Thursday, May 13, 2010

I LOVE MY JOB !!



Sebentar tadi saya mendengar program temubual Traxx fm dengan seorang pemandu lokomotif, En.Maniam yang telah berkhidmat dengan KTM selama 22 tahun. Ketika diajukan soalan bagaimana beliau boleh bertahan berkerja dalam tempoh yg begitu lama? Dengan pantas beliau menjawab ‘minat !’

Baru-baru ini pula saya ditanya tentang jadual kerja saya ; Saya kata ‘7 hari seminggu’. Tak penat ke? Tanyanya lagi. Belum sempat saya menjawab, dia mencelah ‘mesti minat kan?’

Saya turut mengenali seorang blogger prolifik, Mangosteenskin yang saya amat maklum mempunyai pelbagai tugas utk disiapkan dalam sehari tanpa terikat dengan ‘office hours’ atau apa-apa jadual waktu. Namun secara gagah beliau menyempurnakan tugasan2 beliau dgn sempurna.

Mungkin saya silap, tapi saya positif keazaman beliau didorong kuat oleh satu perkataan keramat – minat !!

Apa yang nak saya katakan di sini, beruntunglah mereka yg mempunyai kerjaya yg selari dengan minat berbanding mereka yg berkerja secara ‘terpaksa’. Minat menjadi sumber motivasi unggul untuk berkerja tanpa mengira masa atau tenaga. Kualiti kerja pastinya tinggi kerana tugas bukan dilakukan kerana arahan mahupun imbuhan tapi kepuasan.

Pun begitu jangan sampai terjerumus ke tahap ‘workaholic’ khususnya yang sudah berkeluarga. Amaran ikhlas - keluarga anda mungkin tidak berkongsi minat yang sama dgn anda !! Justeru hati-hati beb..

11 comments:

Mutawwifah Maisarah said...

Huhuuuu....apa ni abgjas? sebut2 nama orang ni? woooo...woooo...nangis...terharu.

AbGJaS said...

Hi Mangosteenskin,
(baca ikut loghat sabah) Jan la bha kau mara... sa kagum bha sama kau ni, itu sabab sa kasik cuntu, jadi urang lain buli ikut..

hehe

Cikgu Aina said...

Abg Jas...sya sukung. Kita minat tak mesti urang minat juga kan? apa2pun tanpa minat, kegembiraan kerja itu akan berkurangan...asal jangan naik darah sudah la...

AbGJaS said...

Hi Aina,
Tq kerna sudi mengomen. Abgjas dah try byk kali utk komen blog Aina tp x dpt2... kok begitu deh??

echah_syed said...

zaman skrg ni abgjas mana bole pilih kerja lagi,minat atau tidak kena terima ja kalau tidak tanam anggur la jawapnya.

combi selalu pesan dgn anak-anak apa pun yg kita buat mesti kena ikhlas baru datang minat.betul tak?

hubby combi boleh dikira workaholic jugak.combi selalu usik dia "kalau abg ada syarikat sendiri dah tentu kita kaya" ha ha ha ;D

AbGJaS said...

Hi Combi,
Hehe..tu sebab abgjas tulis 'beruntung' mereka yg dpt pekerjaan yg selari dgn minat mereka. Tun Mahathir pun pernah kata (mengulas isu siswazah memilih kerja) perkara yg kita buat berulang-ulang akan timbul minat juga akhirnya.

Benar sekali..yg penting ikhlas.

Lo Kelween said...

A fine line is difficult to be drawn between interest and reality of life (meaning jobs that would help you to survive in the world today). It's really a paradox. LOL

It's great to see you back again! Thought you have given up this blog since you didn't update for a long time! :D

contengconteng said...

memang best kalau dapat melakukan kerja yang kita kerja. seperti pepatah ini:

Find a job you love and youll never work a day in your life!

hehe. teruskan berkarya abang jas!

contengconteng said...

memang best kalau dapat melakukan kerja yang kita SUKA (bukan kerja.he.sori).

AbGJaS said...

Hi Eel Wind,
Thanks for stopping by. Yeahh..at one point of time last year, i did think of giving up blogging but changed my mind eventually..hehe

I think the line is clear but job is a job, when u do it, u have to do it right regardless u like it or not. It's a kind of responsibility dont u think?

AbGJaS said...

Hi Fadhli,
Salam perkenalan. Tepat sekali kata2 tersebut. Sebab itu walaupun penat, mereka sentiasa happy :) Pada mereka tak de istilah pencen selagi ada kudrat di badan.

Free Hit Counter