Thursday, December 31, 2009

2009 signing off..

Dalam minit-minit akhir menjelang tahun baru 2010, saya cuba mencuri sedikit masa utk entry terakhir 2009.

Dlm dunia blog, 2009 merupakan tahun yg paling tidak produktif bagi saya. Namun alhamdulillah, blog Pedang Samurai masih bernyawa (nyawa ikan?). Banyak isu yg teringin disentuh tetapi tak kesampaian. Saya masih tertanya apakah wajar blog ini dijadikan medium yg bebas utk menyampaikan apa yg difikir sesedap rasa, sesedap kata - tanpa sebarang tapisan. Mungkin Pedang Samurai patut menjadi lebih tajam lagi.

Dalam pada itu, antara isu yg mengecewakan saya tahun ini ialah pemansuhan PPSMI. Sudah banyak hujah pro dan kontra berhubung isu ini justeru tak payahlah saya mengulasnya. Sekadar makluman, saya adalah penyokong kuat dasar PPSMI.

Bercakap tentang azam pula, cukup saya katakan, saya akan cuba menghasilkan lebih byk post di 2010 berbanding 2009.

Untuk itu Salam Tahun Baharu 2010 kepada semua.

4 comments:

echah_syed said...

salam tahun baru abgjas..

lama combi tak ke sini rupanyer dah tukar rumah banglo ekk.

warna senja nan jingga sgt syahdu dan menggamit sejuta memori.

.........

wahhh bagus azam baru abgjas..!

en_me said...

dah 8 hb bangg.. ehehe

semutapi said...

selamat tahun baru...

(masih belum terlambat kannn...)

AbGJaS said...

Hi Combi,
Ha'aa..cat rumah je .. ada masa sikit cuti hujung tahun hari tu..
singgah2 le selalu...

Hi en me..
8hb.. err gaji ada lagi?

Hi semutapi,
Mcm2 dah berlaku di awal tahun baru ni... ya moga selamat semuanya

Free Hit Counter