Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Terlebih dahulu saya ingin memohon berbanyak maaf kerana meninggalkan dunia blog sebelum ini. Mujur cuma dunia blog, kalau dunia fana, alamat pergi tak kembali…hehe
Ternyata saya bukan blogger yg baik kerana tidak konsisten dalam berkarya. Hampir tiga tahun blog saya berjalan agak lancar saya kira, namun sejak kebelakangan ini, beban kerja merupakan hambatan utama. Rindu rasanya utk berinteraksi dengan rakan-rakan blogger yg sebelum ini menjadi sebahagian drpd aktiviti harian saya.
Mungkin juga saya bukan multi tasker yg mampu lakukan banyak kerja dalam satu masa justeru kehadiran saya dalam dunia blog terpaksa dihadkan. Andai ada kelapangan , saya akan cuba mengemaskini blog saya di samping berkunjung ke laman-laman blog rakan lain. Namun jika keadaan tidak mengizinkan, saya mungkin akan menghilang lagi bak biskut chipsmore – sekejap ada, sekejap tiada!
Moga rakan-rakan blogger menerima keadaan saya seadanya.
Lanjutan daripada itu, sempena dgn Aidilfitri yg bakal menjelma, sekali lagi saya mohon seribu kemaafan atas segala salah-silap saya, yg zahir yg batin, menerusi karya serta komen2 yg telah saya berikan.
Bak kata lagu Aman Shah (my fav raya song)
Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali..
-ABGJAS @ PEDANG SAMURAI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Oo.. takpe abgjas..
Masing2 ada kemampuan masing2..
selamat hari raya abgjas...harap ampun dan maaf kalau pernah terkasar komen ka, apa2 sajalah. hehe.
abgjas! selamat hari raya, maaf klw ada slh silap ye :D
selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Beban kerja lab saya terlampau banyak dan saya rasa saya dah pun quit (berhenti tanpa notis) dalam dunia blogging ni:). Anyway semoga bergembira di hari raya di samping keluarga tercinta.
hey..at least you took the time to update once in while..that's all it matters..hehe :)
Selamat Hari Raya to you, my friend :)
Hi Zool,
Tq kerana memahami keadaan. Salam Aidilfitri utk Zool.
Hi Mangosteenskin,
Abg pun sama, minta ampun minta maaf...minta du... hehehe :)
Hi Diya,
Tq kerana masih ingat abgjas walaupun jarang muncul. Abg pun ucap Salam Aidilfit, maaf zahir batin.
Hi Marina,
Happy dpt kbr drpd Marina - antara rakan blogger abgjas yg terawal.
Tak pe..sekali sekala klu ada cuti panjang. Kirim lah kbr ya.. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
Hi Eelwind,
Thanks my friend for being so undertanding. Selamat Hari Raya to u too...
salam abang jas,
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin....
patutlah lama menyepikan diri..
mardihah
salam aidil fitri abg jas..maaf zahir & batin...tapi jangan lah menghilang terlalu lama abgjas..
Mardihah n myfisol,
Salam Aidilfitri juga utk saudara n saudari berdua. Mohon maaf dipinta jika ada terkasar bahasa.
InsyaAllah..ada ruang masa, ada lah update blog ni.. :)
:)
Tak apdet dengan kartun pun takpe AbgJas. :)
Salam raya. Cuti lama tak?
salam pagi jumaat abangg itteww..
Hi Wan,
Abgjas akan cuba update bila ada peluang...
Hi En_me,
Tq ats kunjungan, salam utk adik ittewwww..
Post a Comment