Wednesday, February 27, 2008

Wednesday, February 20, 2008

SOKONG?...TAK SOKONG?...TAK KISAH?

Sempena dgn Pilihan Raya Umum 8 Mac ini, saya akan cuba menampilkan kartun2 berunsur seumpamanya.



CATATAN:
Saya menyedari menjelang 2008 ini, blog saya tidak begitu terurus dgn baik. Selalu lewat dan lukisan kartun yg tidak begitu kemas. Pun begitu saya agak terkesan dgn kunjungan dan komen berterusan drpd rakan blogger dan pembaca lain, walaupun tidak mendapat kunjungan balas daripada saya.

Kerja yg semakin bertambah di tahun baru ini selalu saja menjadi hambatan. Justeru saya mohon maaf dan akan cuba sedayanya memperbaiki keadaan.
Moga panjang umur blog saya ini.

Wednesday, February 13, 2008

Monday, February 11, 2008

'THE AWARDS'

Oppss...post kali ini bukan kartun.
Terus terang, saya bukanlah seorang yg fasih IT. Justeru, tak banyak benda dlm blog saya melainkan beberapa prasarana asas.

Namun entah macam mana dalam minggu ni, saya menerima 'anugerah' (award) daripada dua rakan blogger - Combi dan Noushy Syah. Terpinga-pinga saya camana nak ambik award tu sebab bukannya boleh dipegang seperti buah oren (Gong xi fa chai).

Justeru, saya hanya mampu meletaknya dalam post spt yg lazim. Kalau ada sesiapa sudi menghulur tangan memberitahu saya bagai mana nak letak awards tu di sisi tepi dlm blog ini, agar boleh dilihat sepanjang masa, maka saya amatlah menghargainya dan berterima kasih.

Award yg pertama ini saya terima drpd COMBI dari blog Persismutiara.



Award kedua pula daripada NOUSHY SYAH menerusi blog Noushy-award.





Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Combi dan Noushy serta para pembaca lain kerana menerima baik kehadiran 'Pedang Samurai' dalam blogsfera ini.

P/S- Sabar dulu ye, kartun akan muncul dlm tempoh terdekat.

TERKINI

Satu lagi award diterima drpd blogger Mangosteenskin. Terima kasih bebanyak,
U r so special to me..

Wednesday, February 06, 2008

Monday, January 28, 2008

BELI KICAP DAPAT KICAP



CATATAN: Mohon maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog. Masalah saya mungkin mudah saja dihadapi jika saya internet savvy macam blogger Wan. Sejak 2 tahun, rasanya ini kali pertama hal sebegini berlaku. Kini lebih disedari, selain kehidupan biasa, saya punya satu lagi 'kehidupan' di alam siber. Gembira untuk bertemu rakan2 blogger dan pembaca semua :)

Monday, January 07, 2008

KAMERA...OH...KAMERA...

WASPADALAH APABILA BERADA DI TEMPAT-TEMPAT BERIKUT:


CATATAN: 4 Jan.2006 adalah tarikh mula blogging. Kira dah masuk 2 tahun dah nih. Alhamdulillah dan terima kasih kerana semakin ramai rakan blogger dan pembaca lain yg dikenali. Paling menarik semuanya dari pelbagai latar yg berbeza. Moga blog ini akan jadi catatan kekal daripada penulis/pekartun - Abgjas.

Sunday, December 30, 2007

AZAM..OH..AZAM..



Menjelang tahun baru ni, tentu ramai kita akan meneruskan tradisi lama - pasang azam!
Dah namanya tradisi, maka teruskanlah lagi utk yg kesekian kalinya. Namun saya kira azam-azam ini harus bersifat jangka pendek (setahun), realistik dan boleh dicapai.
Jika tidak, tinggallah azam menjadi angan2 kosong...

Justeru utk semua rakan blogger dan pembaca blog ini, saya ucapkan
"SELAMAT TAHUN BARU 2008" !!

Sunday, December 23, 2007

TAK NAK....serik!

Saya mohon maaf jika paparan berikut mengandung unsur-unsur yg menyinggung mana-mana pihak.

Sunday, December 16, 2007

Sunday, December 09, 2007

Sunday, December 02, 2007

Sunday, November 25, 2007

Monday, November 19, 2007

JACK, KIPAS DAN ...


Aku Jack, orang kesayangan bos kat ofis. Kerjaku angkat bos tinggi-tinggi supaya dia sentiasa rasa gemilang lagi terbilang. Hmm..sebenarnya bos aku tu pendek saja.


Ini kawan seofisku, nama dia Kipas. Dia selalu pastikan bos dalam keadaan sejuk dan nyaman, ala-ala di sorga gitu. Seperti aku, bos juga sayangkan Kipas.


Namun ada seorang lagi kawanku, Lidah namanya. Dia ni macam anak emas bos. Kami menyampah kalau dia ada. Entah apa dia selalu buat kat bos sampai bos sangat sayang padanya…

Monday, November 12, 2007

Monday, November 05, 2007

Saturday, October 27, 2007

Friday, October 12, 2007

MURAI..OH..MURAI..

Terlebih dahulu saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan blog serta pengunjung2 sekelian. Mohon maaf zahir dan batin jika kedapatan salah silap saya selama wujudnya blog ini; dalam bentuk tulisan mahupun lukisan.

Tentu anda masih ingat akan karakter kartun di atas. Ianya istimewa kerana merupakan kartun pertama saya lukis dlm blog ini pada Aidilfitri tahun lepas. Mengambil sempena iklan PETRONAS yg kisahnya begitu menusuk kalbu, sambil diiring lagu merdu Ebbiet G. Ade 'Aku Ingin Pulang'.

Sementara kartun di bawah pula adalah olahan semula iklan PETRONAS utk Aidilfitri tahun ini. Anda perlu melihat dahulu iklan berkenaan utk memahami apa yg dimaksudkan.


RUPANYA BUKAN SENANG NAK JADI ANAK YG SOLEH YG DPT MENYENANGKAN HATI IBUBAPA

Saturday, October 06, 2007

LAILATUL QADAR



SURAH AL-QADAR Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
Free Hit Counter