Selepas menunaikan solat Asar , Pak Hassan duduk bersandar di serambi rumah sambil menikmati hidangan ubi rebus dan secawan kopi panas. Sawah terbentang menguning , bukan saja menandakan rezeki yg menanti utk dituai malah lambang kepuasan dan harga diri. Bukti usahanya bersahabat dgn alam masih mendapat restu Tuhan . Terasa satu kebahagiaan yg amat sangat dalam hati Pak Hassan...
Petikan di atas bukanlah diambil dari mana2 novel DBP yg tak berapa nak laku. Sekadar introduksi ‘apayangkufikir’ utk minggu ini. Agak sayalah, kebahagian yg dirasai Pak Hassan tu mungkin bagi sesetengah orang, perlu ke Acapulco atau Costa Del Sol utk merasainya.
Cuba2 kita bersoal-jawab dgn diri sendiri, bahagia kah kita waktu ini ? Selama ini ?
Jika jawapannya negatif, apakah yg dapat menjadikan kita bahagia? Katakan saja kita ada lampu Aladin yg mampu menunaikan permintaan, bukan 3 malah berapa saja.
“Aku nak wang berjuta, nak banglo mewah, limousine , hand-set generasi 3+, aku nak mengelilingi dunia, aku nak ada jet peribadi..” dan berjela2 lagi yg sedang menanti dalam senarai .
Matlamatnya cuma satu – untuk meraih kebahagiaan.
Namun sesudah memperolehinya nanti, bosan mula menjelma, masih tak bahagia. Seminggu pakai Honda City, nak rasa pulak Satria Neo. Ahh! Apa nak kisah, kita gosok lagi lampu Aladin utk mintak yg baru. Tapi sampai bila? Sampai mati? Dan yg paling penting, ada ke lampu Aladin tu?
Ketika membaca akhbar mengenai kerabat Sultan yg dibunuh minggu lepas, terlintas difikiran saya akan kehidupan orang2 yg relatif apa-nak-semua-dapat itu, semestinya dilimpahi kebahagiaan. Ternyata analisis saya meleset...
Sesungguhnya kebahagian itu sesuatu yg abstrak sifatnya, tidak terukur dgn harta benda. Lebih mustahak, ia kurnia Allah S.W.T. Justeru memiliki segala macam unsur material tidak mewajibkan kebahagiaan turun kepada kita, ianya sekadar ikhtiar. Bak ungkapan popular ustaz/ustazah dalam ceramah mereka, kita boleh beli tilam yg empuk, tapi belum tentu berasa nyenyaknya tidur! (tapi tidur yg nyenyak bermula dgn tilam yg empuk !??)
Lebih jauh dari itu, hakekat (ejaan Indon) kebahagiaan mencakupi dunia dan akhirat. Oleh itu, taati dan dampingilah Allah S.W.T. selalu.
Moga-moga tempias kebahagian dicampakkan di dalam hati kita – Amin.
SUMMARY
Happiness is something which is very abstract in its characteristics. Something which cannot be measured by how much properties or assets you own.
It is a gift from Allah S. W. T. Therefore, someone who is very rich and wealthy does not necessarily mean, his life is filled with satisfactions and happiness. Having all those big houses, flashy cars etc is only parts of an effort to obtain happiness. We might buy a soft pillow, but not necessarily a sound sleep!
Further from that, the true essence of happiness goes beyond life in this world but the Hereafter as well. In pursuit of that, we must carry out the duties and obligations being stipulated in our religion in a hope that the happiness would be placed in our hearts - Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Kadang saya terfikir alangkah seronok menjadi penyanyi atau pelakon atau dilahirkan dalam keluarga kerabat2 nih.Tak perlu belajar tinggi2 melangit. Tak perlu sijil bergulung2 yang setiap satu mungkin berharga dua ringgit sahaja tapi yuran berpuluh2 ribu. Tapi apabila saya fikirkan balik, Siti Nurhaliza pun perlukan tempat bergantung yang utuh.Beliau mungkin tak yakin dapat bertahan dalam dunia seni kut.Bila dibandingkan diri saya yang kerdil ini saya rasa saya lebih sedikit bahagia.Walaupun keluarga tak sekaya datuk2 atau orang "middle class" saya hanya low class tapi ILMU saya yang saya kutip sepanjang di Uni lebih berharga kerana ILMU itu pembuktian keEsaan Ilahi.Sesuatu yang kalau kita fikir mendalam2 belum tentu kita dapat menemuinya. Biar papa(duit) asal bergaya ( ilmu).Harta boleh dicari. Apa-apa pun hidup ini perlu wasatiah dan setiap apa yang Allah beri patut kita syukuri dan berbahagia dengannya kerana belum tentu kebahagiaan yang Allah beri akan kekal lama.
ps: saya nak masuk kandang sekali lagi ni.Entah bila nak lawat blog abgjas sekali lagi.InsyaAllah kalau ada masa lapang saya pasti lawat blog ni dan greeny juga.Kalau saya lawat tu kira updatelah blog saya.:) hehehe
Hi Munshi,
Jika tebal rasa syukur dlm diri, Insyaallah, mudah terasa kebahagiaan walaupun hidup kita sederhana.
Masuk kandang lagi? Klu gitu abgjas ucapkn selamat semuanya.
Err..peptida tu ada kaitan dgn 'pepsi' ka?
sy selalu mengambil iktibar dan hikmah disebalik segala kejadian.
Kerana tak semua orang yg senang hidup senang, tak semua orang yg hidup mewah itu mewah.
syukur seadanya. harap termat sangat - "apakah kiamat sudah dekat?"
Well said Greeny,
Menarik ungkapan tu,
"tak semua orang yg senang hidup senang, tak semua orang yg hidup mewah itu mewah."
..dan tak semua orang susah itu hidupnya susah..
Thanks Lisa,
I think thare are many similarities in our religion. Better we focus on that first rather than the differences.
For a start,we do beleive that there'll be another life after this. So, let's not be too frustrated if we dont get whatever we want in this world.
Serious entry la kali ni.
Bahagia tu relatif. Even if seseorang itu tak bahagia, seboleh2 dia tunjuk juga dia bahagia utk pujuk diri sendiri @ bangga dgn orang ramai.
Islam sarankan bersederhana. Cukup makan pakai walau tidak mewah, kira bahagia sudah.
Lagipun semua kemewahan tu sementara aje kan.
AbgJas & geng, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.
Hi Wan,
Kebahagiaan relatif, betul tu..
Tidur 10 minit bagi org yg tk de buat apa2, tak bermakna. Tapi tidur 10 minit bagi yg penat berkerja, bahagia terasa..
Ya bulan Ogos dah tiba. Satu bulan yg begitu banyak merakamkan peristiwa2 besar dunia. Di Malaysia, kita MERDEKA !!!!!
Selamat utk semua.
p/s: Abgjas pun lahir bulan Ogos, uhuk..uhuk..
izzit??? *wink wink*
Yeah bulan ogos juga bulan KONVO bagi pelajar usm.Waa..saya tak "bahagia" dengan ni..tengah letih.hehehe
Peptida=Pepsi? ehmm...kena pi tanya orang buat pepsi ni mungkin ada rahsia disebalik penghasilan produk.
by the way,Selamat Hari Lahir ya abgjas.tarikh bila?:P"biarlah rahsia".
Hi Wan,
Tak caye ke?
Hi Marina,
16 Ogos. yg tu tk rahsia..
Best regards from NY! » » »
Post a Comment