Monday, September 29, 2008

DARI JAUH KU POHON MAAF..

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Terlebih dahulu saya ingin memohon berbanyak maaf kerana meninggalkan dunia blog sebelum ini. Mujur cuma dunia blog, kalau dunia fana, alamat pergi tak kembali…hehe

Ternyata saya bukan blogger yg baik kerana tidak konsisten dalam berkarya. Hampir tiga tahun blog saya berjalan agak lancar saya kira, namun sejak kebelakangan ini, beban kerja merupakan hambatan utama. Rindu rasanya utk berinteraksi dengan rakan-rakan blogger yg sebelum ini menjadi sebahagian drpd aktiviti harian saya.

Mungkin juga saya bukan multi tasker yg mampu lakukan banyak kerja dalam satu masa justeru kehadiran saya dalam dunia blog terpaksa dihadkan. Andai ada kelapangan , saya akan cuba mengemaskini blog saya di samping berkunjung ke laman-laman blog rakan lain. Namun jika keadaan tidak mengizinkan, saya mungkin akan menghilang lagi bak biskut chipsmore – sekejap ada, sekejap tiada!

Moga rakan-rakan blogger menerima keadaan saya seadanya.

Lanjutan daripada itu, sempena dgn Aidilfitri yg bakal menjelma, sekali lagi saya mohon seribu kemaafan atas segala salah-silap saya, yg zahir yg batin, menerusi karya serta komen2 yg telah saya berikan.

Bak kata lagu Aman Shah (my fav raya song)

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali.
.



-ABGJAS @ PEDANG SAMURAI
Free Hit Counter