Monday, July 03, 2006

YANG TULUS YANG MULUS..

Saya bukanlah peminat mana-mana program realiti TV yg begitu popular dewasa ini. Namun publisiti yg cukup meluas - tengok tv, dengar radio, baca akhbar, cerita orang sekeliling..he..he.. blogpun - menyebab tidak berdaya saya mengelak daripada mengetahui sedikit sebanyak perkembangannya.

Dalam semua huu haa tersebut, saya tertarik memperkatakan satu perkara; iaitu komen juri terhadap para peserta dalam program berorientasikan nyanyian khususnya. Sesetengah juri seperti seronok menegur secara terbuka, kasar, pedas dan ada kalanya mengaibkan.

‘suara awak tu macam katak betung, baik awak balik rumah dan …’. Jangan terkejut, saya pernah dengar komen ‘suara awak seperti anjing menyalak’!!

Apa yg saya tahu, konsep program realiti tv ini bermula di Barat yg diimport ke sini. Mungkin, keterbukaan seumpama itu dianggap biasa di kalangan mereka. Namun, apakah budaya cakap tak berlapik itu pun perlu di’import’ sama?

“Saya memang jenis lantang bersuara. Saya akan bercakap apa yg saya rasa. Ketika memberi komen, penonton lupa kepada kebenaran dan peranan yg saya bawa dalam industri (muzik)”. Demikian hujah yg sangat jujur lagi ikhlas menurut seorang juri yg saya petik daripada sebuah akhbar baru2 ini.

Ahh..pedulikanlah segala justifikasi mereka. Siapa tahu, mungkin juri juga dipengaruhi keinginan utk publisiti, atau strategi perniagaan pihak penganjur sendiri !?

Jangan salah faham pandangan saya ini. Saya tidak sama sekali bersikap anti kpd program realiti tv. Cuma, saya melihat semacam ada satu sindrom di kalangan masyarakat kita mutaakhir ini utk menegur secara terbuka atas nama kejujuran mahupun kebenaran sehingga membelakangkan budaya sopan santun malah ada kalanya ke tahap ‘kurang ajar’. Dan secara kebetulan, contoh paling semasa adalah program2 tv sedemikian. Kalau ingin pergi jauh, cuba buka jendela politik tanah air, segala hamburan kata nista ada di situ..

Pernahkah anda menegur kawan anda “Wah! Banyaknya jerawat kat muka awak seperti kawah di bulan!”. Atau anda sendiri yg pernah di ‘laser’ demikian? Bagai mana rasanya? Untuk menyelamat diri, si penegur lantas memberi alasan paling kukuh,
“ saya gurau je tu, takkan nak kecik hati..”.

Jika pun bergurau – malah andai benar sekalipun – adakah komen kita itu diperlukan? Kena caranya? Kena masanya? Kena tempatnya? Fikirkan kesan yg mungkin berlaku akibat komen ‘jujur’ kita itu. Ada baiknya juga kita renung kata-kata ‘jenayah yg paling kejam, bermula daripada niat yg paling suci’.

Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa.

P/S – 30 Jun 06: Dr.Rais Yatim menerusi Kementeriannya, akan mengeluarkan garis panduan utk juri2 program realiti tv.

THE SUMMARY

It’s some kind of syndrome in our society these days that people tend to be very blunt, direct in their speaking and giving comment on others. To the extent that we become very impolite and rude - All in the names of truth and honesty. This is not a custom to us here, especially in Malaysia. Even if a certain comment is true enough, is it needed? Is it timely? Is is done in a proper way? Think about the effects it may result by giving our comment in such a manner.

Sometimes, the cruellest crime may have started from the noblest intention.

8 comments:

shafarina said...

It's the same as orang Melaka cuba men justify kan 'lahabau' dan 'celaka' sebagai perkataan harian mereka yg bagi kita, dah tentu bunyinya menyakitkan telinga dan hati.

Sia rasa kalau niat kita baik utk menegur, yang keluar dari mulut juga baik² belaka. Bukan yg menyakitkan hati, yang menyindir dsbgnya.

Dlm program realiti TV kat Msia ni, sia tau yang cuba jadi Simon Cowell ialah Roslan Aziz dan Adlin. Paul Moss tak kutuk, dia berterus terang tanpa menyakitkan hati khalayak. Bob Lokman - pada sia cuma nak carik perhatian.

Kes Adlin, mmg ada time dia melampau. Tapi kengkadang utk menyedarkan pelajar yg tak sedar dek untung tu, sia setuju juga.

Apa² pun, budi bahasa budaya kita..

avie eicca said...

Saya setujulah dgn pandangan abg jas tu.Rasanya mereka2 ini nak menjadi seperti simon cowell.Mungkin pada pandangan mereka kita dah maju maka kena juga terima arus kritikan yg terkini.Semua adat dah hilang.Semua sifat toleransi melayu dah hilang.Takdakah kritikan yg ikhlas dan bukan memarahi orang oleh juri2 melayu ini?KAdang2 terfikir panel2 juri itu boleh menyanyi ke?boleh berlakon begitu baik ke?
Saya tak tgk realiti tv huhu...tak minat AF atau seangkatan dengannya.Akademi Al-Quran pun ada panel2 yg mula cuba menegur tapi dalam sinis yg mampu menghiris hati.

Acid (mojiah709) said...

abgjas,
pada hemat saya, kita boleh berterus-terang dan menegur orang tetapi biarlah dengan ikhlas dan maksud untuk membantu "building criticism" and 'positive feedback' cos' we have to help one another to improve, change and be better.

If the judges of the reality tv have good intentions, then be honest, frank but tactful. No one's really perfect, we shuould see our own reflections before we comment on others.
roar by Greenmonster.

AbGJaS said...

Wan,Marina dan Greeny,
Abgjas gembira kita bersependapat dlm hal ni. 'Budi bahasa, budaya kita'.Ini pun selaras dlm kaedah Islam - kalau tk ada yg baik utk diucap, lebih baik diam.

Lain lah klu kita tk nk jadi Melayu/Islam lagi.

Utk Wan dan Marina, abgjas sengaja tk sebut watak2 juri yg dimaksudkan, tp korang dah menyebutnya - legaa..

For Greeny, abgjas likes this part 'No one's really perfect, we should see our own reflections before we comment on others'.

That's why, I've been very reluctant in giving comment on others (unless asked for) because I never find myself so perfect.

Keep a mirror handy then..

AbGJaS said...

Hi Lisa,
Glad to have your say here. May be we have not been very kind, respectul towards other people all these while. But we cannot just say, I'm just being myself so let be..

That is why we need God - to guide us. We may look like a hypocrite as to act against our own norms. But isn't it the way it should be?

Hi Joseph,
Your points reminded me of the lyrics of a song "don't read beauty magazines cause they will make you feel ugly"..

Or a phrase that goes 'fair and lovely'..

Semut Api said...

Salam abg jas,
saya tidak bercadang untuk mengulas tentang kritikan serta komen dalam program realiti dlm main entry sdra ttp saya tertarik dgn "cuba buka jendela politik tanah air, segala hamburan kata nista ada di situ.."

kalau kita berpeluang hadir dalm perbahsan di parlimen..kita akan lihat & dengar berbagai perkataan yg kadang2 tidak sepatutnya terhambur dari mulut 'orang2 besar' kita tapi seperti kata awang selamat dalam akhbar UM..org politik mmg mempunyai perwatakan professional yg istimewa dan sememangnya sukar untuk ada pada rakyat biasa..

didalam parlimen berhujah, bertekak, memaki hamun dsbgnya..ttp diluar mereka boleh berborak pasal golf, memancing, mkannan kegemaran sambil hisap rokok dan ketawa terbahak-bahak spt tidak ada apa2 yg berlaku.

*teringat apabila isu datuk nik mengatakan Tuhan juga mencarut.

AbGJaS said...

Hi Deanz,

Memang banyak kalau nak diperkata mengenai gelagat ahli2 politik kita. Tapi abgjas sengaja tak mengulas panjang sebab tk nak 'memberatkan' post yg abgjas tulis.

Namun ulasan Deanz mengingatkan abgjas kpd kata2 tokoh politik veteran Sabah, Allahyarham Tun Mustapha yg kira2 begini bunyinya:

"Urang pulitik selapas bergadu, masi buli minum kupi' satu mija. Tapi rayat bergadu pasal pulitik, diurang sampai mati".

AbGJaS said...

Hi Lisa,
I like having your comment too.
But Lisa, please try to learn one malay word at least, each time you drop by this blog ya..

and the title of this blog
'APA YANG KU FIKIR' literally means 'What's On My Mind'

Free Hit Counter