Saturday, May 26, 2007

TANDA-TANDA BESAR

Nah!! Tanda-tanda besar sudah pun kelihatan (?????)…
Hhmm… maksud saya, kenaikan gaji kakitangan awam sudahpun diumumkan – satu tanda besar untuk berlakunya Pilihanraya Umum (PU) tak lama lagi.

Kalau tak silap, dah 3 kali saya mengikuti PU sebelum ini. Dan dgn penuh rasa tanggung jawab sebagai warga sebuah negara demokrasi, maka saya pun mengundi. Tapi kali ini saya benar-benar dah tak ada selera.

Tiga kemenangan besar berturut dlm pilihanraya kecil sebelum ini mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap parti pemerintah – 80% turun mengundi dlm pilihanraya kecil, memang luar biasa! Indeks Komposit yg sentiasa mencatatkan paras penutup lebih 1000 mata serta kadar tukaran matawang Ringgit terhadap Dollar Amerika yg semakin kukuh , membolehkan Pemerintah mencanangkan sedang berada dalam keadaan paling kukuh sejak isu DSAI melebar ke krisis ekonomi 1997.

Petanda-petanda begini kadang-kadang menjadikan pemerintah berasa begitu berkuasa, langsung menjadi angkuh dan pantang ditegur (malu berkongsi negeri dgn YB Kinabatangan) .
Kroni-kroni semakin tamak memonopoli kontrak2 kerajaan, sehingga yg tiada ‘kabel’ atau ‘suapan’ menjadikan gigit jari sebagai aktiviti rutin mereka.

Maka saya fikir, tiada manfaatnya utk saya turun mengundi utk menambah lagi keangkuhan dan ketamakkan itu. Seperti kata Lord Acton “Power corrupts, absolute power corrupts absolutely.”

Undi pembangkang!? Saya tak nampak langsung pembangkang ada peluang di kerusi DUN mahupun Parlimen di tempat saya. Bikin panat saja pigi mengundi diurang…

Bagai mana dgn hak demokrasi?? Ahh…demokrasi boleh saja diketepikan atas pelbagai nama dan alasan. Bush dgn ‘veto’ dan ‘war against terror’nya. Malah UMNO sendiri mengetepikan demokrasi – berapa tahun dah tiada pertandingan kerusi Presiden dan Timbalan? Kononnya atas nama perpaduan ??

Biarlah…nanti kalau demokrasi benar2 mati, boleh saja minta bantuan Amerika utk membebaskan negara kita, seperti mana Iraq, Afghanistan dll. Mudahkan ?

Berbalik kpd isu tanda2 besar tadi, saya ni bukan kakitangan awam, justeru tiadalah makna 7.5 ke 30 peratus tu buat saya. Namun kenaikan harga barang/perkhidmatan pasti terus menghantui.
Mungkin saya patut naikkan juga yuran kelas saya….hahaha..

9 comments:

avie eicca said...

Kadang2 saya rasa saya mahu keluar dari Malaysia. Tapi saya berpegang kuat hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri..

saya tak daftar undi lagi..Saya tak suka sokong dua2 calon barisan dan roket. heh

Azer Mantessa said...

saya lom daftar sbg pengundi. saya rasa saya tak akan mengundi sebab saya rasa saya tak nak rasa bersalah mengundi org2 yang tak patut diundi baik parti itu atau parti itu itu itu.

shafarina said...

Oh abgjas, nak naikkan yuran kelas? :)

ekonomi yang baik - harga barang naik.. mata wang kukuh, saham kukuh.. or is there something else?

semua orang dah tau pru dah dekat.. saya rasa saya miss 2 kali.. dan belum mendaftar undi lagi. sy macam azer. :)

AbGJaS said...

Hi Marina,
Jgn sesekali terlintas nk tinggalkan Malaysia, bak kata Marina hujan emas di negeri orang... Negara kita x seburuk mana. Syukurlah, smbil cuba memperbaiki mana2 yg mampu.

Hi Azer,
Tak nak mengundi? Ishh..ish..
tp Abgjas setuju, memang tk patut menangkan calon2 yg x tahu berkhidmat melainkan utk perut sendiri. Terasa mcm subahat pulak..

Hi Wan,
Wan pun x lg mengundi? Ishh..ishh..ishh..
Sebab2 lain? Next year DSAI dah boleh bertanding semula, satu faktor yg x boleh dinafikan.

err_quek said...

sy jua xdaftar lagik mengundi..klo dok ober-c nak daftar mane eh?xpe la..nnt balik mesia pas grad ke daftar la...
tp rasenyer,mcm xgi je mengundi...*hmmm*
sy da baik demam!
tnggal selesema sket2 jek...

AbGJaS said...

Hi Mas,
Best gak mengundi ni Mas, mana yg kita tak suka, kita PANGKAH parti dia...hehehe

Alhamdulillah klo dah sembuh..

Acid (mojiah709) said...

abgjas,

cakap pasal naik gaji...saya dan staff saya selalu complain sebab gaji naik ciput tapi kerja diberi boleh buat kami semput.

pasal mengundi, itu wajib bagi saya, kerana saya harus yakin pada calon yg benar benar boleh meminpin.

Semut Api said...

abg jas..

marilah...mari pergi mengundi...

kita lihat siapa yg kena kali ni...macam2 desas desus & kahabar angin mula bertiup..

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Ada kalanya seronok berkerja sendiri ni, pendapatan berkadar langsung dgn usaha...so kerja ciput, dpt ciput laaa..

Hi Deanz,
Tp susah juga nk 'kena'kan org yg banyak wang dan kuasa nih...

Free Hit Counter