Monday, May 08, 2006

..YANG INDAH ITU BAHASA.

Ada suatu hari tu, sedang saya mendengar siaran di stesen radio, seorang pemanggil menelefon stesen berkenaan untuk memberi ucapan. Katanya ‘Selamat pengantin baru, semoga bahagia ke anak cucu..’.
Kemudian si DJ menegur ‘tak boleh kata begitu, katalah semoga berbahagia ke akhir hayat..’

Lantas, saya terfikir2 sendiri, adakah orang kita sudah mula menolak atau tidak faham akan ciri-ciri tersurat dan tersirat yg kaya dlm bahasa Melayu? Saya tidak fikir sama sekali pemanggil itu mempunyai niat agar pasangan itu berbahagia setakat ke anak cucu, maka selepas itu mereka pun bercerai-berai dan menderita!?

Ungkapan ‘berbahagia ke anak-cucu’ bagi saya sudahpun serasi membawa maksud ‘sampai bila-bila’ ataupun ‘selama-lamanya’. Ianya semata-mata melengkapkan rima apabila didahului dgn ungkapan ‘Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu’.

Sama halnya dgn ungkapan ‘Selamat hari jadi, panjang umur , murah rezeki’.

Kedengaran juga pendapat seorang ustaz mengenai ungkapan ‘Aku naik saksi..’ dalam terjemahan kalimah syahadah. Katanya ‘nak naik ke mana?’. Habis tu bagaimana dgn ‘naik marah’ ? ‘naik radang’ ?, ‘naik angin’ ? jatuh hati ? ‘kalah mati’ ?

Persoalan saya, adakah kita tidak lagi perlukan nilai estetika bahasa, justeru semuanya mahu secara langsung, secara terus? Tidak perlukah lagi kiasan, simpulan bahasa atau yg seumpamanya melainkan semua literal belaka? Jika ada seorang bapa berkata kepada anaknya ‘besar besok jadilah orang berguna’ , maka besok jugalah anak itu akan besar , dan besarnya pula seperti Big Show yang sememangnya BESAR!!.

Dengarlah nasihat orang tua, mereka dulu yg makan garam. Maka menjawablah golongan ‘tak reti bahasa’ ini, jangan makan garam banyak sangat nanti kena darah tinggi!

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Dan mungkin nanti ada yg berkata, dalam dunia serba pantas ini, kita tidak punya banyak masa untuk berkias ibarat. Kalau jimat masa yg dihujahkan, maka baiklah kita semua menggunakan bahasa atau tulisan seperti dlm sms mahupun ‘chatroom’;
Selamat menjadi ‘camat’, kerja jadi keje, semua jadi sume, lain jadi len dan macam-macam lagi .

He..he..cukuplah dulu…AKUM.

12 comments:

Acid (mojiah709) said...

saya setuju dgn kata kata tuan.
sememangnya, amat lah memalukan dan menyedihkan bila kita membaca tulisan didalam berbagai bentuk bacaan yg ada sekarang ini.
terlalu banyak perkataan ingeris yg dimelayukan hingga kita kehilangan kekata asal melayu. hilangkah melayu di dunia jika kita terlalu sibuk mempertabatkan budaya orang barat? Kerana ingin mengejar kemajuan, haruskan kita menceduk perkataan ingeris?
anak muda dan pelajar akan kehilangan jati diri dan menjdai keliru dalam memilih perkataan untuk dijadikan wadah tulisan karangan dan tulisan seharian.
Saya juga pernah mendengar teguran dari DJ radio di negara saya yg juga mengatakan perkara yg sama, tentang ucapan 'hingga keanak cucu' kat DJ tersebut, "kenapa tak ucapkan hingga ke syurga" kesian pemanggil tersebut, dia menjadi malu lalu terus mengikut saranan DJ tersebut.
Akhir kata, saya amat merindukan novel novel yg mengunakan perkataan melayu asli dulu, seperti buku kegemaran saya "sebuah rumah di lereng bukit" buku itu saya baca berulang kali, amat bernas dan penuh isi. Tapi, kalau kita membaca novel sekarang, ia dipenuhi dgn perkataan ingeris yg dimalyukan seperti'"imaginasi, komplikasi, kompromi" bukankah lebih baik dikenalkan kepada anak bangsa kita perkataan melayu daripada diceduk bulat bulat perkataan ingeris.
Saya berharap agar saudara sudi menerima saya sebgai rakan blog agar kita dapat berkongsi sama perndapat dan menajamkan minda kita.
wasalam.

AbGJaS said...

Hi Greenmonster,
Terima kasih atas kunjungan. Menjadi rakan blog? Tentu sekali, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Buah fikiran yg dikongsi tidak akan berkurang, sebalik semakin bercambah. Itulah yg kita semua lakukan..

Acid (mojiah709) said...

Abgjas,
pernah tak kamu baca novel "sebuah rumah di lereng bukit?" best tau...itu buku saya dapat dari pada guru saya for something.

AbGJaS said...

Belum nampaknya Greeny (boleh ke panggil Greeny?),'Seorang tua di kaki gunung' pernah..
Siapa penulisnya dan mengenai apa cerita tu?

Acid (mojiah709) said...

ceritanya mengenai perjuangan keluarga miskin. Mereka bersusah payang mengejar kesenangan. Maaf Abgjas sebab saya lupa penulisnya, kerana dah terlalu lama sangat saya membaca buku tersebut.

By the way, buku 'seorang tua di kaki gunung" tulisan siapa dan bagaimana synopsis nya. Saya kadang kala gemar membaca novel melayu, tapi kekurangan masa kerana masih belajar sambilan sambil bekerja sepenuh masa.

shafarina said...

AbgJas,

Ada yang bertelagah mengenai pencemaran bhs dalam blog atau SMS. Itu pada saya medium separa rasmi, tidak mcm media cetak dan media electronik (TV). Jadi sy sendiri 'tak amik pot' ttg bhs dalam blog atau SMS.

Bg saya, yg penting apa fungsi DBP kalau semua perkataan luar dicedok ke dlm bhs ibunda mengikut acuan Indonesia. Apa salahnya budget = belanjawan != bajet. Apa kurangnya commercial = iklan != advertensi.

Itu, yang sy tak setuju.

Media cetak, bahasa pun separa rasmi. Nak lagi akhbar tabloid. Apa fungsi pihak kjaan berkaitan??

:)

AbGJaS said...

Hi Greenmonster,

Sori lah juga, sebab abgjas pun lupa penulis buku tu,tp beliau agak ternamalah. Oops! sinopsisnya juga tak ingat, lama sgt dah baca buku tu. Nanti try recall balik.

Hi Wan,
Abgjas pun tak kisah sangat dgn penggunaan bahasa sms/chat tu.
Rasanya itu sekadar bahasa tak rasmi yg mengikut aliran semasa.

Dlm post tu, Abgjas cuma kaitkannya dlm konteks menjimat masa..

Yg penting semua pihak ada peranan masing2 utk mendaulatkan bahasa kita kan?

Hi Lisa,
Yeap! A whole new world it is!!
Boleh cakap melayu?

Semut Api said...

Salam abg jas..

Sy ingin merujuk kpd 'Tidak perlukah lagi kiasan, simpulan bahasa atau yg seumpamanya melainkan semua literal belaka?'

Nenek Moyang kita cukup sinonim dengan peribahasa maupun simpulan bahasa di mana mereka sering dikaitkan dengan penciptaan peribahasa pada zaman dolu-dolu.

Peredaran dan perubahan zaman membuatkan generasi millenium kurang ambik pot tentang peribahasa yang tercipta mengikut latar zaman dan masyarakat pada masa itu untuk di jadikan panduan pada masa sekarang.

Persoalannya adakah peribahasa masih lagi relevan di era millenium ini?

AbGJaS said...

Salam Deanz,

Kalau kita masih sayangkan bahasa Melayu, tegas jawapannya, ya.

Soal relevansi tu, kena tengok kontekslah. Mungkin penggunaannya tak lagi sekerap dulu, tapi biarlah ia tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

AbGJaS said...

No problem Lisa, I'll assist u from time to time.

to start with, in Malay,
' A ' takes the sound of the vowel in Art, Ark, cUt etc.

Anonymous said...

Enjoyed a lot! » » »

Anonymous said...

Best regards from NY! »

Free Hit Counter