Sekarang ni, saban hari kita disajikan media dengan laporan perbicaran yg penuh sensasi – From Mongolia With Love (FMWL). Anda semua tahu lah tu kan? Namun bukanlah niat saya utk mengulas perjalanan perbicaraan tersebut yg entah masuk hari keberapa dah ni.
Cuma sekadar bermain dalam fikiran , kenapa di kalangan orang yg tertuduh , ada yang bermati-matian menutup muka – dengan jaket, surat khabar, topi, rambut yg panjang, kacamata hitam atau setidak-tidaknya tarik saja t-shirt ke atas hingga kelihatan seperti orang tanpa kepala!.
Sementara ada segelintir pula yg boleh tersenyum lebar apabila berdepan wartawan dan jurugambar, siap melambai-lambai mesra lagi.
Dalam contoh kes sensasi FMWL , ironinya ketiga-tiga tertuduh dibicarakan di bawah seksyen yg sama. Malah jika sabit, juga akan menerima hukuman sama – mati!
Saya cuba melegar-legarkan fikiran saya mencari rasionalnya dalam senario ini.
DAH TAK MALU DAH…
Mungkin saja muka dah terlalu tebal hingga tak mampu ditembusi perasaan malu, ‘muka tembok’ bak simpulan bahasa. Benarlah kata Nabi Muhammad S.A.W “Jika malu sudah tiada, maka perbuatlah apa saja”. Orang macam ni memanglah teruk. Sudahlah tak malu, malah bangga pula dgn perbuatan (salah) yg mereka lakukan.
Kadang kala ada kesilapan kita seperti dibuka jalan untuk disembunyikan.
Jangan lah pulak kita sendiri yg membuka pekung di dada . Allah melarang kita membuka keaiban yg Allah sendiri telah menutupnya.
KEMALUAN DAH TERLALU BESAR UNTUK DITUTUPI
Yakni ‘keaiban’ dalam istilah yg lebih halus. Biasalah, utk mereka yg telah dikenali, artis, tokoh politik, ahli sukan, pegawai tinggi kerajaan misalnya, maka tiada gunanya utk menyembunyikan wajah kerana ‘orang kampung semua dah tahu’.
Lucu juga jika penganalisis politik (kes FMWL) itu menutup mukanya dgn jaket dan kita semua pakat-pakat berkata “Macam lah kitorang tak tau….”
Maka untuk mengelak dilihat bodoh, mereka pun membuat muka selamba utk menggambarkan mereka berada di pihak yg benar.
BERANI KERANA BENAR.
Namun disebalik semua itu, kita juga tidak boleh menolak, mereka ini belum lagi dibuktikan bersalah. Mungkin juga tertuduh sebenarnya bersikap berani kerana benar. Dengan mentutup muka pasti akan melihatkan mereka seperti orang bersalah. Maruah diri mesti ditegakkan.
Allah jua mengetahui segalanya…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
benar...saya juga selalu tertanya2 kenapa mesti mereka menutup muka sehingga adakalanya saya rasa jika polis yang mendorong mereka berjalan itu melepaskan pegangan mesti mereka jatuh tersungkur. mungkin mereka berharapan "if i get away with this at least x adalah semua orang kenal, sampai nanti keluar pegi kedai runcit beli kicap pun org tegur "eh you yg kat tv bunuh orang tu kan?" (contoh sajalah). bagi yang dah kenal x apa lah, apa buleh buat, dah kenal. tapi jangan sampai orang yang tak kenal, jadi kenal gara2 perkara x baik ni.
tapi yg annoying...sama kes mcm mona fendi dulu tu. sdhlah menjadi tertuduh, klu pun merasa berada d pihak yg benar dan cuba hendak tunjukkan "berani kerana benar" tidak perlu membuat muka yang terlebih2 sengih atau kadang2 seperti gembira sakan x bertempat. seperti tidak kena apabila sempat lagi mengucapkan "god bless you" kepada wartawan yang membuat liputan atau kepada orgramai. aneh, "no. god bless you..you lah yg perlukan bless itu". dan senario yang sama juga kelihatan dalam kes yang hangat skrg ini. si suami berperangai seperti mona fendi dan si isteri seperti obvious sangat menunjuk2 yang dia memberi sapot kepada suaminya, yg taat dan sentiasa percaya suaminya innocent..sehingga adakalanya kelihatan unnatural.
astghfirullahalazim. bukan niat saya mengata apa yang jelek di mata saya atau membesar2kan keburukan yang dilakukan hamba Allah yang lain. kita tidak "berada di dalam kasut mereka". kita tidak tahu. tapi Allah tahu segala2nya.
Hmm..tak pernah pula terlintas pula nak fikir hal2 macam ni.( mungkin otak saya berat fikir benda lain). Tapi kalau dilihat memang teruk cara mereka cover diri mereka dengan jaket dan baju. Kes pembunuhan mongolia ini sama saja dengan kes mona fendi. Cuba cara pembunuhan tidak sama. Satu canggih ( guna bom) satu lagi tradisional.Satu berkecai satu lagi kerat 18. Huhu..
Hi Mangosteenskin,
May be itulah peranan seorang isteri, selalu berada di belakang suami no matter what... cuma kadang2, yg mcm Mangosteen sebut, lebih sudu dari kuah..
Err..abgjas tak berani nak sebut kes Mona Fendi, dia sudahpun menerima hukuman (gantung...
Hi Marina
Gutten Mugen...masih di Germany?
1 berkecai, 1 kerat 18... mcm mana pun pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga kn? Crime doesnt pay..
"KEMALUAN DAH TERLALU BESAR UNTUK DITUTUPI"
hehehehe
salunya depa tutup muka sebab malu dan tak nak org kenai depa bila depa didapati tak bersalah dan bebas.
yang tak tutup muka tu mungkin sebab mang tak bersalah atau tak tau malu.
bagus aaa entry nih.
tq
err...pasal mona fendi tu bukan niat saya mengungkit2 kisahnya semula. benar juga, dia sudah menerima hukumannya.
cuma secara kebetulan saya menggunakan kes itu sebagai contoh yang jelas sahaja. kerana pasti semua orang masih ingat. ishk...x berani cakap lebey...
errr.... saya tak berada dalam situasi mereka..
mungkin saya akan buat benda yg sama
tapi dlm kes lain, mungkin apa yg saya buat berbeza
Hi Azer,
Err..ada sesiapa boleh bagi statistik, berapa peratus drpd kes2 jenayah yg mana tertuduh didapati tidak bersalah?
Apa sudah jadi dgn kes Norita? Kes YB Norjan?
Hi Mangosteenskin,
Abgjas faham maksud Mangosteen.
Hi Wan,
Menarik abgjas baca frasa "tapi dlm kes lain, mungkin apa yg saya buat berbeza"..
Bak mai contoh sat?? :)
Post a Comment