Monday, May 22, 2006

The HULK .. I

Selepas berfikir2 apa nak tulis utk post minggu ini, tiba2 terlintas pulak utk bercakap pasal marah.. Hmm..tapi apa kena mengenanya tajuk di atas?
Namun saya yakin ramai yg sudahpun menonton filem arahan sama ada Ang Lee ataupun John Woo ini (kes tak ingat lah tu..) .

Begini:
Apa yg saya faham, marah merupakan nafsu yg timbul apa bila wujud unsur tekanan yg bertentangan dgn naluri dan kehendak seseorang, secara mental mahupun fizikal. Sumbernya pelbagai – org sekeliling, benda sekeliling, alam sekeliling, malah diri kita sendiripun boleh membuat kita marah. Sewaktu marah, hormon adrenalin yg dirembes (dan jgn lupa pengaruh syaitan!), mampu menyebabkan seseorang bertindak di luar waras fikirnya.

Maka itu, saya melihat watak komik The Hulk sebagai manifestasi nafsu marah yg wujud sebagai makhluk. Hadir apabila kemarahan tak terbendung, tak terkawal dan kesannya amat membinasakan. Saiz dan otot-otot besar makhluk hijau ini cukup melambangkan kekuatan yg dibawanya. Namun jika bijak ditangani, ia mampu menewaskan apa jua musuh.

Bagi saya, semua org berhak marah tapi tidak semua org berhak bertindak melakukan apa yg difikirkannya ketika marah.

Menjelang perlawanan akhir Kejohanan Juara-Juara Liga Eropah antara Arsenal dan Barcelona baru-baru ini, seorang DJ radio semacam memperkecilkan pasukan Arsenal dgn para peminatnya. Tak lama kemudian, seorang pemanggil menelefon dan berkata ‘Tau tak apa yg akan tertulis di muka depan akhbar esok? DJ DITEMBAK MATI!’.

Gurauan !? Mungkin …tapi di luar negara, perkara begini benar2 berlaku. Tak kisahlah kalau nak marah, tapi menyamakan harga satu nyawa dgn sebiji bola bukanlah ‘an eye for an eye’ namanya. Tak terbayang saya perasaan pemanggil tu, sebab Arsenal akhirnya tewas 1-2 !!


Nabi Muhammad S.A.W. bertanya kepada para sahabat, siapakah yg kuat dan gagah? Jawab para sahabat, ‘orang yg dpt menumpaskan org lain’. ‘Bukan’ balas Nabi. ‘Mereka itu adalah org yg dapat menguasai dirinya apabila marah’
(H.R. Ibnu Mas’ud)

Adakah ini bermaksud, tiada sebarang kewajaran utk berasa marah dan bertindak balas?
Tentu ramai orang akan menumbuk meja kalau saya kata ‘YA’.
‘Kalau bini awak dilarikan laki2 lain, takkan awak masih nak kata tak pe!! Itu dayuss !!!’
…marah betul bunyinya tu.

Cuma persoalannya, di manakah batas dan sejauh mana pula kita dibenar bertindak balas? Hal ini subjektif. Penting utk kita tidak membuat pertimbangan ketika marah, kerana otak mungkin tidak rasional waktu marah.

Ada kisah sahabat Nabi yg diludah mukanya oleh musuh, bertindak meredakan marahnya dahulu sebelum membunuh musuhnya. Kerana beliau tidak mahu membunuh musuhnya kerana diludah, tetapi semata-mata kerana mempertahankan agama Allah S.W.T.

Huhh….di Malaysia ni , barangkali di mana agaknya boleh kita jumpa banyak The Hulk ya?
Kat traffic-jam kot..ROAAAR!!!!!

22 comments:

Acid (mojiah709) said...

Hulk = Marah
Hmmmm betul ke...tak leh bayangkan abgjas jadi macam hulk....kesian budak-budak yg belajar dgn abgjas...

Tapi kalau abgjas jadi Hulk, parah jugak. Sebab abgjas kena beli banyak pakaian gantian bila marah pakaian mesti koyak-rabak.
Hehehe

Acid (mojiah709) said...

Ha abgjas,
lagi satu saya nak comment pasal
drivers di sini.

nak dijadikan cerite, selepas solat jumaat, mereka berebut nak drive-out cepat dari multi-storey carpark, tanpa menghiraukan drivers lain. Dah tu, bila dah potong jalan ke atau kita dah berijalan ke, dorang tak senyum tanda terima kasih, ni boleh tenung kita dan buang muka pulak tu... Heran, baru tadi kita semua habis solat jumaat.

AbGJaS said...

Hi Greeny,
He..he..setakat ni belum lagi laa..tp hairan jugak, kenapa color hulk tu hijau, tak merahkan? Lagi nampak ganas..

Hmm..kadang2 solat tu sekadar rutin bg sesetengah org. Falsafah dan hikmah solat, tidak langsung meresap dlm diri.

avie eicca said...

hehehe...HULK hijau sebab dia bersifat mesra alam gitu.Marah ni bagi saya biarlah berpada-pada.Kadang-kadang sikap mudah marah ni boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini seperti keganasan atau penderaan terhadap kanak2.

Acid (mojiah709) said...

Hulk tu memang pandai sebenornya.

dia tahu saya suka warna hijau and all things Green.

Cuba abgjas bayangkan kalau Hulk berwarna merah...kan nanti sebijik macam setan....hehehehe

Semut Api said...

Salam Abg Jas, GM & Munshi..

Sy setuju dgn abang jas, kesesakan di KL darul kesesakan ini bole menghilangkan rasa sabar dan selalu dj cakap 'inilah harga sebuah pembangunan'.

Projek ITIS yg menelan belanja melebihi 400 juta mcm tak dpt selesaikan masalah traffic ni..apa dah jadi?

AbGJaS said...

Hi Greeny,
Hulk merah = setan..? Sadis sungguh tu..tp ada betulnya sebab hulk hijau tu masih ada kelembutannya, khususnya kpd g/pren dia.

Hi Munshi Little
Secara saintifik, mungkinkah wujudnya Hulk? Bolehkah struktur atom/molekul dlm sel berubah? Rilek..jwb saja la apa yg patut, ini bukan test..

Hi Deanz,
Tak tau lah kenapa,kena tanya Dato'Sammy tu, tp tanya elok2 nanti dia marah..

Satu lagi,kadar pertambahan kenderaan cop asing di jln-raya terlalu pesat. Kesian Proton...

Acid (mojiah709) said...

Eh Abgjas dan Deanz ni da malalut pulak pasal trafik jam.

Ni mesti pasal kamu berdua belum makan lunch kan kan kan?

eh topik asal kan pasal marah dan Hulk....hehehe jgn marah ah, saya saja nak berseloroh jgn abang berdua tukar jadi hulk sudah....

shafarina said...

Boleh bezakan marah dengan mengomel tak? Mcm sama lak eh.

Rasanya sy lagi suka mengomel n membebel dari marah. Tapi I dunno jugak sbb kalau ada benda tak kena mesti mau up itu temperature juga. Hehe

AbgJas, nanti bila AbgJas TERjadi Hulk jangan lupa amik gambar eh. Nak tengok la rupe AbgJas berbadan ijau.. hehehe

avie eicca said...

assalamualaikum semua,
wah soalan cepucemas tu abgjas.Ehm..[sedang perah otak ni].Soalan ni lebih ke arah skop biokimia.Kewujudan 'Hulk' ini lebih dapat dilihat kalau wujud mutasi gene.Macam gambar kartun mutan-Xla..Tapi dalam kehidupan sebenar mutasi terhadap gene boleh membawa keburukan macam penyakit2 yang tak disangka.Kira dalam keturunan tu takda orang pakai cermin mata then tetiba dia pula pakai cermin mata.Ni sebagai anologila.

Kalau dari segi kimia,struktur molekul dalam sel manusia berubah atau lebih tepat kumpulan berfungsinya berubah kerana wujud perubahan rangkaian struktur gene itu sendiri sebab wujud proses transkripsi,translasi,dan replikasi DNA.Bila dia nak bersambung dengan molekul lain adala kumpulan penganti yang terkeluar.

Kalu ikut saintifik,ehm..HULK wujud ke tak..itu saya tak pastila.Kalau HULK tu jadi albino then dia pergi ambil kursus dengan Malik Noor boleh la jadi PULK-P itu putih.hehehe saya buat lawak bodoh.maaf ya.

Harap saya jawap dengan betul..hehe dah lama tinggal buku genetik ni.

AbGJaS said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AbGJaS said...

Hi greeny,
Marah sikit tk pe, asalkan jgn smpi koyak baju..he..he..

Hi Wan,
Rasanya,mengomel tu satu cara menyalurkan rasa marah dgn cara terkawal. Bagus tu, boleh hilang stress kata ahli psikologi. Ikut skala hulkmeter; belum jd hijau lagi tu.

Gutten mugen Munshi Little,
Tq,tq atas huraian pjg lebar tu, abgjas fahaaam. Bagaimana murid2 lain, faham?
Err.. boleh cikgu ulang?
GRRRR!!!

AbGJaS said...

Well, thank you again Lisa.
Yes, from the way she wrote, I did think she was a preacher..
so convincing ..he..he..

OK, our next lesson:

Letter 'I' in Malay language sounds 'EE' in English as in
bee, deep, greet , eel etc.

I think you should now be able to pronounce
'selamat PA-GI' = good morning more correctly :)

Acid (mojiah709) said...

abgjas,

dalam Hulk 1 banyak disebut tentang persaan marah.

So, dalam Hulk 2 - apakah dia telah menguruskan badan dan dapat memasuki peraduan badan antik?
hehehe

Semut Api said...

salam..

Marah impaknya cukup besar...malah ia akan membawa kpd kes2 jenayah.

Dalam beberapa kes jenayah yg berlaku sejak kebelakangan ini (suami bunuh anak dan isteri, anak bunuh emak dll) Sebuah badan kerajaan telah membuat soal selidik & didapati pelaku kebayakakan tidak pernah ada kes jenayah. kesimpulan yg di buat ia berkait rapat dgn stress..

oleh itu sesiapa shj berpotensi untuk melakukan kekerasan sekirnya streess @ marah tidak di urus dgn baik.. Awas! :D

Acid (mojiah709) said...

salam hurmat buat abgjas yg dihurmati....(macam berpidato pula)

marah adalah satu persaan yg semula jadi. Marah ada baik dan buruknya. Jika marah-marah sayang, pasti akan menanbah kemesraan diantara suami-isteri, parents-anak, guru-murid, kawan-taulan dan sbgnya.

Marah yang tidak baik adalah perasaan marah yg keterlaluan, yg tidak dapat dibendung dan dikuasai marah. Ini akan mengakibatkan rasa benci, bosan dan kes penderaan mental, fizikal dan trauma di jiwa anak-anak yg sedang membesar.

Orang dinegara barat semakin ramai mula menyedari peri pentingnya untuk mereka menegur dan memarahi anak x2 mereka. Mereka telah melihat keberkesanan contoh dari orang timur dan Asia.

AbGJaS said...

Apa yg greeny dan Deanz cakap tu memang tepat. Marah atas sebab yg wajar tak salah, cuma persoalannya, setakat mana kita perlu marah dan batas mana kita boleh bertindak kan?

Hulk II? Tunggu...

Anonymous said...

salam..
first time nak posting kt sini..hehe..
yeap..marah tu dtg secare natural dlm badan..bile emosi mengawal diri, ape2 leh burst-up!..

to quote a poet's says:
"marah itu ibarat bunga. kembang & kuncup mengikut keadaan"

..ambillah wuduk untuk kawalnye

hehe
sekian

Acid (mojiah709) said...

http://greenmonster709.blogspot.com/
Abgjas,

anda ada masaalah tak surfing my blog?

AbGJaS said...

Hi Muzem,
Salam perkenalan dan thanks atas komen yg diberikan.

Hi Greeny,
Sorry krn lmbt kinjungi blog. Abgjas memang selalu sibuk khususnya hujung minggu. Tp not to worry, tetap sampai punya :)

Acid (mojiah709) said...

abgjas, balas eh pantun sy:

kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi.

Intai padi antara masa,
esok jgn layu-layuan.

Anak cina pasang pukat,
pukat dipsang ditanjung jati.

AbGJaS said...

Ini maksudnya Greeny,

Klu ada umur yg panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

Intai kami antara nampak,
esok jgn rindu-rinduan.

Di dalam hati tidak ku lupa,
sebagai rambut bersimpul mati.

Free Hit Counter