerita Cinta. Tipikal barber yang abgjas sebutkan dalam entri ni.

2) Berdekatan rumah saya ada 1 barber - tapi ekslusif. Pakai uniform vest semua, dan speaking. Cawangan serata Lembah Klang. Talking abt modern barber la kononnya ni.

3) Bestnyaaa gi mamak dapat urut2 leher. Tapi saya ni tak gi la.. cuma anak n hb aje. Hehe Skandal lak kalo gunting kat situ karang.

AbGJaS said...

Hi Wan,
Skandal lak kalo gunting kat situ...hehehe..
Tp kan Wan, dunia ini penuh dgn skandal kan? Dari petani ke perdana menteri...dari Damansara ke Mongolia...

Led said...

skang ni susah betul nk cari kedai gunting melayu esp kat shah alam....kedai gunting melayu ni semacam ada telepathy mereka tersendiri...

AbGJaS said...

Salam sdr.Led,
Tq krn sudi singgah..
telepathy? Bolah lanjutkan sikit?

Anonymous said...

salam,

yang anehnya, ada tukang gunting yang siap tahu saham mana satu nak naik.

betul pulak tu!!!

* tukang gunting flat jalan pekeliling, dekat jalan ipoh.

err_quek said...

abgjas!!! :D
ekcelli skang neh nga bercuti di umah kawan di nagasaki...bercuti2 jepun sambil singgah sebentar melawat blog rerakan sekalian..tehehe...]

owhh...sy potong rambut slaloo kat mesia even skang pon(bile cuti panjang,ade kesempatan balik mesia)gi umah sorg nyonya nih dekat ngan umah opah...nyonya neh mmg kenal giler ngan saya satu famili.klo lama x mesti die tanye...siap xyah ckp style ape nak potong..mmg die da tau.:p

AbGJaS said...

Hi Azer n Mas,
Mungkin itu yg dimaksudkan dgn telepathy spt yg disebut oleh sdr.Led kan? OIC...

Semut Api said...

Abagjas,
rasanya elok juga kalau kita novelkan saja hikayat hidup cik baber ni...sememangnya menarik sama seperti driver teksi byk cerita menarik kita bole dapat..

Acid (mojiah709) said...

pengalaman yg tidak bisa sy lupakan ketika rambut digunting mr barber, dia tolak kepala sy dengan kasar dan lepas tu dia tengking sy "jgn goyangkan kepala" masa tu sy masih di sekolah rendah.

Kisah hitam itu masih melekat dibenak sy sampai sekarang sy cuma bisa pergi ke unisex salon dan sudah kekedai itu berbelas tahun lamanya keran good customer service dan harga berpatutan.

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Kartunis Nan dahulu pernah menghasilkan siri kartun dlm akhbar Nasional berkenaan Kedai Gunting Rambut dan Driver Teksi ni.. amacam klu Deanz tulis bukunya. Kami pasti beli..hehe..

Hi Greeny,
Abgjas pun ada pengalaman tak enak pasal gunting rambut ni..
apa ya?

Free Hit Counter