Saturday, May 26, 2007

TANDA-TANDA BESAR

Nah!! Tanda-tanda besar sudah pun kelihatan (?????)…
Hhmm… maksud saya, kenaikan gaji kakitangan awam sudahpun diumumkan – satu tanda besar untuk berlakunya Pilihanraya Umum (PU) tak lama lagi.

Kalau tak silap, dah 3 kali saya mengikuti PU sebelum ini. Dan dgn penuh rasa tanggung jawab sebagai warga sebuah negara demokrasi, maka saya pun mengundi. Tapi kali ini saya benar-benar dah tak ada selera.

Tiga kemenangan besar berturut dlm pilihanraya kecil sebelum ini mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap parti pemerintah – 80% turun mengundi dlm pilihanraya kecil, memang luar biasa! Indeks Komposit yg sentiasa mencatatkan paras penutup lebih 1000 mata serta kadar tukaran matawang Ringgit terhadap Dollar Amerika yg semakin kukuh , membolehkan Pemerintah mencanangkan sedang berada dalam keadaan paling kukuh sejak isu DSAI melebar ke krisis ekonomi 1997.

Petanda-petanda begini kadang-kadang menjadikan pemerintah berasa begitu berkuasa, langsung menjadi angkuh dan pantang ditegur (malu berkongsi negeri dgn YB Kinabatangan) .
Kroni-kroni semakin tamak memonopoli kontrak2 kerajaan, sehingga yg tiada ‘kabel’ atau ‘suapan’ menjadikan gigit jari sebagai aktiviti rutin mereka.

Maka saya fikir, tiada manfaatnya utk saya turun mengundi utk menambah lagi keangkuhan dan ketamakkan itu. Seperti kata Lord Acton “Power corrupts, absolute power corrupts absolutely.”

Undi pembangkang!? Saya tak nampak langsung pembangkang ada peluang di kerusi DUN mahupun Parlimen di tempat saya. Bikin panat saja pigi mengundi diurang…

Bagai mana dgn hak demokrasi?? Ahh…demokrasi boleh saja diketepikan atas pelbagai nama dan alasan. Bush dgn ‘veto’ dan ‘war against terror’nya. Malah UMNO sendiri mengetepikan demokrasi – berapa tahun dah tiada pertandingan kerusi Presiden dan Timbalan? Kononnya atas nama perpaduan ??

Biarlah…nanti kalau demokrasi benar2 mati, boleh saja minta bantuan Amerika utk membebaskan negara kita, seperti mana Iraq, Afghanistan dll. Mudahkan ?

Berbalik kpd isu tanda2 besar tadi, saya ni bukan kakitangan awam, justeru tiadalah makna 7.5 ke 30 peratus tu buat saya. Namun kenaikan harga barang/perkhidmatan pasti terus menghantui.
Mungkin saya patut naikkan juga yuran kelas saya….hahaha..

Sunday, May 13, 2007

REMOTE CONTROL



Saya mohon maaf kepada semua atas kelewatan post yg sangat tidak sengajakan...
Free Hit Counter