Monday, July 24, 2006

APAYANGKUFIKIR

Minggu ini saya bercadang utk rileks sedikit. Dah masuk bulan Ogos, rasanya baik juga saya bercakap sedikit mengenai konsep dan latar belakang blog saya ni. Agar jangan ada yg berasa hampa kerana mengharap sesuatu yg bukan dalam skop tulisan2 saya.

Kalau nak dibanding, saya (dan Greeny) adalah blogger paling muda in the neighbourhood. Maka, tak lah banyak yg dapat dikisahkan mengenai blog setahun jagung ini. Tapi sebagai mana trend penyanyi2 sekarang, baru menyanyi 2-3 tahun, dah ada the so-called ‘koleksi emas’, ’himpunan lagu2 terbaik’ dan sebagainya. Huhh..saya fikir hanya penyanyi yg mampu mencecah 10 tahun sahaja yg layak buat koleksi lagu2 terbaik seperti Jamal Abdillah, Sheila Majid, Search dsb.

Sebenarnya idea blogging ini timbul lantaran kecenderungan saya yg gemar memerhati; Melihat apa saja dan cuba berfikir baik buruknya sesuatu yg saya nampak. Sebelum ini, idea/pandangan saya hanya didengar oleh sebilangan kecil rakan. Ramai yg lain lebih suka mengambil pendekatan “malas lah nak fikir”. Jadi pandangan2 saya itu adakalanya lenyap bersama kelupaan saya.

Justeru matlamat saya lebih kepada berkongsi buah fikiran dgn lebih ramai rakan, disamping blog ini menjadi perakam apa juga yg saya fikirkan, kut..kut..dah tak ada nanti. Tidak semestinya pandangan saya ini bernas atau bermutu . Namun , berdasarkan ‘butterfly effect’, saya yakin sumbangan kecil saya mungkin membawa perubahan besar kpd org lain dgn izin Allah. Seperti ungkapan tema blog saya, ‘kalau2 ada sebutir pasir dlm hamparan pasir pantai’. Sukar nak cari, malah mungkin tak ada langsung !

Corak penulisan saya juga agak santai dan tidak terlalu panjang (sekeping kertas saiz A4 saja..). Santai bermaksud tidak menyentuh isu2 yg berat dan sensitif, tanpa statistik mahupun sumber rujukan dan sama sekali tidak boleh dijadikan hujah untuk berdebat. Kalau ada orang mengatakan “ fakta ini saya petik drpd blog abgjas.blogspot.com
…bla..bla..bla..”, maka tindak balas refleks saya ialah ketawa kah..kah..kah..kah..kah.. ke tahap infiniti !!!

Saya cuba mengelak drpd membicarakan hal2 politik secara khusus dan berpihak. Apabila berpihak, tentu ada yg menentang. Bukan semua orang bersedia utk menerima perbezaan pandangan. Saya pernah ‘kehilangan’ sahabat lantaran isu Dato’ Seri Anwar sedikit waktu dahulu.

Penggunaan bahasa saya lebih mirip kpd bentuk baku (sebutan/ejaan) namun sekali-sekala saya tidak rasa bersalah utk menyelit bahasa pasar / slanga malah bahasa Inggeris sekali pun, utk mengendurkan kerasmiannya. Namun itu tidak bermakna kita mencemarkan B.Melayu jika akar kita teguh. Malah saya berazam utk menyelitkan pantun mahupun peribahasa dlm post2 yg saya tulis. Ini tentu menggembirakan Dato’ Firdaus Abdullah, itupun kalau beliau tahulah..he..he...

Unsur humor juga tidak terkecuali dlm tulisan saya. Sekurang2nya ada yg bisa tersenyum semasa membaca blog saya.

Saya sebenarnya menggemari corak tulisan wartawan veteran Tan Sri A.Samad Ismail (Pak Samad), yg bersahaja dan mudah difahami. Namun kita tidak pulang dgn tangan kosong selepas membaca tulisan beliau (tidak aktif menulis lagi kerana uzur).

Sehingga kini, saya amat berbesar hati kerana ada rakan2 yg menerima konsep blog saya dgn baik. Mereka ini saya anggap setia mengikuti dan memberi komen tulisan2 saya. Kepada Noor, Greeny, Marina, Wan, Deanz, Lisa dan Joe, InsyaAllah saya juga akan menjadi rakan blog yg setia kpd anda semua. Dalam pada itu, saya mengharapkan , lebih ramai lagi akan sudi mengunjungi blog saya di masa mendatang.

Sebagai penutup, saya nak sebut di sini dan sekali gus meminta maaf; Terlalu sedikit yg saya perkatakan mengenai latar belakang diri saya. Secara jujur, saya lebih suka rakan2 / pembaca lain mengenali saya melalui tulisan dan corak penulisan saya. Bayangkan saja anda Detektif Sherlock Holmes yg ditugaskan membina profil diri saya, dan satu2nya sumber yg anda ada adalah , weblog abgjas.blogspot.com – seronokkan?

Apapun, saya orang biasa-biasa saja….


SUMMARY


This week, allow me to write a little concerning the concept and the background of this blog of mine. In order not to have someone hoping for something which is not within my scope of discussion. My style of writing or expressing my ideas in this blog is simple and brief. It’s not my intention to touch on more formal and serious issues accademically, thus there will be no statistics nor sources of reference to support my oppinions. My views may not be necessary excellent but I will try to make it worth reading at the least. In fact the idea of having this blog came out because of my fondness of observing things my own way; and to understand the positive and the negative sides of them. Prior to this, my ideas were only heard by a small number of people. So my views sometimes just fade away with my forgetfulness. Therefore, one of the best things of having this blog is to be able to share my thoughts with more and more friends, from around the world perhaps.

9 comments:

Acid (mojiah709) said...

abgjas,
menjadi seorang perahsia yg penuh teka-teki. Tetapi itu adalah hak asasi abg. Sy menghormati pendapat dan keinginan abg.

Sy selalu berasa yg sy amat ketinggalan jika sy tidak membaca blog rakan-taulan blogger di lautan pasifik blog ini.

Bukan hanya nak mencari kenalan atau menjalin persahabatan, malah sy ingin menajamkan daya pemikiran sy yg dapat berkembang dgn membaca tulisan tuan dan taulan dgn cara penulisan yg berbeza.

Sy amat gembira kerana sy dapat menceduk idea dan terima nasihat yg bernas dari kalian.

Harap maaf jika bahasa sy terkasar atau tersasar kerana sy terlalu kerap berbahasa ingeris hingga terasa jauh ketingalan dalam berbicara mengunakan bahasa ibunda.

Anonymous said...

AbgJas tak nak buat entri khas 'Se-entry Bersama AbgJas' ker? Whereby us kengkawan nih boleh tanya macam² soalan kat AbgJas :D

Moga hasil tulisan AbgJas dapat menambahkan ilmu saya dan membuatkan saya terfikir sejenak. Iyelah dunia sekarang ni macam-macam ada.

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Membaca tulisan dan komen Greeny yg bernas menyebabkan abgjas terasa rendah diri. Tentu org nya bijak jugakan?

Rasanya abgjas bukan perahsia, tp mungkin juga timbal balas sikap abgjas sendiri yg tak berapa suka nak tahu ehwal peribadi org lain juga agaknya..


Hi Wan,
Terima kasihlah atas minat yg Wan tunjukkan. He..he..apa agaknya soalan2 yg Wan nak tanya tu ya?

Semut Api said...

Salam...
setahun jagung atau dua tahun jagung....bukan persoalannya ttp anda berani mengemukakan pendapat dan idea yg mungkin bole di jadikan khazanah & panduan diri sendiri dan org lain...tahniah!

para blogger kebanyakkannnya bukan penulis tersohor tapi mampu memberi pendapat yg bernas yg kadang2 tidak terfikir oleh org lain & tahukah anda penulisan blog bole meruntuhkan sebuah kerajaan.

...dan bagi kita blog adalh platform terbaik & mudah..

~Selamat Menulis~

Acid (mojiah709) said...

abgjas,
berani sy katakan, bahawasanya, abgjas adalah salah seorang sumber inspirasi sy dalam penulisan, seperti juga semut merah yg suka mengigit. Tulisan kalian penuh dgn research dan mendalam. Tapi bila tiba bab politik atau sensitif "I Give Up" cos I love writing and I write for what I love to".

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Abgjas dgr berita radio pagi tadi, media arus perdana diingatkan agar tidak bersaing dgn bloggers dlm menyampaikan berita! Wah, nampaknya tepat telahan Deanz, kuat juga pengaruh weblog dlm memimpin minda rakyat.

Hi Greeny,
Tak da research sebenarnya, merely observation.

shafarina said...

I am afraid to touch on sensitive issues dlm blog sejak ada pelbagai peraturan dlm kjaan sekarang. Jadinya, blog saya tu konsepnya santai sahaja. What I do, I like etc.

Tapi kalau komen dlm blog orang lain, OKlah kalau nak 'usik2' kjaan sikit!

AbGJaS said...

Hi Wan,
Kita serupa...kita serupa...

avie eicca said...

assalamualaikum abg jas!Apa khabar?Lama saya tak menjenguk blog abgjas.Sibuk terlalu sibuk hidup saya ni.Sibuk dengan projek akhir tahun dan tesis.Entah bila nak siap .Date due 6 oktober nih.Hehehe.
InsyaAllah saya akan jadi pembaca setia blog abgjas.Sebab best baca cara abgjas berfikir dan menulis ni.Pasal itu sensitif tu..saya rasa saya ada juga sentuh dalam blog saya kut..hehehe tiba2 saya pun tak terperasan.Jumpa lagi ya.Nanti lepas projek boleh luangkan masa membaca lagi.:)

Free Hit Counter