Kali ini saya nak kongsi bagai mana untuk mengetahui usia seseorang yg acapkali di tanya, jawapannya ‘biarlah rahsia’ (terima kasih Siti , kerana menawarkan cara menjawab soalan cepu emas ini secara penuh diplomasi).
Lakukan 5 ujian berikut ke atas rakan anda itu. Tentu sekali anda tidak perlu memberitahu tujuan ujian ini dijalankan, kalau tidak, ‘kantoi’ lah kata remaja2 sekarang.
1) Ujian Imbangan
-Minta rakan anda itu berdiri atas kaki kiri, dgn kaki kanannya dibengkok ke belakang. Kedua tangan letak di pinggang sambil mata tertutup. Catatkan tempoh masa sebelum rakan anda mula hilang imbangan. Lakukan ujian ini tiga kali dan catatkan masa terbaik nya. Jika rakan anda bertahan selama 70 saat ke atas; usianya ialah 20 an; 60-69 saat, 30an; 50-59 saat, 40an; 40-49 saat, 50an; 30-39 saat, 60an; 20-29, 70an; di bawah 20 saat, 80an.
2) Ujian Tindak balas
- Pegang sebatang pembaris 45 cm di atas ibu jari dan jari telunjuk tangan (untuk menulis) rakan anda. Lepaskan pembaris itu dan ukur jarak ia jatuh sebelum rakan anda menangkapnya. Jika pembaris jatuh kurang 15 cm, rakan anda berada di usia 20an; 15-24 cm, 30an; 25-29 cm, 40an; 30-35 cm, 50an; lebih 40 cm, 60an.
3) Ujian Kekenyalan kulit
- Cubit seberapa banyak kulit di belakang tangan rakan anda. Namun pastikan dulu rakan anda itu muhrim ataupun sama jantina dgn anda. Jika tidak, gunakanlah alatan yg sesuai tetapi jgn sesekali gunakan ‘playar’. Kemudian lepas, dan catat tempoh masa kulit rakan anda menjadi rata semula. Kurang 1 saat, usia rakan anda 20an; 1-2 saat, 30an; 3-4 saat,40an; 5-10 saat, 50an; 11-30 saat, 60an; 31-45 saat, 70an; 46 saat, 80an.
4) Ujian Kolesterol
- Lihat mata rakan anda. Ada tak lingkaran putih mengelilingi tepi kornea matanya? Semakin panjang dan bercantum lingkaran itu, semakin panjang juga lah usia yg telah dilaluinya, atau dgn kata lain, dah tua lah tu… . Lingkaran tu sebenarnya di sebabkan pengumpulan lemak yg lama. Tapi ada juga orang di usia pertengahan yg mengalami tanda2 sedemikian. Bukan kerana usia tapi disebabkan diet yg banyak mengandungi kolesterol !!
5) Ujian Ketangkasan Mental
- Suruh rakan anda mengira kebelakang mulai angka 100 dalam selangan tujuh-tujuh (100, 93, 86, …). Ukur tempoh masa untuk beliau sampai ke angka sifar. Jika rakan anda berumur di bawah 40 tahun, beliau sepatutnya mencatat kurang drpd 20 saat; 40-60 tahun di bawah 25 saat.
Kemudian, fikirkan pula seberapa banyak nama2 buah dan sayuran dalam masa satu minit. Jika usia rakan anda di bawah 60, sepatutnya beliau dapat memberi sekurang2nya 15 nama.
Hmm, begitu asyik menguji orang lain, anda sendiri?
Bagaimana pula jika anda melepasi kelima2 ujian di atas secara tidak sepadan dgn usia anda? Ha..ha..ha..anda mungkin sahaja tua sebelum waktunya.
'31? Ehh,tak lah..saya 26'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
abgjas ni spoil la.
Kenapa diajarkan mereka cara x2 untuk mengukur usia. Pecah telor tembelang hehehe.
By the way, ujian tu apakah sudah disahihkan oleh yg arif ke belum?
Pada hemat sy, cara yg mudah untuk mengetahui umur seseorang itu adalah dgn menayakan dia tahun cina mereka dilahirkan, seperti tahun ayam, monyet, naga dan sbgnya...but don't make it sound too obvious.
Kekadang sy tak pasti apakah abgjas lebih tua dari sy atau ia hanya sekadar nama glamer anda.
"Biarlah Rahsia" shhhhhh!
Roar
Greenmonster
Hi Greeny,
Abgjas tertarik dgn cara Marina mengagak usia - berdasarkan cara berfikir dan gaya bahasa seseorang, nampak lebih mencabarkan?
He..he..ujian tu memang sahih tetapi ketepatannya tentu bukan 100%. Latar belakang hidup seorang nelayan tak sama dgn seorang pegawai eksekutif.
Tk kisahlah sapa lebih tua, just call me abgjas..
abgjas,
dgn adanya botox, injection berbagai ubatan untuk menahan ketuaan, pasti kita tidak dapat mengaagak umur sebnar seseorang.
Apatah lagi dgn kaedah total makeover (operation yang mengubah wajah seseorang).
"Tinggal Tanda Tanya - Ella" & "Biarlah Rahsia - Siti Nur"
Roar;
Greenmonster
3) Ujian Kekenyalan kulit
- Cubit seberapa banyak kulit di belakang tangan rakan anda. Namun pastikan dulu rakan anda itu muhrim ataupun sama jantina dgn anda. Jika tidak, gunakanlah alatan yg sesuai tetapi jgn sesekali gunakan ‘playar’. Kemudian lepas, dan catat tempoh masa kulit rakan anda menjadi rata semula. Kurang 1 saat, usia rakan anda 20an; 1-2 saat, 30an; 3-4 saat,40an; 5-10 saat, 50an; 11-30 saat, 60an; 31-45 saat, 70an; 46 saat, 80an.
hehehe abg jas ni xleh nak try kat org2 cina sbb depa ni mmg concern abt ages :D hehehe
abg jas usianya baru 26? ingat 30 an tadi! Fuh! matured abg jas ni ek ! Cayalah abg jas!
kalau abgjas 26, sy sweet 17 ok tak?
hehehe
:D..malunya saya ..wakakak.(ok..ni dah melebih lak.*meh ramai2 ketuk kepala marina!!*heee)sis afzan lawakla..hahah.
greeny 17?mustahil..:P I think u're 25 sumthing :P
maaf abgjas,saya terlalu sibuk di makmal dan tak sempat nak online jenguk blog kawan2.
Bagi saya umur muda ke tua ke,yang penting adalah cara berfikir dan berkomunikasi penting sebab kalau seseorang itu berusia tua tapi masih tak mampu berfikir dengan rasional atau logik dan hanya tahu berkomunikasi tentang perkara2 yang tidak membawa faedah (malah boleh membawa kepada dosa)maka tiada bezanya dengan umur muda atau tua kalau perangai seperti kebudak-budakan.Malangnya segolongan bangsa kita yang EDUCATED pula yang berfikiran tidak sepadan dengan usia.Ini dari pengalaman saya semasa menyertai Biro tatanegara bagi pelajar bumiputera(termasuk bumiputera sabah dan sarawak) USM di mana penceramah adalah bekas2 Majlis perwakilan pelajar dan dengan 'gembira'bercerita tentang "kereta bergoyang waktu malam"(paham2la..tentang maksiat) sambil ketawa semasa ceramah.Semua orang bengang.Segala ilmu dan semangat yang kami peroleh semasa sesi ceramah pertama dan kedua hilang kerana mereka bercakap tentang perkara tidak elok.huhu:(
Hey everybody! Greeny, Noor, Marina,
Ha..ha..don't get me wrong ya, abgjas cuma petik kata2 Camelia dlm iklan kat tv tu..'26? Saya 31..'
kata Camelia laa..
Abgjas ada ramai ex-students (graduate,undergraduate) yg sebaya Marina, Noor and they like younger sisters/brothers to me.
Betul tu Marina, abgjas cukup tidak gemar org yg berckp hal2 kuning tu dan kemudian mengada2 berkata..'Haa..fikiran tu jgn simpang ke lain pulak'. Hormat abgjas padanya musnah sama sekali..
eh eh...kalau mak sy dengar orang cakap tak elok macam tu...nanti dia akan jerit " aku cilikan mulut tu baru tahu!" habis semua lari litang pukang....hahah ;0
abgjas - kalau gitu kat abgjas, sy dah dapt agak dah..tapi biarlah rahsia eh dan tinggal tanda tanya.
Marina ni macam ahli telek pulak, camna dia tahu eh....ooops biarlah rahsia
roar;
Greeny
eh eh...kalau mak sy dengar orang cakap tak elok macam tu...nanti dia akan jerit " aku cilikan mulut tu baru tahu!" habis semua lari litang pukang....hahah ;0
abgjas - kalau gitu kat abgjas, sy dah dapt agak dah..tapi biarlah rahsia eh dan tinggal tanda tanya.
Marina ni macam ahli telek pulak, camna dia tahu eh....ooops biarlah rahsia
roar;
Greeny
*wondering*
abgjas 26? ishkkk
Hi Lisa,
As u see in the title of this post, USIA (oo-see-aa) means age.
Another word which has the same meaning; UMUR (oo-moo-r).
Happy learning :)
Hi Wan,
Keep on wondering..
Salam..
Bole caya ke ni? minta ic dia terus kan bole ... :D
Post a Comment