Sunday, December 30, 2007

AZAM..OH..AZAM..



Menjelang tahun baru ni, tentu ramai kita akan meneruskan tradisi lama - pasang azam!
Dah namanya tradisi, maka teruskanlah lagi utk yg kesekian kalinya. Namun saya kira azam-azam ini harus bersifat jangka pendek (setahun), realistik dan boleh dicapai.
Jika tidak, tinggallah azam menjadi angan2 kosong...

Justeru utk semua rakan blogger dan pembaca blog ini, saya ucapkan
"SELAMAT TAHUN BARU 2008" !!

Sunday, December 23, 2007

TAK NAK....serik!

Saya mohon maaf jika paparan berikut mengandung unsur-unsur yg menyinggung mana-mana pihak.

Sunday, December 16, 2007

Sunday, December 09, 2007

Sunday, December 02, 2007

Sunday, November 25, 2007

Monday, November 19, 2007

JACK, KIPAS DAN ...


Aku Jack, orang kesayangan bos kat ofis. Kerjaku angkat bos tinggi-tinggi supaya dia sentiasa rasa gemilang lagi terbilang. Hmm..sebenarnya bos aku tu pendek saja.


Ini kawan seofisku, nama dia Kipas. Dia selalu pastikan bos dalam keadaan sejuk dan nyaman, ala-ala di sorga gitu. Seperti aku, bos juga sayangkan Kipas.


Namun ada seorang lagi kawanku, Lidah namanya. Dia ni macam anak emas bos. Kami menyampah kalau dia ada. Entah apa dia selalu buat kat bos sampai bos sangat sayang padanya…

Monday, November 12, 2007

Monday, November 05, 2007

Saturday, October 27, 2007

Friday, October 12, 2007

MURAI..OH..MURAI..

Terlebih dahulu saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan blog serta pengunjung2 sekelian. Mohon maaf zahir dan batin jika kedapatan salah silap saya selama wujudnya blog ini; dalam bentuk tulisan mahupun lukisan.

Tentu anda masih ingat akan karakter kartun di atas. Ianya istimewa kerana merupakan kartun pertama saya lukis dlm blog ini pada Aidilfitri tahun lepas. Mengambil sempena iklan PETRONAS yg kisahnya begitu menusuk kalbu, sambil diiring lagu merdu Ebbiet G. Ade 'Aku Ingin Pulang'.

Sementara kartun di bawah pula adalah olahan semula iklan PETRONAS utk Aidilfitri tahun ini. Anda perlu melihat dahulu iklan berkenaan utk memahami apa yg dimaksudkan.


RUPANYA BUKAN SENANG NAK JADI ANAK YG SOLEH YG DPT MENYENANGKAN HATI IBUBAPA

Saturday, October 06, 2007

LAILATUL QADAR



SURAH AL-QADAR Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Thursday, September 27, 2007

Friday, September 21, 2007

SAHUR..OH..SAHUR..



P/S: Atas cadangan saudari Wan, saya akan cuba melukis siri kartun berkenaan gelagat sesetengah kita di bulan Ramadhan. Mana yg baik jadikan teladan, mana yg buruk tinggal2kan. Mudah-mudahan anda semua menggemarinya.

So, Wan...here you are..

Friday, September 14, 2007

RAMADHAN datang lagi..



Puasa itu bukanlah sekadar urusan perut, tetapi juga lidah, mata, telinga, anggota, hati malah minda. Kata Nabi Muhammad S.A.W yg kira-kira bermaksud; "Berapa ramai orang yg berpuasa tapi tiada mendapat apa-apa, melainkan lapar dan dahaga"

Kepada rakan2 blogger dan pengunjung semua, saya ucapkan
SELAMAT BERPUASA

Thursday, September 06, 2007

BOCOR LAGI...



HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI...

Wednesday, August 29, 2007

MERDEKA !!



"SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-50"

P/S: Banyak lagu baru bertemakan 'gemilang' telah dicipta, tapi saya masih
suka 'Kerana mu Malaysia'.

Thursday, August 16, 2007

LALAT..OH..LALAT..



idea:greenman of traxxfm

Monday, August 06, 2007

Free Hit Counter