Friday, January 20, 2006

Yakin & Angkuh - Pt.4 (Akhir)

Maka sama ada yakin ataupun angkuh, garis pemisahnya adalah pada niat. Dan oleh kerana niat letaknya di dalam hati, hanya kita dan Tuhan saja yg tahu. Justeru tindak tanduk kita atas dasar keyakinan diri tadi dgn mudah dinilai angkuh oleh orang lain.

Berkata "aku bijak" boleh saja bermaksud yakin tapi mungkin bernada angkuh. Garis pemisah antara dua perkara ini begitu halus dan kita bila2 masa saja boleh tergelincir antara pahala dan dosa.

Hati2 sajalah dlm melahirkan keyakinan kita. Kalau niatnya betul dan ikhlas, ada kalanya kita kena biarkan saja apa orang nak kata - konduktor sesebuah orkestra terpaksa membelakangkan para penonton utk menyempurnakan persembahan orkestranya.

Namun jangan berlebihan dlm berbuat sesuatu, bimbang2 rasa yakin tenggelam dek rasa angkuh.

Dan...

saya juga cukup yakin dgn tulisan saya ini.
Jumpa lagi.

3 comments:

AbGJaS said...

Thanks Amani ats komen tersebut. Memang tepat kata Amani, yakin dan angkuh adalah dua perkara berbeza sifat. Tapi kesamaran bentuk menyebabkan kita sering terperangkap antara keduanya. Saya bersetuju, kita kena yakin diri tapi jgn berlebihan, takut2 jd angkuh.

Mutawwifah Maisarah said...

yakin dan angkuh memang berbeza. yakin ada 5 huruf, angkuh pulak ada 6 huruf. 5 campur 6 jadi 11. 1 lawan 1...sekurang2nya adil. tapi bila dipertaruhkan seri 1 sama, memang jadi 1 hal lagi hendak menentukan yang mana lebih kuat. demikianlah kisahnya dengan kes c yakin dgn c angkuh ni. kalau juri pertandingan ada 3, 1 angkat kad ijau, 1 angkat kad merah, 1 lagi bingung hendak angkat kad mana 1 sebab dia rasa pilihan tu bagus juga, tapi kalau peserta seterusnya lebih bagus pulak macamana? dalam bingung2 tu hendak tak hendak mesti pilih juga 1 untuk diangkat. demikianlah juga manusia bila harus memilih jalan.

Anonymous said...

What a great site »

Free Hit Counter