Pada 3 Januari 2007 yg lalu, genaplah setahun usia wujudnya blog ‘Apayangkufikir’.
Entah setakat mana misi blog saya ‘sebutir intan di hamparan pasir’ tercapai. Tak perlulah saya buat kajian statistik untuk semua itu. Lagipun yg selayaknya mengukur baik-buruknya blog saya ialah rakan2 mahupun pembaca2 blog sekelian. Kut masuk bakul angkat sendiri pulak jadinya..
Kalau nak diikut, blog saya ni bukanlah ‘blog’ dalam erti kata sebenarnya. Tak ada cerita mengenai diri saya mahupun aktiviti yg saya lakukan; Saya optimis tak ada yg menarik utk saya kongsi… day in, day out sama saja.
Saya lebih melihat blogging ini sebagai penerokaan baru bagi saya dalam dunia siber, yg mana sebelum 2006, saya tak melibatkan diri sama sekali dalam aktiviti sebegini – melawatpun tidak, jauh sekali menulis. Untuk makluman semua, saya bukanlah ‘Internet savvy’. Nak letak lagu , letak link , letak gambar atau tukar template pun setengah mati (berlebih-lebih ni..) dibuatnya. Tengoklah rupa blog ni, tak ubah2 sejak dulu. Bandingkan blog2 lain, macam2 dah diorang hias…..
Namun apa yg lebih saya anggap sebagai kejayaan ialah silaturrahim yg terjalin antara saya dgn kalangan rakan2 blog khususnya. Bilangannya saya kira tidaklah begitu ramai namun semuanya saya anggap hebat dan unik belaka....
Teringat saya, blog yg mula2 saya kunjungi ialah ‘migraintahapdewa’ milik saudari Arisa. Beliau jugalah yg mula2 menulis komen dlm blog saya, menandakan ada juga insan yg sudi menyinggah. Cuma beliau tidak begitu aktif menulis, mungkin lantaran kesibukan kerja.
Dalam tempoh setahun itu, terus terang saya katakan, ada waktu2nya terlintas juga nak tutup blog lantaran hambatan masa yg tak kunjung sudah. Mujur ketika Raya lepas, ada rakan mencetuskan idea utk menggantikan tulisan dgn lukisan kartun – aktiviti yg agak lama saya dormankan. Mediumnya mungkin berbeza, namun misi dan visinya tetap sama...
Alhamdulillah, panjang lagi umur blog ini nampaknya.
Sunday, January 28, 2007
Sunday, January 21, 2007
I’M BACK..
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera untuk semua. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua yg mengikuti blog ini, khususnya rakan2 blog kerana ‘menghilang’ dalam tempoh hampir dua bulan sebelum ini.
Bukan disengajakan namun talian TMNet di tempat saya mengalami sedikit kerosakkan. Menurut makluman, ianya berkaitan dgn masalah serantau akibat gempa bumi di luar Taiwan sedikit waktu dahulu. Alhamdulillah, talian dah kembali pulih, dan dengan itu dapatlah meneruskan aktiviti blogging seperti biasa.
Bila difikir2, banyak kali saya menghadapi masalah utk blogging ketika menjelang suasana2 besar seperti Hari Raya dan Tahun Baru. Besar hati nak berkongsi suasana dgn rakan2 blog di waktu2 berkenaan; Bertanya persiapan, azam, kenangan manis/pahit sepanjang 2006. Namun semuanya tak kesampaian… Semuanya kini dah berlalu.
Macam basi pula rasanya kalau saya nak bertanya , apa azam rakan2 semua, Greeny, Noor, Wan, Mas, Marina, Lisa, Joe, Deanz, Hani menjelang 2007? Hey…sekarang ni dah 21 haribulan lah kawan. Azam tu semua dah pun kami simpan dalam almari seperti biasa. Umpama satu tradisi, soalan yg sama akan bangkit semula menjelang 2008 nanti – InsyaAllah.
Secara umumnya, tak banyak perkara besar yg berlaku berkaitan diri saya sepanjang 2006, semuanya biasa2 saja. Dan begitulah, saya sememangnya seorang yg suka kehidupan yg rutin. Bukanlah cara saya untuk bangun pagi sambil tertanya2 apa aktiviti hari ini. Bagi sesetengah orang yg adventurous, mungkin tiada dua hari yang sama buat mereka. Ahh…terpulanglah…asal bahagia…
Sungguhpun demikian, turut bermain dalam kepala saya, seperti kata Imam Al-Ghazali, betapa kematian itu sangat hampir kepada kita. Sepanjang tahun lepas, saya kehilangan Neneknda yg dikasihi dan seorang rakan sekolah buat selama2nya. Dan awal tahun baru ini, ibu saudara saya pula telah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya. dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Entah bila pula giliran kita.
Dalam pada itu juga, saya gembira; Amat gembira sebenarnya, kerana seorang yg boleh saya panggil (dengan izin) adik, sahabat dan rakan diskusi, telah memilih agama suci Islam sebagai pegangan hidupnya pada permulaan Disember lalu. Subhanallah, sesungguhnya Allah mengurniakan hidayah kepada sesiapa yg dikehendakinya. Ketika satu dunia semacam melihat Islam sebagai agama yg menganjurkan keganasan, Nur kesuciannya masih dapat dilihat oleh mereka yg Allah buka hatinya. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ya Maisarah...
Ooops!! Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1428. Apa iltizam tahun baru? Hmm…macam pernah ku dengar soalan itu, tapi di mana ya?
Subscribe to:
Posts (Atom)