Meraih hormat? Apa yg patut ada pada diri supaya dihormati kalau bukan pangkat, darjat dan harta yg bertimbun2? Jawapannya ada secara percuma dlm diri kita sendiri, iaitu AKHLAK . Ya...orang yg berakhlak mulia nyata lebih mudah meraih hormat daripada orang lain.
Mungkin ada yg mengatakan, iman lebih menepati apa yg saya maksudkan, tapi saya mempunyai sebab utk tidak berfikir demikian. Iman bagi saya merupakan hak mutlak Allah S.W.T utk menilai makhluk ciptaanNya. Sementara akhlak merupakan komponen kecil yg subset kepada iman. Dalam erti kata lain, orang beriman semestinya berakhlak tetapi orang berakhlak tidak semuanya beriman.
Jadi, bukan kita sesama manusia untuk sewenangya mengatakan si polan itu beriman atau tidak. Tak semestinya mereka yg mengamalkan kesemua rukun Islam itu sempurna imannya (walaupun seharusnya begitu!!). Banyak hadis Nabi menolak kesempurnaan iman sekiranya tidak mengamalkan kebersihan, tidak mengasihi saudaranya dll.
Jadi saya tetap memilih faktor ketinggian akhlak dlm perbincangan ini kerana ianya boleh diukur oleh pandangan manusia biasa. Bahkan, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri diutus utk menyempurnakan akhlak yg baik!
Justeru, sesiapa yg teringin sangat utk dihormati, perlulah mempunyai akhlak yg mulia. Orang berharta yg selalu menggunakan hartanya utk kebaikan, orang berdarjat yg tidak sombong dgn org kebanyakkan, org berilmu yg tidak menyalah gunakan ilmunya, orang tua yg mengasihi orang muda; Mereka ini selayaknya dihormati.
Walaupun dah bersara dari jawatan tinggi, namun hormat orang tak pernah luak andai akhlak menjadi sandaran.
Saya mengetahui satu insiden suatu ketika dahulu di mana seorang naib canselor (dah bersara dah..) sebuah universiti tempatan mengherdik seorang tukang kebun di tempat terbuka di depan ramai mahasiswa/i. Saya tertanya2, kini masih ada lagikah insan2 yg menghormati mantan NC ni secara tulus lagi mulus?
Wah..kelihatannya hujah saya di atas lebih menampakkan hormat itu, ekslusif utk org yg ada-berada. Bagaimana dgn nasib orang2 biasa? Yang tidak punya apa2 utk dibanggakan? Adakah ruang utk mereka dihormati?
Jgn bersedih kawan… ada 1001 cara utk menjelmakan ketinggian akhlak dlm diri kita masing2. Amalkan hidup dgn berbudi bahasa, ringan tulang, lakukan kerja yg diamanahkan dgn cekap dll. Bos pun akan hormat, malah sayang dgn staf sebegini.
Tapi di sebalik semua ini, saya rasa, saya dah terlupa sesuatu……mmm..apa tu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
AbgJas,
'Terasa' juga bila membaca entri pasal hormat ni. Semua yg AbgJas tulis betul.
Kita, manusia, lalai bila didedahkan dengan benda yg kita tak pernah dapat. Mula-mula diberi, bila dah sedap menerima kita mula meminta.
Jawatan, lesen paling besar utk mendapatkan sesuatu samada kita suka atau tidak. Mcm cth yg AbgJas bg psl VC tu. Sama juga dgn retired general yg tak reti nak bayar bill pun, nak buat passport kena beratur.
Mulalah sedar diri, di mana datang respect dan letaknya semua respect orang pada dia selama ini.
Doa-doakan kita umat Islam dan saya sendiri tak hanyut. :)
Thanks Wan, teruskan mengikuti entri seterusnya. Sebab abgjas akan cuba mengulas point `kehormatan boleh dibeli / disogok' spt yg Wan bangkitkan dlm komen sebelum ini.
Darjat....
bukankah sejak dari dulu lagi, di zaman nenek-moyang kita, orang memandang darjat yg mereka nilaikan dari harta dan kekayaan.
Di zaman ini, darjat....
juga dinilai dari jenis pekerjaan, pelajaran, status rumah (dari banglo ke setingan), jenis kereta yang di pandu (kereta mewah dan sebagainya).
----saya amat membernci pada orang yang hanya menilai seseorang dari status dan kebendaan. Rasa hurmat saya amat pada orang yang berakhlak mulia, berkhemah tinggi, berpelajaran duniawi dan ukhrawi.
------Harta yang di kumpul todak akan dapat dibawa mati, selain dari kain putih yang menyelimuti tubuh yang dingin tanpa roh.
Wasalam
Enjoyed a lot! » »
This is very interesting site... divorce child Sony handycam stamina ccd-tr427e http://www.gpscar.info/Barcode-scanners.html Free pop up blocker and spyware killer
Post a Comment