Monday, July 17, 2006

KESAN RAMA-RAMA

Pernahkah anda terbaca tentang Butterfly Effect (Kesan Rama-Rama) ? Saya fikir, idea mengenainya boleh di ungkap seperti berikut:

“Satu kibasan kecil sayap rama-rama di hutan Amazon di Brazil, mampu mencetuskan tornado di Texas, Amerika Syarikat.”

Sering kita mengkelaskan sesuatu perkara itu sebagai kecil atau besar, justeru yg kecil itu dianggap tidak penting maka dipinggirkan. 'Butterfly effect' menjelaskan , ada waktu2nya perkara kecil itu menjadi punca malapetaka besar di tempat dan waktu yg lain.

Untuk mencipta kejayaan besar, kita perlu bermula dgn kejayaan kecil; Dan untuk menghapuskan masalah besar, kita perlu menghapuskan masalah kecil dahulu. Tapi rasa saya, tak ramai yg mahu menerima prinsip begini, baik di peringkat rakyat hinggalah ke peringkat penggubal dasar dan undang2 sesebuah negara.

Mereka ini kalau mahu melakukan sesuatu usaha yg besar, mesti juga bermula dgn langkah yg besar juga. Kalau tidak sanggup, kata mereka, baik jgn buat apa-apa.

Cubalah derma RM2 melalui SMS, akan ada yg bertanya, apa yg boleh dibeli dgn RM2? Golongan ini jugalah saya yakin akan berkata apa masalahnya dgn kenaikan harga petrol 30 sen (cerita lama) ?

Kalaulah lah setiap kita menjiwai 'butterfly effect' ini, saya yakin banyak masalah besar baik sosial, ekonomi mahupun politik dpt di selesaikan.

Kita bercakap mengenai kemerosotan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita, tapi kita juga yg masih ‘ringan mulut’ mengeluarkan kata2 kesat, mengumpat, atau sebaliknya masih ‘berat mulut’ melafazkan kata2 sakti ‘sila’ , ‘tolong’, ‘terima kasih’ dll.

Kita bercakap mengenai sampai sarap merata2. Tapi kita sendiri yg masih membuang tisu, puntung rokok, kulit kacang menerusi tingkap kereta dgn alasan bernas, ianya ‘biodegradable’.

Kita bercakap mengenai maksiat berleluasa dan asyik menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak melakukan apa2. Tapi kita juga yg masih mendekati cabang2 maksiat yg kita anggap ‘kecil’ kesannya. Atau membiarkan anak sendiri berpakaian tak tutup aurat, singkat hingga nampak pusat!

Kita bercakap mengenai rasuah peringkat tinggi, tapi kita juga masih ‘curi tulang’ kat kantin pejabat, masih mengambil cuti sakit atau buat tuntutan tambang yg boleh dipertikai kesahihannya.

Huhh…banyak lagilah kalau nak cakap.

Namun,jangan sesekali memandang rendah kepada usaha anda, sekecil mana pun ia kelihatan. Sebutir duri yg kita buang di jalan itu, mungkin saja boleh membawa kita ke Syurga Allah S.W.T – InsyaAllah.


SUMMARY

One of the most popular phrases in science, the butterfly effect means that, in principle at least, the flap of a butterfly’s wings in Brazil can cause a tornado in Texas. Tiny changes to data can have huge consequences. But I try to perceive this theory differently. This Butterfly effect also shows us that to achieve a great success we sometimes can begin by doing rather a small thing. Conversely, to solve big problem, we can work out the smaller ones first. Never under-estimate your own effort however small it may seem to be. Your
2-dollar donation could just save a life of one person in a poverty-stricken country.

8 comments:

Acid (mojiah709) said...

kupu-kupu = rama-rama = butterfly.

insan yg kerdil, cantik tapi lemah. senang dipermainkan dan dianiaya.

mengapa masyarakat tak pernah ingin tahu apa yg tersirat dihatinya, mereka selalu ingin memiliki dan menghianati kesetiaannya.

memang benar kata abgjas tentang dia - si rama-rama.

shafarina said...

ingat tak movie the butterfly effects lakonan ashton kutcher?? (boifren demi moore tu)

Bak pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, Islam sendiri dah mengajar kita semua ttg ni. Jgn duduk berduaan.. mendekati zina. Jgn merokok, sakit jantung. Ajar anak2 sembahyang dari kecil. Dengarkan anak2 lagu2 pujian n zikir sejak dlm perut.

Cuma, tak ramai yg ikut. Tak stylo n tak rock.. Entahlah..

AbGJaS said...

I was running late Lisa, sorry..
OK, siap!

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Apakah kerana selalu dipermainkan, dianiaya, dikhianati maka segelintir mereka rela menjadi kupu-kupu malam?

Hi Wan,
Ada kah movie tu? I say..camne abgjas boleh terlepas bot.
Ada kaitan tk cerita tu dgn butterfly effect yg abgjas tulis?
Habaq mai sat..:)

Zamri Mohamad said...

Butterfly effect, satu teori komunikasi yang saya bentangkan dalam kelas dahulu.... berputar-putar mengikut coraknya..satu perbuatan yang bersifat gelombang dan mengikut rentak yang sama pada kadar yang ebrbeza

shafarina said...

hehe abgjas, ada... tapi susah gak nak carik VCD dia pasal x banyak jual.. cerita dia tak berapa laku..

ashton yg alami butterfly effect tu di zaman sekarang.. dan kemudian diflash back masa dia sekolah rendah kalau tak silap..

cerita dia samar, shot berpusing2 .. kat msia x berapa laku..

Acid (mojiah709) said...

abgjas,

yr comment is really very deep. not easy tho.

AbGJaS said...

Hi Wan,
Thanks atas maklumat movie tu..may be boleh tunggu siaran kat tv astro kan..suatu masa, suatu ketika..entah bila..di mana jua anda berada (melalut nih..)

Kpd penulis Motivasi Minda,
Saya bererima kasih dan hargai kunjungan penulis besar spt saudara. Semoga ada pertukaran2 idea yg seterusnya.

Hi Greeny,
I really admit that, easier said than done..

Hi Joe,
A comment from a brilliant people like u is very much awaited. Thanks.
"A long journey begins by a single step".

Free Hit Counter