Apa bila diajukan soalan kepada pelajar2 sekolah akan cita-cita mereka, saya mengandaikan 5 profesyen berikut merupakan yg paling popular.
1. Doktor
2. Peguam
3. Jurutera
4. Arkitek
5. Guru
1. Doktor – Profesyen yg paling atas mengikut kasta (pinjam istilah Deanz). Diingini oleh ramai bukan sahaja oleh pelajar malah lebih-lebih lagi ibubapa mereka. Namun sama ramainya jugalah pelajar yg bercita2 menjadi doktor ini, kekal terus menyimpannya sebgai cita-cita paling murni pernah mereka fikirkan.
Bayangkan senario dunia tanpa doktor! Dunia akan dihuni oleh ramai orang2 sakit dan berpenyakit kalaupun tidak ribuan yg mati setiap kali serangan S.A.R.S , virus H5N1, Ebola dan lain-lain.
2. Peguam – ‘Anak aku peguam’ adalah ungkapan paling membanggakan bagi ibubapa selepas ‘anak aku doktor’. Dalam Ibu Mertuaku , hidup Kasim Selamat akan lebih bahagia kalaulah dia seorang peguam - namun dia sekadar seorang aHHli musik!!
Bayangkan dunia tanpa peguam? Huru-hara lah jawabnya kerana tiada siapa yg mengamal dan menegakkan undang2. Tiada lagi dakwa-dakwi, semuanya hukum sendiri. Yang kuat akan beraja di mata bersultan di hati.
3. Jurutera – Profesyen ni banyak jenis, ada jurutera awam, jurutera mekanik, elektrik,jurutera kimia, genetik dll. Malah jurutera bunyi pun ada, macam Roslan Aziz, yg jadi juri Malaysian Idol tu.
Bayangkan dunia tanpa jurutera ? Tiadalah sebarang bangunan besar lagi tinggi mampu didirikan. Kalau nak juga yg tinggi, rumah atas pokok tu dah kira baik. Bagaimana dgn kenderaan? Ada…tapi tanpa enjin! Kereta lembu,kereta kuda akan terus mendominasi bumi untuk satu tempoh yg panjang..
4. Arkitek – Jika tugas jurutera memastikan bangunan terbina dgn teguh, maka arkitek pula merekabentuk bangunan itu dgn ciri2 estetika, ergonomik, ekonomik dan lain-lain. Biasanya kalau orang nak puji keindahan bangunan seperti di Puterajaya tu, orang akan puji arkiteknya. Hijaz Kasturi adalah antara yg tersohor di negara kita.
Bayangkan dunia tanpa arkitek? Semua bangunan bentuknya tak lebih daripada rupa kotak tempat simpan TV!! Menyampah!
5. Guru - Mungkin profesyen yg paling kurang megahnya di mata masyarakat. Jadi tak payahlah saya nak cerita tugas seorang guru.
Tapi, bayangkan sahaja dunia tanpa guru; Maka akan tiadalah doktor, peguam, jurutera, mahupun arkitek tadi, atau apa juga professional lain!!!
Untuk itu, SELAMAT HARI GURU.
Berburu di padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Disini ingin saya persoalkan tentang cita-cita vs perkerjaan
Ramai siswa dan siswi yang bertungkus-lumus belajar dan memerah otak untuk mendapat segulung ijazah.
Setelah "graduate", peluang pekerjaan terlalu sedikit. Mengakibatkan ramai anak bangsa kita yang terpaksa mengambil apa saja peluang pekerjaan tanpa mengira jurusan dan bidang yang mereka pelajari. Ada juga sentangeah dari graduan kita terpaksa berhijrah dan berjauhan dari sisi keluarga demi mencari rezki.
Dimana keadilan? Dimana perginya pekerjaan yang sesuai dan setimpal dengan graduan kita?
Hanya segelintir sahaja yang berjaya dan bertuah kerana mereka dapat meneruskan perjuangan di dalam bidang yang mereka ceburi, seperti - doktor, lawyer, arkitek dan sebagainya.
Selebihnya, terpaksa memilih pekerjaan seperti guru, tutor, kerani, dan sebagainya. Dan yang lebih menyedihkan, ada juga graduan yang terpaksa bekerja di kilang, kerana terlalu lama menantikan pekerjaan impian mereka dan lama sangat menantikan pangilan untuk di interview.
Apakah cita-cita hanya tinggal angan-angan dibangku sekolah????
Hi Greenmonster,
Terima kasih kerana melebarkan lagi skop perbincangan.
Saya setuju betul dgn point 'peluang pekerjaan' tu. Betapa ramai yg menganggur kini merupakan graduan2 yg tidak kurang hebatnya spt jurutera, akauntan, IT dll.
Saya juga mengalami masalah yg sama dulu sebelum saya beralih utk berkerja sendiri.
Saya fikir kerjaya saya sekarang tidak kurang kalaupun tidak lebih baik drpd jika saya berkerja makan gaji.
I will survive!!
Selamat Hari Guru!!
Setuju dengan greenmonster709. Saya pun kerja dgn kelayakan yang ada, bukan dalam cita2 pon masa sekolah.
But tabik spring to my other half. Dia mmg nak jadi loyar. He did his 2nd degree in law, proceed CLP, and achieved what he dreamed of. Puas hati.
Hi Wan,
Tahniah to your other half sebab dpt kerja ikut kelayakan dan cita-cita (lawyer lah tu kan?). Memang puas hati.
Yg kerja tp tak ikut cita2 tu, jgn sedih sangat. Kita lebih diperlukan dlm bidang yg kita lakukan sekarang - percayalah.
Yg tak tercapai cita2 kerana belum kerja, teruskan perjuanganmu.. kami pernah melaluinya.
Wan,
sekalung tahniah. Saya benar(x2) tabik diatas perjuangan your other half. Bukan mudah, dan kerana usaha gigihnya, dia dah mendapat apa yang dia cita-citakan.
Saya mempunyai ramai kawan yang mereka ini dianggap sebagai "Late Bloomers". Mereka bekerja kemudian bial dah cukup duit, dorang ambil MBA, 2nd dan 3rd degree demi kepuasan diri dan 'upgrading".
Ada juga yang selepas graduate, terus duduk rumah jadi ibu dan suri-rumah tangga. Kata graduate mothers ni, demi anak mereka sanggup ketepikan dulu career. Bila anak dah besar baru mereka nak praktis apa yang mereka pelajari di University.
wah tahniah kepada other half wan.Saya pun tak pasti mana arah saya.lepas degree kimia mampukah saya kerja then sambung medic.mungkin tidak.[sigh].kerja pun belum pasti memandangkan bidang saya tidak ada kena langsung dengan 5 pilihan tersebut.=)
Hi Munshi Little,
Tangga kejayaan tak ada penghujungnyakan? Moga anda berjaya mendaki anak tangga yg seterusnya.. Yeap! Ada 1001 lagi kerjaya lain yg tak mungkin tersenaraikan.
Hi Lisa,
Well done to u.
Gu-ru (sounds goo-roo) means teacher.
So in Malay, U = oo as in book, took, do etc.
Happy learning.
terima kasih greenmonster n munshi. hye lisa *wave*
Saya pun tak puas hati dgn apa yg ada. Sy dah target, lepas abis Degree ni, sy nak amik course OSH. Sy minat, dulu dioffer tapi tgh sambung belajarlah pulak.
Lisa, just try yang mana comfortable untuk you, dan you pun puas hati. :D
masing2 kat sini mempunyai semangat yg sgt baik alhamdullilah :) good luck to all of u guys/gurls in here hehe :)
wish nak jadi sesuatu tapi dpt sesuatu yag lain, bersyukur atas pemberian NYA dan meneruskan perjuangan walaupun sebenarnya hati ni xberapa rasa PUAS lagi,hurm akhir kata sabar jer ah and chayok!
Salam abg jas...
bila membincangkan soal pendidikan, cita2, matlamat dan soal pekerjaan..mungkin sy antara org yg tersasar pekerjaan dgn cita2 asal, namun sy cukup bersyukur dgn apa ketentuanNya.
Ada satu bidang pekerjaan yg jarang kita selami peri pentingnya..'Collector Sampah' Cuba kita fikrkan apa akan jadi klu seminggu depa tak collect sampah depan umah (?) Di selangor masalah tempat pembuangan sampah nampak mcm kritikal, sungai tercemar akibat kecuaian pengurusan sisa atau kita sememangnya suka me'nyampah'.
Satu ungkapan tradisi kpd Guru @ Lecture @ al mu'allim "guru umpama lilin membakar diri" sy tujukan khas kpd abg jas...
~Selamat hari Guru~
Assalamu'alaikum
Hi Noor,
Perjalanan hidup masih panjang (Insyaallah), mungkin apa yg Noor rasa tak puas skrg, dpt dipenuhi apabila tiba masanya..chayok2.
Hi Deanz,
Abgjas sgt setuju dgn Deanz. Tiada suatu pekerjaanpun yg tidak penting di dunia ini. Malah klu nak fikir gila2 sikit, pencuri pun ada fungsi sosialnya supaya polis, warden penjara ada kerja.
Abgjas lebih suka prinsip yg dijelaskan Dato Dr.Fadhillah Kamsah - Guru umpama matahari yg menerangkan org lain sambil menjana kekuatan diri sendiri..
Anyway, thanks atas ucapan.
Excellent, love it! »
Post a Comment