Sunday, April 30, 2006

HORMAT DIRAIH, BUKAN DITAGIH.. III

Mulai kali ini, saya akan cuba menyelitkan pantun Melayu klasik dalam tulisan saya – InsyaAllah.

Puas saya bertanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas saya menabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Rasanya saya terlupa yg nilai2 masyarakat kini dah banyak berubah, macam pantun di atas. Betulkah dengan memiliki akhlak yg mulia, kita masih mampu meraih rasa hormat orang lain? Apa lagi dalam zaman materi kata orang Indonesia.

Menurut pandangan Noor , semakin ramai generasi hari ini yg mula meninggalkan Al-Quran mahupun nilai dan ajaran di dalamnya. Tentu kita tahu, tiada kayu ukur terbaik selain Al-Quran dan Al-Hadis. Ini kerana nilai dan norma2 masyarakat boleh sahaja berubah atau berbeza mengikut tempat dan masa.

Renungi situasi berikut:

Apabila aku beri salam, mereka kata selamat malam!
Apabila aku senyum, dikatakan aku perasan.
Apabila aku berkerja dgn tekun, dikatakan aku nak kipas boss.
Apabila aku tolak rasuah, ramai yg lain menadahnya.
Apabila aku tak hulur, aku kebulur..
Apabila aku tolong makcik melintas jalan, mereka kata awek kalu bolehlah tahan.
Apabila aku tegur pasangan berpelukan di tempat awam, kata mereka baju masih ada di badan..

Tapi Wan kata, hormat boleh disogok. Mungkin begini maksudnya:

Kalau aku berpangkat lagi berharta, orang hormat aku sentiasa.
Selamat pagi Tuan, Sila duduk Tuan..
mesti mereka nak aku belanja teh tarik,
nak sokongan aku utk dpt projek,
atau rekomen biasiswa utk anak mereka
tak pun nak mintak taja jersi pasukan bola.

Akhlak aku teruk ? Tak solat dan sering mabuk?
GRO, dangdut, karaoke keluar masuk ?
Tak de masalah, mereka kata itu hal individu,
tabik Datuk, cucu nak tumpang lalu,

tandanya mereka masih hormati aku…

12 comments:

Semut Api said...

Salam..

Dalam dunia ni terlalu byk kasta yang perlu di patuhi ..agaknya (?)

shafarina said...

Adeh AbgJas,

Terasa sungguh. Tapi memang betul apa yang ditulis tu.

As simple as, bila polis nampak sticker/ crest kat windscreen, dia tak jadi saman. Just tegur² mesra, padahal kita ni speeding gila.

:|

AbgJas punya pengalaman sendiri?

AbGJaS said...

Hi Deanz,
Kasta dicipta oleh manusia..dan manusia juga yg merana kerananya..

Hi Wan,
Datuk nak tumpang lalu tu..
Hmm, pengalaman sendiri? Tak ada yg unik nampaknya. Tapi pengalaman org lain sudah cukup membuka mata..

Acid (mojiah709) said...

ingin saya berkongsi pantun lama yg saya selalu sematkat didada, agar saya tidak lupa diri.

"Yang merah itu saga,
Yang lorek itu kendi,
Yang Indah itu bahasa,
Yang elok itu budi"

wasalam

AbGJaS said...

Hi Greenmonster,
Wah, kebetulan pantun tu memang abgjas masukkan dlm post selepas ini..'yg indah itu bahasa'.

Acid (mojiah709) said...

adbgjas,

gerek seh. saya ni minat berpantun. juara pantun di TV sewaktu masih remaja dulu.

Acid (mojiah709) said...

Selamat pagi Abgjas,

izinkan saya kongsi sama pantun saya;

(1)
Teratai layu ditasik madu,
Mawar putih harum baunya;
Berpunama sukar beradu,
Mata dipejam tidur nak lena.

(2)
Senyap sepi tanpa berita,
Mungkinkah sibuk setiap masa;
Diam membisu tanpa berkata,
Madu di minum terasa bisa.

wasalam.

AbGJaS said...

Hebat pulak pantun Greeny tu.. betul ka dulu juara pantun kat tv?


Ranting patah terkena duri
sakit terasa tidak terperi
blogging cuma di waktu pagi
itupun sekadar sejam sehari.

Acid (mojiah709) said...

Jawapan saya;

Blogging cuma diwaktu pagi,
itupun sekadar sejam sehari;
terasa terhibur didalam hati,
membaca coretan abg setiap kali.

AbGJaS said...

Hi lagi Greenmonster,

Greeny juga buatkan abgjas senyum dan menyeringai (smile n grin?).

Tau tak sesuatu yg menarik tentang Greeny? Anda menguasai B.I dgn baik tapi masih tak melupai jati bahasa sendiri.

Abgjas angkat topi..

Acid (mojiah709) said...

Abgjas angkat topi,
Topi dipakai menutup kepala;
Webblog abang memang berapi,
Menguatkan semangat membakar minda.

Saya ni masih green (hijau = mentah) dan sedang belajar bertatih.

Kalau sepantun dua tu, boleh lah juga, sebab pada hemat saya, blogging ini ibarat "interactive media" dan saya dapat mengenali budi-bahasa orang yang jauh di sana.

Anonymous said...

What a great site »

Free Hit Counter