Saturday, October 23, 2010

ANAK EXAM, EMAK DEMAM...




P/S: Lain kali, adjust-adjust la sikit...heheheh

Thursday, September 09, 2010

Thursday, August 12, 2010

PUASA DATANG LAGI..



Selamat berpuasa untuk semua rakan blogger dan pembaca blog ini.
Moga ibadah kita diberkati - amin.


P/S: Anak-anak sekarang semakin bijak berhujah. Justeru ibubapa harus memperkasakan diri dengan ilmu yang mantap..

Tuesday, August 03, 2010

PENCURI ! PENCURI !!!!



P/S: Tolong jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk curi tulang..

Friday, July 30, 2010

IBU BEBUDAK...



Miss Y: Awak tingkatan berapa?
Miss X: Tingkatan 2, awak?
Miss Y: Tingkatan 5..
Miss X: Ehh..awak nak ambik SPM tahun ni kan?
Miss Y: tu la pasal...
Miss X: Aku rilek le..PMR kansel tahun depan kot...

Kementerian Pelajaran mengesan 21 kes pelajar sekolah melahirkan anak di luar perkahwinan sejak 2006. 12 kes melibatkan pelajar luar bandar dan selebihnya dalam bandar. Siasatan juga mendapati 20 kes adalah atas kerelaan dan hanya 1 kes rogol.

P/S: Statistik pelajar-pelajar lelaki terlibat juga patut diketengahkan...err dorang tak nak ngaku ye?

Sunday, July 25, 2010

DAPAT AWARD...



Baru-baru ini (sebenarnya lama sudah)pada 11 May 2010, rakan blogger Mangosteenskin telah menganugerahkan saya dengan award di atas. Ini kali kedua saya dapat anugerah daripada beliau. Terima kasih tak terhingga kerana berterusan menghargai blog Pedang Samurai ini walaupun statusnya sangatlah tidak aktif.

Namun untuk meneruskan kesinambungan anugerah ini, saya perlu mematuhi syarat dan terma di bawah;

Terms and condition for this award:
Thank and link the person that give you this award.

Pass this award to all blogger you've discovered.
Contacts said blogs and let them know they've won this award.
State 7 things about yourself.

Justeru saya menyerahkan pula anugerah 'Interesting Blog' kepada 2 rakan blogger baru saya iaitu blog Conteng-Conteng dan blog Encik Gorila. Kedua blog ini menarik minat saya kerana, seperti konsep Pedang Samurai, mereka turut menggunakan kartun karya sendiri dalam setiap entri.

7 perkara mengenai diri saya? Hehehe...yang ni biar saya fikir dulu...

Thursday, July 08, 2010

LAGI-LAGI BOLA..



Jangan sampai percaya dengan ramalan-ramalan karut seperti di atas.

P/S: Tahniah utk Spain yang buat pertama kali masuk ke final. Namun, musuh kepada musuhku (yang menewaskan Germany) adalah kawanku, so di final nanti aku sokong Netherland..

UPDATE (10/7/10) 3rd placing: GERMANY 3, URUGUAY 2
UPDATE (11.7.10) Final: SPAIN 1, NETHERLAND 0 !!

Thursday, July 01, 2010

BOLA LAGI...



Lionel Messi : Don't mess with me...
Lukas Podolski: Aku apa peduli !!


P/S: sokong Germany sejak zaman sekolah..

UPDATE Q/FINAL: GERMANY 4 , ARGENTINA 0 !!
UPDATE SEMI FINAL: GERMANY 0, SPAIN 1

Wednesday, June 23, 2010

PENANGAN PIALA DUNIA...



Tak pasti pula kalau ada mana-mana manusia ketika ini yang tak tahu menahu sebutir perkarapun mengenai Bola Sepak Piala Dunia. Tak apa lah kalau tak tahu apa itu 'jabulani' ataupun 'vuvuzela'...

"Ehh..Mat, kat mana Piala Dunia berlangsung sekarang?"
"ntah...kat Washington D.C kot!!"

Mungkin Si Mat di atas tengah 'offline' agaknya...

Justeru, walaupun pasukan negara kita tidak menghantar wakil tahun ini (err..pernah ke?), marilah kita menumpang kemeriahan dengan menyokong pasukan negara orang lain dengan keadaan hidung kita yang tak mancung tapi pipi tersorong-sorong.

Hidup Germany !!!

UPDATE: Last 16 round: Germany 4 - England 1

Thursday, June 03, 2010

REALITI YANG PAHIT..



Tragedi serangan ke atas flotilla ke Gaza oleh pihak komando Israel pada 31 Mei 2010 sekadar mengesahkan hukum dunia - siapa berkuasa, dialah raja !!!!

Wednesday, June 02, 2010

GRAN TORINO



Sejak menonton filem di atas, arahan dan lakonan Clint Eastwood dua hari sudah, minda saya tidak lekang mengenang kehebatan filem ini. Dikuatkan lagi dengan soundtracknya yang sentiasa terngiang di telinga saya.

Justeru saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua menerusi lagu Gran Torino oleh Jamie Cullum

Thursday, May 13, 2010

I LOVE MY JOB !!



Sebentar tadi saya mendengar program temubual Traxx fm dengan seorang pemandu lokomotif, En.Maniam yang telah berkhidmat dengan KTM selama 22 tahun. Ketika diajukan soalan bagaimana beliau boleh bertahan berkerja dalam tempoh yg begitu lama? Dengan pantas beliau menjawab ‘minat !’

Baru-baru ini pula saya ditanya tentang jadual kerja saya ; Saya kata ‘7 hari seminggu’. Tak penat ke? Tanyanya lagi. Belum sempat saya menjawab, dia mencelah ‘mesti minat kan?’

Saya turut mengenali seorang blogger prolifik, Mangosteenskin yang saya amat maklum mempunyai pelbagai tugas utk disiapkan dalam sehari tanpa terikat dengan ‘office hours’ atau apa-apa jadual waktu. Namun secara gagah beliau menyempurnakan tugasan2 beliau dgn sempurna.

Mungkin saya silap, tapi saya positif keazaman beliau didorong kuat oleh satu perkataan keramat – minat !!

Apa yang nak saya katakan di sini, beruntunglah mereka yg mempunyai kerjaya yg selari dengan minat berbanding mereka yg berkerja secara ‘terpaksa’. Minat menjadi sumber motivasi unggul untuk berkerja tanpa mengira masa atau tenaga. Kualiti kerja pastinya tinggi kerana tugas bukan dilakukan kerana arahan mahupun imbuhan tapi kepuasan.

Pun begitu jangan sampai terjerumus ke tahap ‘workaholic’ khususnya yang sudah berkeluarga. Amaran ikhlas - keluarga anda mungkin tidak berkongsi minat yang sama dgn anda !! Justeru hati-hati beb..

Thursday, May 06, 2010

BUKAN SALAH KU...


Isu tragik yg menimpa adik Aminurashid boleh dilihat dari pelbagai sudut; salah satunya seperti yang saya paparkan di atas. Mungkin kata orang putih, "he just happened to be the wrong guy in the wrong place at the wrong time"

Friday, March 26, 2010

DERMA OH DERMA...



Kenapa agaknya, acap kali hendak bersedekah atau menderma, banyak sekali persoalan yg ditimbulkan oleh benak kita; Banyak tu, nampak ok ke orang tu, aahh.. aku pun tak de, kalau tak ikhlas baik tak payah...

P/S: bisikan setan kot...

Monday, March 15, 2010

BENGANG, BENGONG DAN BANGANG !!



Ramai orang MENGABAIKAN agama kerana nafsu, mengabaikan agama kerana cinta, mengabaikan agama kerana harta, mengabaikan agama kerana kuasa, mengabaikan agama kerana pangkat, mengabaikan agama kerana politik;

Namun tidak 'sehebat' mereka yang MENGGADAIKAN agama kerana hal-hal di atas, hingga yang buruk terlihat baik...

P/S: Malu...

Monday, March 01, 2010

JANGAN DEGIL !!



Sehandal-handal si tukang gunting rambut, belum tentu guntingannya bermutu jika pelanggannya keras kepala, ligat dan tak nak duduk diam..

P/S: Ada kalanya kita kena akur dengan arahan orang yang lebih arif dan berilmu daripada kita. Jangan ego tak tentu pasal... asyik nak membantah aje...

Thursday, February 11, 2010

BIARKAN BULAN BICARA...



Menelusuri perkembangan perbicaraan DSAI menerusi media, tampak jelas kekalutan dan kedhaifan manusia dalam mencari kebenaran.

Mahu saja rasanya - kalau boleh - Tuhan masuk campur agar isu dan tanda tanya yang menghantui sekelian minda rakyat Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu diselesaikan secara tuntas.

Bayangkan saja kalau saksi-saksi yg dipanggil merupakan anggota-anggota tubuh badan tertuduh mahupun yang menuduh ; tangan, kaki, mata, telinga malah anggota sulit depan dan belakang!

Namun saya pasti, para peguam akan tetap berusaha mempertikaikan kredibiliti saksi-saksi berkenaan.


P/S: Kebenaran ??? Siapa peduli kebenaran ?

Saturday, January 09, 2010

Subsidi oh subsidi..


Kerajaan mencadangkan mekanisme baru pemberian subsidi petrol berdasarkan kapasiti enjin mulai 1 Mei - enjin besar, bayar besar.
P/S: Jangan hangat-hangat tahi ayam umpama kaedah rebat petrol RM625 di zaman Pak Lah dulu..

Thursday, December 31, 2009

2009 signing off..

Dalam minit-minit akhir menjelang tahun baru 2010, saya cuba mencuri sedikit masa utk entry terakhir 2009.

Dlm dunia blog, 2009 merupakan tahun yg paling tidak produktif bagi saya. Namun alhamdulillah, blog Pedang Samurai masih bernyawa (nyawa ikan?). Banyak isu yg teringin disentuh tetapi tak kesampaian. Saya masih tertanya apakah wajar blog ini dijadikan medium yg bebas utk menyampaikan apa yg difikir sesedap rasa, sesedap kata - tanpa sebarang tapisan. Mungkin Pedang Samurai patut menjadi lebih tajam lagi.

Dalam pada itu, antara isu yg mengecewakan saya tahun ini ialah pemansuhan PPSMI. Sudah banyak hujah pro dan kontra berhubung isu ini justeru tak payahlah saya mengulasnya. Sekadar makluman, saya adalah penyokong kuat dasar PPSMI.

Bercakap tentang azam pula, cukup saya katakan, saya akan cuba menghasilkan lebih byk post di 2010 berbanding 2009.

Untuk itu Salam Tahun Baharu 2010 kepada semua.

Tuesday, December 22, 2009

...PUN LESAP !!!



Dua enjin jet pesawat Northrop F-5E bernilai US$29 juta dilaporkan telah dicuri.
P/S: Cuba tengok2, enjin kapal selam scorpene kat sepanggar tu , ada lagi tak? Kalau dah dasar pencuri tu, pencurilah jugak..
Free Hit Counter