Wednesday, April 05, 2006

HORMAT DIRAIH, BUKAN DITAGIH.. I

Oleh kerana wujudnya maruah dan harga diri pada setiap individu, maka timbul rasa ingin dihormati. Kalaulah kehormatan itu boleh ditanam sendiri umpama menanam pokok getah , semua orang akan tanam pokok getah. Bukan kerana harga getah naik tp kerana nak kan kehormatan diri.

Malangnya, kehormatan ini dinilai oleh orang lain terhadap kita. Justeru daripada orang lain jugalah kehormatan itu diperolehi.

Cuma apa yg sering kita nampak, ramai orang menagih, menuntut malah memaksa orang lain utk menghormati dirinya. Dan penghormatan itu seolahnya bergerak menuruni heirarki masyarakat.

Misalnya, org berpangkat menagih penghormatan drpd org bawahan , org berharta menagih hormat drpd yg papa, org berilmu menagih hormat drpd yg jahil, org berdarjat menagih hormat drpd yg yg marhaen, org tua menagih hormat drpd yg muda dsb.
Sehinggakan ada golongan yg mendakwa mereka `berhak’ dihormati.

Secara peribadi, saya tidak percaya kpd peraturan di atas. Namun ia berleluasa dlm masyarakat, maka sesiapa yg tidak mematuhinya dikatakan melanggar norma.
Lantas, kalaupun wujud penghormatan itu, ia bersifat sementara dan menempel. Hilang pangkat, hilang hormat; Hilang darjat, jadi keparat !

Maka adalah org2 yg ketika berpangkatnya sangat dihormati (khususnya yg berjawatan menteri) dan cakap2nya dipatuhi, namun apabila pangkat tiada, budak pejabat pun tak pandang sebelah mata..

Bagi saya, hormat perlu diraih, bukan ditagih. Sesuatu perlu dilakukan utk mendapatkan penghormatan. Justeru, bagaimanakah agaknya meraih rasa hormat org lain terhadap kita? Hmm..kena fikir dulu..

6 comments:

AbGJaS said...

Hi Amani, lama x dgr kbr.
Thanks ats komen Amani. Sebelum kita mahu org lain hormat kita, kita kena hormat org lain dulu kan?

shafarina said...

Basically saya pun setuju. Sepatutnya begitu.

Tapi sekarang, dah lain. Denagn jawatan, U boleh mintak apa saja dan kalau tak mintak pun, disogok apa saja.

Kena berhati2

Lil Noorie berkata said...

islam xdijadikan pegangan dan amalan quran xpula dibaca dan langsung xdihayati, hadith Nabis saw langsung xdipandang maka manusia hidup atas semata2 aim for money, keselesaan dan maka mereka pon menangih hormat dari manusia hurmm betol ker abg jas?

AbGJaS said...

Wan ada point yg bagus di situ, hormat bukan saja ditagih malah boleh disogok dan dibeli..

Noor pula memberi sebab mengapa situasi yg Wan katakan tu wujud dlm masyarakat.

Satu yg positif dlm blog ni, kita boleh memperbaiki satu sama lain.
Minda yg dikongsi tak jadi kurang malah bertambah tajamnya..

Thanks to Noor, Wan n Amani :)

Anonymous said...

Best regards from NY! »

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »

Free Hit Counter