Salam Maal Hijrah,
Jika Morrie cuba 'menikmati' bantuan org lain, saya mempunyai perspektif yg sedikit berbeza.
Beberapa tahun lepas, ketika berada di meja makan, seseorang mengambilkan hidangan utk saya. Saya beritahu, tak mengapalah krn saya boleh ambil sendiri. Namun jawapan ringkas beliau membuat saya berfikir pjg " Nak cari pahala sikit" katanya.
Seperti yg saya katakan dlm tulisan sebelum ini, ramai yg menganggap meminta/menerima pertolongan akan menyusahkan pihak yg satu lagi sekaligus merendahkan martabat diri kita.
Namun jawapan tadi memberi perspektif berbeza. Kita mungkin terlepas pandang sebelum ini. Rupa2nya, mengizinkan orang lain membantu kita ada kalanya memberi ruang utk org itu mendapat kebaikan utk dirinya sendiri i.e self satisfaction, self esteem atau lebih mustahak bagi muslim - pahala!
Walau bagaimana pun jgn salah faham. Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah".
Jadi, jangan berlebihan meminta tolong dan jangan sesekali menyalahgunakan pertolongan orang lain terhadap kita.
Tuesday, January 31, 2006
Thursday, January 26, 2006
Tuesdays with...Pt.3
Morrie sebenarnya mengalami sindrom kehilangan fungsi otot (ALS); mula menyerang di bahagian kaki (tak boleh berjalan) dan perlahan2 naik ke atas tubuh. Pada kemuncaknya pesakit akan tidak mampu mengawal otot pernafasan (tak boleh tarik-turun nafas), dan pesakit akan lemas dlm tubuhnya sendiri.
Justeru, beliau beransur2 terpaksa bergantung kpd org lain utk hidup. Sehinggalah spt kata Morrie, "one day soon, someone's gonna have to wipe my *** ".
Mengaibkan? Tidak bg Morrie, beliau sebaliknya menjadikan itu sbg peluang menjadi bayi semula - menikmati layanan 100% dari org lain - lebih hebat dari seorang Raja !!
"Ahh, tak kan ada manusia sepositif itu fikirannya..". Maaf jika ada berkata demikian, kerana ini sememangnya KISAH BENAR.

Wednesday, January 25, 2006
Tuesdays with...Pt.2
Satu lagi perkara menarik disebut dlm buku ni ialah mengenai `kebergantungan' (dependency) terhadap org lain.
Bg seseorang yg cukup segalanya mungkin menganggap, meminta bantuan org lain merupakan sesuatu yg pantang dilakukan. Ia umpama merendahkan martabat malah menghina diri sendiri.
Lantas bagaimana dgn mereka yg serba kekurangan? Yg terpaksa hidup mengharap bantuan org lain? Jawapannya, semua kehinaan tadi terpaksa ditelan demi menagih simpati. Namun Coach Morrie ada cara sendiri menghadapi situasi sebegini...

Monday, January 23, 2006
Tuesdays with...
Hmm..baru saja habis membaca buku Tuesdays With Morrie beberapa hari lepas; Kisah seorang pelajar dgn bekas Profesornya. Banyak sekali yg boleh dipelajari mengenai mengenai hakikat kehidupan.
Namun, inti paling utama ialah tentang erti `redha'. Ramai org boleh sahaja redha dgn bermacam bentuk kesukaran yg dialami - redha dgn kemiskinan; redha dgn kecacatan; redha dgn penyakit dll.
Tapi, berapa ramai yg mampu redha menghadapi kematian yg akan menjelang tiba dlm tempoh terdekat. Saya fikir inilah keredhaan yg paling kemuncak.
Coach Morrie telah melalui semua itu...

Friday, January 20, 2006
Yakin & Angkuh - Pt.4 (Akhir)
Maka sama ada yakin ataupun angkuh, garis pemisahnya adalah pada niat. Dan oleh kerana niat letaknya di dalam hati, hanya kita dan Tuhan saja yg tahu. Justeru tindak tanduk kita atas dasar keyakinan diri tadi dgn mudah dinilai angkuh oleh orang lain.
Berkata "aku bijak" boleh saja bermaksud yakin tapi mungkin bernada angkuh. Garis pemisah antara dua perkara ini begitu halus dan kita bila2 masa saja boleh tergelincir antara pahala dan dosa.
Hati2 sajalah dlm melahirkan keyakinan kita. Kalau niatnya betul dan ikhlas, ada kalanya kita kena biarkan saja apa orang nak kata - konduktor sesebuah orkestra terpaksa membelakangkan para penonton utk menyempurnakan persembahan orkestranya.
Namun jangan berlebihan dlm berbuat sesuatu, bimbang2 rasa yakin tenggelam dek rasa angkuh.
Dan...
saya juga cukup yakin dgn tulisan saya ini.
Jumpa lagi.

Wednesday, January 18, 2006
Yakin & Angkuh -Pt.3
Kekeliruan ini menyebabkan bangsa/rumpun Melayu umumnya tidak mempunyai keyakinan diri yg tinggi, apa lagi bangga. Rasa yakin sering kali disalah tafsirkan sebagai angkuh.Kita selamanya diajar bahawa bersikap angkuh dgn kebolehan diri itu perbuatan salah malah berdosa! Lantas, setiap kali perasaan yakin timbul dalam hati, kita sendiri memadamkannya kerana bimbang akan dianggap angkuh. Sikap yg tidak disemai masakan tumbuh!
Friday, January 13, 2006
Yakin atau Angkuh -Pt.2
Yakin diri itu baik tetapi angkuh itu salah !? Apabila seseorang berkata "Aku bijak" adakah dia angkuh atau dia sebenarnya yakin kpd kebolehan diri sendiri?
Wednesday, January 04, 2006
Yakin atau Angkuh -Pt.1
Assalamu'alaikum/Salam sejahtera semua,
Di antara keyakinan diri dan keangkuhan, di mana garis pemisahnya?
Di antara keyakinan diri dan keangkuhan, di mana garis pemisahnya?
Subscribe to:
Posts (Atom)