Ketika berada di kedai gunting rambut kelmarin membuat saya berfikir-fikir. Seronok sebenarnya untuk memiliki sebuah kedai gunting rambut dalam sesebuah komuniti masyarakat . Pernah tengok filem ‘Barber Shop’ lakonan Ice Cube? Saya bercakap mengenai kedai gunting rambut biasa (milik seorang mamak india kalau di tempat saya), bukannya hair salon yang fancy dengan hair dressers berskirt pendek…
Saya dapat rasakan keakraban dan kemesraan yang terjalin antara tukang gunting dengan orang-orang setempat – Assalamu’alaikum Tuan Haji , Selamat pagi Cikgu, Apa khabar boss? Amacam bisnes Orang Kaya? Bila nak pilihan raya YB? – pelbagai sapaan si tukang gunting kepada mereka yg ‘regular’ setiap kali pintu dibuka. Menandakan beliau cukup mengenali setiap mereka .Saya yakin bagi pengunjung tetap , jalinan itu ada yg mencecah belasan kalaupun tidak puluhan tahun. Dari kecil, hingga ke usia pencen!
Cuma saya perasan, golongan remaja tidak begitu kedapatan mengunjungi kedai gunting sebegini. Macam saya katakan tadi, mereka mungkin lebih gemar ke hair salon yg lebih fancy. Tak mengapalah, selepas mereka melalui semua zaman ‘darah muda’ mereka, mereka akan datang semula bak seluang yg melaut.
Dek latar belakang yg pelbagai, pastinya setiap watak itu akan mempunyai cerita2 yg pelbagai juga seperti anak lulus periksa, dapat kerja, hutang banyak, dapat menantu, kematian, kelahiran, beli kereta baru malah beristeri baru!! Tidak ketinggalan juga mengulas isu2 politik. Tetapi sekadar perbualan santai sementara gunting menjalari tugas rutinnya di kepala kita.
Saya membandingkan kerjaya ini dgn seorang doktor di klinik swasta, yg juga mungkin juga mempunyai pengunjung tetap. Tetapi saya kira pengunjung2 klinik hanya datang ketika sakit, pastinya tidak seceria pengunjung kedai gunting. Kelebihan tukang gunting ada di situ..
Teringat saya akan kata-kata seorang yg pernah berkerja sebagai tukang gunting mantan Perdana Menteri, Tun Dr..Mahathir, selama hampir 20 tahun. “Saya satu-satunya orang yg boleh memegang kepala PM dan mengarahkan beliau menoleh ke mana yg saya suka”. Saya kira betul sungguh dakwaan tukang gunting itu.
Cuma satu pesan si tukang gunting; jangan mengubah fikiran selepas digunting, kerana katanya, rambut yg sudah dipotong tak mungkin di sambung semula…
OK mamak…kasi masaj ini leher sikit!! Wokaay…siaaap!!
Tuesday, February 20, 2007
Monday, February 12, 2007
Monday, February 05, 2007
BIAR…
Subscribe to:
Posts (Atom)