Monday, July 23, 2007

Friday, July 13, 2007

MALU…TAK MALU?

Sekarang ni, saban hari kita disajikan media dengan laporan perbicaran yg penuh sensasi – From Mongolia With Love (FMWL). Anda semua tahu lah tu kan? Namun bukanlah niat saya utk mengulas perjalanan perbicaraan tersebut yg entah masuk hari keberapa dah ni.

Cuma sekadar bermain dalam fikiran , kenapa di kalangan orang yg tertuduh , ada yang bermati-matian menutup muka – dengan jaket, surat khabar, topi, rambut yg panjang, kacamata hitam atau setidak-tidaknya tarik saja t-shirt ke atas hingga kelihatan seperti orang tanpa kepala!.

Sementara ada segelintir pula yg boleh tersenyum lebar apabila berdepan wartawan dan jurugambar, siap melambai-lambai mesra lagi.

Dalam contoh kes sensasi FMWL , ironinya ketiga-tiga tertuduh dibicarakan di bawah seksyen yg sama. Malah jika sabit, juga akan menerima hukuman sama – mati!

Saya cuba melegar-legarkan fikiran saya mencari rasionalnya dalam senario ini.


DAH TAK MALU DAH…

Mungkin saja muka dah terlalu tebal hingga tak mampu ditembusi perasaan malu, ‘muka tembok’ bak simpulan bahasa. Benarlah kata Nabi Muhammad S.A.W “Jika malu sudah tiada, maka perbuatlah apa saja”. Orang macam ni memanglah teruk. Sudahlah tak malu, malah bangga pula dgn perbuatan (salah) yg mereka lakukan.

Kadang kala ada kesilapan kita seperti dibuka jalan untuk disembunyikan.
Jangan lah pulak kita sendiri yg membuka pekung di dada . Allah melarang kita membuka keaiban yg Allah sendiri telah menutupnya.


KEMALUAN DAH TERLALU BESAR UNTUK DITUTUPI

Yakni ‘keaiban’ dalam istilah yg lebih halus. Biasalah, utk mereka yg telah dikenali, artis, tokoh politik, ahli sukan, pegawai tinggi kerajaan misalnya, maka tiada gunanya utk menyembunyikan wajah kerana ‘orang kampung semua dah tahu’.
Lucu juga jika penganalisis politik (kes FMWL) itu menutup mukanya dgn jaket dan kita semua pakat-pakat berkata “Macam lah kitorang tak tau….”
Maka untuk mengelak dilihat bodoh, mereka pun membuat muka selamba utk menggambarkan mereka berada di pihak yg benar.


BERANI KERANA BENAR.

Namun disebalik semua itu, kita juga tidak boleh menolak, mereka ini belum lagi dibuktikan bersalah. Mungkin juga tertuduh sebenarnya bersikap berani kerana benar. Dengan mentutup muka pasti akan melihatkan mereka seperti orang bersalah. Maruah diri mesti ditegakkan.

Allah jua mengetahui segalanya…

Monday, July 02, 2007

Free Hit Counter